HARTA BERNYAWA (1705)

101 6 0
                                    

"Maafkan abah, nak. Semua ni salah abah". Abahnya amat menyesal atas apa yang mereka telah lakukan dahulu.

"Tak pa, bukan salah abah pun , salah perempuan tua tu!, Kalau Abdullah jumpa dia, Abdullah lenyek-lenyekkan dia". Abdullah mengetahui bahawa dia sudah terbunuh tapi Abdullah ingin melawak sahaja.

"Biarlah dia, itu urusan dia dengan Tuhan. Kita yang masih hidup ni banyakkanlah amalan sebanyak mungkin sebab kita tak tahu apa yang jadi kat kita nanti".

"Hmmmm". Abdullah mengangguk tanda setuju.

"Tapi, apa sebab ibu buat begini?".

"Semua ini kerana anak lelaki pertama ibu meninggal".

"Jadi, selama ni Abdullah ada abang lah!". Abdullah mahukan kepastian.

"Ye, dia hilang masa dalam satu kebakaran". Mayat dia tak dijumpai, jadi polis sahkan dia meninggal dunia".

Abdullah mula terfikirkan Syafi.

"Terbakar, sebab apa?"

"sebab buku tulah. Ramai orang tercari-cari buku tu. Dikatakan buku akan memberi kuasa kepada pemegangnya".

"Tapi apa nama dia ye bah?".

"Nama dia... Sya.."

"Paangg!!!". Kedengaran Bunyi sesuatu di dalam rumah membuatkan Tarmizi terkejut. Dia memegang dadanya.

"Bunyi apa tu, Biar Abdullah pergi tengok".

"Jangan, biar abah ja. Kamu lagi penting. Jaga buku tu elok-elok".

"Tapi..."

Abahnya terus masuk ke dalam meninggalkan Abdullah keseorangan.

"Hoi, kau buat apa kat sini hah!?". Abahnya menjerit. Abdullah mula ketakutan. Entah apa benda tu agaknya.

Selepas itu, tiada lagi bunyi dari dalam.

"Abah, abah!". Abdullah memanggil abahnya dengan sekuat hati namun, tiada jawapan juga.

Abdullah perlahan-lahan berjalan ke arah pintu untuk melihat keadaan di dalam.

Malangnya, dia tidak melihat sesiapa di situ. Cuma... yang dia nampak ialah Syafi yang sedang tidur nyenyak di sofa.

"Macam mana dia boleh ada di sini. Dia tak dengar ke tadi bunyi tu?". Itu membuatkan Abdullah hairan.

Dia terus berlari untuk mendapatkan kawannya.

"Wei wei, kau ada nampak tak abah aku kat sini?!".

"Huh?". Syafi menggelengkan kepalanya. Lalu dia tidur semula.

Abdullah terus mencari kelibat abahnya diseluruh rumah namun gagal. Semuanya nampak elok sahaja.

"Bunyi apa tadi tu hah, Khayalan aku je ke tadi?!".

"Tak dak sapalah". Syafi masih lagi dalam keadaan mamun.

"Betul ke kau tak nampak?".

"Kau ni, kacau jaa orang nak tido!". Syafi ingin tidur semula.

"Eh, apa tu?!". Abdullah terlihat tingkap belakang rumahnya terbuka. Abdullah terus menuju ke situ dan melihat ke luar.

"Tapak kaki sapa ni?!". kesan tapak kaki harimau itu membuatkan Abdullah yakin bahawa abahnya benar-benar diculik oleh harimau jadian itu

"Aku rasa dia kena tangkap dengan harimau jadianlah!".

"Harimau jadian mana pulak ni!. badannya asyik ditepuk oleh Abdullah membuatkan dia berasa tidak selesa. Dia terus bangun dari barangnya.

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now