KEMBALI KE PUSAKA (2055)

136 6 0
                                    

                            "Huahhhhhh!!!!"

Abdullah menguap dengan kuat. Dia sudah terjaga dari tidurnya yang lelap. Jam sudah menandakan pukul 5.30 pagi.

"Masih awal ni". Abdullah masih mengantuk. Apabila dia hendak tidur semula, dia merasakan sesuatu yang hilang kerana sosok seseorang yang ingin dia peluk tiada.

"IBU!". Kelihatan ibunya sudah tiada di situ. Cuma, abahnya yang berada di situ. Masih tidur nyenyak, dibuai mimpi.

"mana ibu nii?!". Dia mengintai di sekitar bilik itu tapi tiada juga. Dia keluar dan mencari sekeliling koridor pun tiada juga.

"Apakah dia diculik!?". Macam-macam sedang bermain di fikirannya sekarang.

Pang!. Kedengaran sesuatu bunyi seperti bunyi piring jatuh di dapur.

"Hah, apa tu?". Abdullah terkejut mendengar bunyi dan melihat di ruang bawah.

"Bunyi tu dari dapur".Dia perlahan-lahan turun dari tangga satu persatu menuju ke dapur.

"Mungkin harimau jadian tu datang lagi". Abdullah sudah merinding melihat bayang seseorang di dapur. Dia sudah mempersiapkan dirinya untuk segala hal.

"Laaa ibu keee". Abdullah menjadi lega apabila melihat sosok ibunya dari belakang.

"Abdullah, maaf ye buat anak ibu terbangun". Rupanya, ibunya yang sedang sibuk membuat sesuatu sehingga mangkuk besi berterabur ke bawah.

"Ibu buat apa pagi-pagi buta ni"!. Abdullah mendekati ibunya yang tidak tentu arah membuat sesuatu.

"Ibu sebenarnya nak buat makaroni cheese tapi ibu tak tahu laa". Ibunya asyik melihat di dalam buku masakannya 'RESEPI MASAKAN MELAYU' untuk mencari resepi memasak makaroni cheese. Tapi, dia tidak tahu apa-apa mengenai makanan barat ni kerana dia asyik belajar masakan melayu.

"La ye ke, awat tak habaq awai-awai".

"Kenapa, Abdullah tahu keee!". Ibunya kelihatan terkejut.

"Tahulah, Dulu masa sekolah Abdullah selalu tengok kawan buat".

"Ooooo...". Ibunya baru tahu yang anaknya pandai memasak, bukan sahaja pandai dalam mata pelajaran.

"Mari sini Abdullah ajar ibu, sebenarnya mudah jeer". Abdullah mula membasuh tangannya di sinki supaya makanan yang dibuatnya bersih.

"Mudah macam mane?!". ibunya meletakkan buku masakannya di atas meja. Fokus pada percakapan dan perbuatan Abdullah.

"Macam ni...". Abdullah kelihatan bersemangat untuk mengajar ibunya.

Abdullah mengambil periuk dan mengisi air tidak sepenuhnya dan meletakkan di atas dapur. Abdullah mula menghidupkan api.

"Mula-mula, masukkan semua makaroni yang kering ni ke dalam air rebusan. Abdullah perlahan-lahan membuka plastik makaroni yang sudah tersedia di situ dan memasukkan perlahan ke dalam periuk tadi.

"Masukkan sesudu garam agar dia boleh lagi cepat lembut. Abdullah mengambil balang yang tertulis garam di atasnya dan masukkan satu sudu kecil ke dalam periuk tadi. "Kacau sehingga kembang".

"Kemudian kita buat kuahnya pula. Sementara menunggu air itu mendidih, dia mengambil periuk satu lagi dan meletakkan di atas dapur satu lagi bersebelahan air rebusan itu.

"Ambil dua sudu besar mentega dicampurkan dengan dua sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga sebati".

"Masukkan pula dua cawan susu segar. Kacau. Letakkan satu sudu kecil lada hitam. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi. Kemudian letakkan garam dan gula sedikit. Kacau sehingga sebati".

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now