BUKU BUKAN SEBARANG (2021)

162 7 0
                                    

Gruuuu....

Setelah lebih tiga jam ibu bapanya meninggalkannya, perut Abdullah tiba-tiba terasa sangat lapar. padahal, sebelum ni, tidak pernah terjadi begini.

"Aduh bunyilah pulak perut aku ni. Time macam ni pulak nak buat hal, baru nak victory ni!". Abdullah terus menyalahkan perutnya kerana dia tengah syok bermain game mobile legenda.

Dia melihat jam di tangannya, sudah menunjukkan 11.30 malam. Dia teringat yang dia belum sembahyang maghrib dan Isyak lagi tapi, dia buat tidak tahu saja. Selalunya ibu bapanya lah yang selalu mengajaknya untuk solat berjemaah kerana dia belum tahu cara solat yang betul.

'Hearphone' yang dipakainya, digantungkan dilehernya pula. Dia mengeluarkan wayar 'headphone' dari lubang USBnya dan cuba bermain game beath of beath pula. Dikuatkan pula nada suara game sehingga separuh isi rumah boleh mendengarnya.

Tik, Tik, Tik.....

Kedengaran bunyi di atas bumbung rumah seperti bunyi guli jatuh, Abdullah tidak mengendahkannya. Dia terus bermain lagi.

Makhluk itu berada di atasnya dan sedang bertenggek di dalam siling rumahnya, betul-betul di atas kepala Abdullah. Memperhatikan setiap tingkah laku lelaki itu.

"Ha ha ha ha ha... Kelihatan bayang-bayang seorang budak kecik berlari berkali-kali dibelakang sofa yang diduduki Abdullah. Makhluk kecik itu berwarna hijau dan berperut buncit. Di lehernya, tergantung rantai emas yang banyak.

Apabila dipandang ke belakang sofa, Abdullah merasakan tiada apa-apa pun. Cuma, hanyalah dinding kosong. Mungkin angin, begitu isi hati Abdullah.

Abdullah menyambung semula bermain dengan tabletnya. Kali ini, dia membuka lagu remix tapi dengan nada yang lebih kuat supaya dia dapat menenangkan fikiran kerana dia sudah mulai mengantuk.

"Pong!!!".

Kedengaran sesuatu bunyi di tingkap, seperti orang membaling batu besar ke arah tingkap rumahnya. Abdullah tidak menyedarinya lagi namun apabila kali ke dua baru dia perasan.

Ish, apa pulak tu!". Dengan bengangnya, Abdullah menuju ke arah tingkap dan membuka langsir.

Tiada apa yang dilihatnya, hanyalah hutan yang diselubungi oleh kegelapan malam berserta tiupan angin kencang. Tanda-tanda hujan sudah mahu mengalirkan air matanya.

Apabila Abdullah berpaling ke belakang, mahu ke tempat duduknya, kilat tiba-tiba menyambar satu pohon pokok buluh yang tinggi membuatkan Abdullah agak terperanjat.

Ish, memang sial betullah. Marah Abdullah dengan kuat. Dia memerhatikan pokok-pokok di situ. Dia pernah mendengar dari mulut orang-orang dari sekolah lamanya, yang juga tidak jauh dari rumahnya, sebelum dia dibuang. Menurut kepercayaan orang di situ, di hutan tersebut sembunyinya hantu buluh yang dikatakan akan membunuh sesiapa yang melaluinya hutan itu. Tapi, Abdullah tidak mempercayainya "konyol, benda macam tu pun nak percaya, bodoh punya manusia!".

Dengan serta merta, hujan sedang turun dengan lebat sekali disertai kilat yang kuat.

Ni baru sedap nak tidur. Abdullah kembali ke tempat duduknya di sofa, sebaik Abdullah mahu baring, perutnya berkoncang agak lama. Tanpa memikirkannya, Abdullah terus menuju pula ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh mengisi perutnya yang asyik berbunyi.

"Masak apa ni. Abdullah membuka tudung saji dan melihat hanya ikan keli goreng dan gulai ayam serta sedikit sambal belacan yang dimasak oleh ibunya. Itupun dari makanan tengah hari yang belum habis. Dia sebenarnya sudah makan Ramen carbonara pagi tadi. Dengan kerasnya, dia menutup semula saji diatas meja itu.

Dia menuju ke arah peti sejuk dan mengambil air susu di dalam kotak dan menuangkan ke dalam cawan.

Dia sememangnya tidak pernah makan masakan ibunya dan makan makanan yang dibeli di luar ataupun melalui secara online sahaja.

ANTIZARIK (44,737)Место, где живут истории. Откройте их для себя