JAILANGKUNG (2724)

69 4 1
                                    

"Walaupun dunia ini tidak selalu adil, aku tetap menghadapi dengan jujur".

Abdullah melihat hutan tebal di belakang rumahnya. Dia merasakan angin sempoi malam itu sungguh tenang dan gembira tetapi hatinya tidak gembira. Dia kini mula rasa sudah biasa hidup seorang diri di dunia yang fana ini. Rumahnya sekarang sudah selesai menjadi sebuah masjid yang cantik bagai istana. Ramai orang dari kampung seberang jauh-jauh hanya untuk bersembahyang di situ.

"Abdullah, satgi balik, mak tunggu kita makan malam". Ustaz Najmi mengajaknya pulang bersama setelah mengunci pintu masjid.

Abdullah hanya tersenyum.

Ustaz Najmi faham di sebalik Abdullah memegang buku itu di tangannya. "Kami akan tunggu kau pulang!". Dia kemudian pergi meninggalkan Abdullah seorang diri.

Abdullah kembali melihat suasana hutan itu. Dia hendak menyelesaikan sesuatu yang belum diselesaikan lagi. Tanpa melengahkan lagi, Dia masuk ke dalam hutan untuk mencari pintu masuk ke dunia ibunya. Dia teringat akan neneknya lalu dia pergi di mana dia mula menjumpainya.

Abdullah memejamkan matanya. dia membaca satu mantera yang pernah dinyanyikan oleh ibunya setiap hari sewaktu dia masih kecil. Dia berharap inilah kuncinya.

Abdullah membuka mata dan tersenyum kerana portal sudah terbuka bak cahaya yang pernah menolongnya. Abdullah perlahan-lahan masuk ke dalam.

Sebaik Abdullah melangkah masuk, dia melihat ramai orang disitu, pengawal dan juga orang kampung. Di hadapan mereka semua, ada seorang lelaki yang tangannya diikat ke atas seperti mahu dijatuhkan hukuman.

"Itulah penjahat yang sebenar!". Lelaki itu cuba memerangkap Abdullah.

Pengawal itu ingin menangkapnya tapi dua haiwan itu berbunyi lalu memberikan tunduk hormat. Pengawal yang juga terkejut terpaksa memberi hormat kerana mereka tahu haiwan ini boleh melihat niat seseorang itu baik ataupun buruk. Orang kampung juga memberi hormat.

"Apa dah jadi ni". Bendahara itu menjadi bengang.

Lantas mereka semua membuka laluan ditengah-tengah menuju ke istana.

Abdullah tidak berkata apa-apa, dia hanya ingin memulangkan buku itu ke tempat asalnya.

Abdullah berjalan masuk ke dalam sehingga dia ternampak sebuah tempat yang begitu besar. "Wow besarnya!". Abdullah berasa terkejut melihat kecantikan istana itu. Abdullah berkeliling istana untuk memastikan apakah ini betul, sedang asyik melihat tempat itu, dia terlanggar seorang wanita persis neneknya tapi wanita itu lebih muda. Perempuan itu sedang mengutip bunga melur dan mawar di tangannya.

"Maafkan saya".

"Tidak mengapa, hamba mahu kemana?". Perempuan itu bertanya dengan lembut.

"Saya nak pulangkan buku ini".

"Hamba boleh tunjukkan jalannya".

"Benarkah, dimanakah ia?".

"Pegang tangan patik".

"Eerrrr". Abdullah berasa ragu-ragu untuk memegangnya.

"Tidak mengapa, kamukan cucuku, takkan tidak boleh".

"Hah, nenek!".

Wanita itu tersenyum sambil mengangguk.

Abdullah terus memeluk neneknya sambil air matanya mencurah sedikit keluar.

"Cu, sudah sampai".

"Dimana kita ni?". Abdullah melihat tempat itu bagaikan sebuah istana yang pelbagai makhluk aneh.

ANTIZARIK (44,737)Kde žijí příběhy. Začni objevovat