HARAPAN (2595)

112 5 0
                                    

"hmmm". Abdullah tersenyum sendiri apabila terkenangkan masa tu. Dia berharap dia boleh berjumpa dengan perempuan itu lagi.

"Abdullah"!.

Dia terperanjat apabila seseorang datang dari belakang dan menepuk bahunya.

"Oh, Tok tam rupanya".

Tok Tam atau panggilan bagi ustaz taufik pada dahulu kala. Dia digelar sebegitu kerana dahinya kelihatan hitam. Mungkin kerana sujud terlalu lama.

"Buat pa kat sini?". Tok Tam terus bertanya.

"Ni, melawat sekolah lama". Abdullah menunjukkan sekolah itu menggunakan jarinya.

"Haha".

"Ustaz macam mana sekarang, sihat tak"?.

"Dulu ada rasa sakit, sekarang tak rasa apa-apa dah".

Abdullah hairan dengan kata-kata tok Tam.

"Satgi mai masjid na, ada kuliah sikit".

"InshaAllah ustaz. Lama tak pi ni". Abdullah tersengih.

"Saya balik dulu ye".

"Hati-hati tu". Tok Tam tersenyum.

"Baik". Abdullah memusingkan
motornya lalu bergerak menggunakan jalan yang sama. Apabila dia melihat ke belakang, tok Tam sudah hilang dari situ. Abdullah berpositif mungkin tok Tam sudah berlari kerana urusan yang penting. Tapi tak mungkin kerana tok Tam bertongkat.

Ketika dia sedang melalui jalan itu untuk pulang ke rumah, dia terlihat seseorang sedang melambai ke arahnya. Seorang perempuan memakai baju sekolah disebalik pokok.

"Eh, macam kenal je". Bisik hatinya.

Yang peliknya, berhadapan situ, ada sebuah rumah kecil, kayu dan usang.

"Tadi tak dak pun". Hairan Abdullah. Dia terus turun untuk melihat apakah ada orangnya.

Perempuan tadi pula terus lari dari situ.

"Hoi, kau buat apa kat sini?!". Seorang perempuan yang agak muda menjerit disebalik lubang kayu rumahnya.

"Tadi saya nampak ada orang tadi". Abdullah tersengih malu.

"Mana ada orang kat sini, baik hang balik sebelum jadi apa-apa!".

"Aaaaaa.... minta maaf ye cik". Abdullah ternganga. Dia menuju ke motor semula.

Dia lihat lagi ke belakang, perempuan itu sedang bermain buaian dengan seronok dari arah belakang .

"Ish, tak boleh jadi ni!". Dia mahu tahu juga siapakah gerangan perempuan itu.

Dia perlahan-lahan bergerak perlahan menuju ke hutan itu melalui semak di tepi rumah itu supaya tuan rumah tidak menyedari.

"Krakkk". Abdullah terpijak sesuatu di tanah.

"Eh?!". Dia Terjumpa gelang tangan yang tertimbus lumut. Abdullah menyapunya dan melihat ternyata masih baru. Dia menyimpan di poketnya.

Dilihat semula ke hutan itu, perempuan itu sudah hilang, hanya buaian yang masih bergoyang. Abdullah mencari di sekitarnya namun tiada.

"Hai Abdullah".

"Opocot, mak kau kuning hijau.". Abdullah terkejut kerana perempuan itu tiba muncul di belakangnya.

"Hihi". Perempuan itu tergelak perlahan.

"Hmmm". Abdullah mengepit matanya, cuba untuk mengingati semula.

"Awak ni atykah ye?".

Atykah menggangguk sambil tersenyum.

"Awak buat pa kat sini?".

ANTIZARIK (44,737)Место, где живут истории. Откройте их для себя