(TRAUMA)- (1766)

85 4 0
                                    

Rezki memandang cuaca di luar tingkap yang gelap. Dia merasakan angin itu cuba memanggilnya keluar. Dia berharap dia dapat hidup seperti orang normal, tetapi dia berfikir bahawa itu adalah benda yang mustahil.

Di sebalik tingkap itu, Dia ternampak doktor Atyrah membawa seorang budak perempuan tergesa-gesa menuju ke sesuatu tempat.

Rezki kemudian memusingkan kepala ke arah dinding depan. Dia melihat sekeping kertas yang digantungkannya di situ. Dia asyik memandang tulisan di atas kertas itu walaupun agak buruk

Mengapa manusia tergila-gilakan duit yang akan hilang juga.


Rezki, kenapa tak tidur lagi?".

Rezki terkejut melihat seorang perempuan bertudung labuh muncul dari bucu biliknya sambil memegang rotan yang panjang di tangannya.

Perempuan itu terus berlari ke arah Rezki dengan laju sambil rotan ditangannya di angkat seperti hendak memukulnya.

Rezki cepat-cepat melindungi dirinya dengan kedua-dua tangannya sambil matanya tertutup.

•••••

"Rezki, kenapa tak tidur lagi. Tidur lekas". Seorang wanita datang kearahnya dengan penuh senyuman dari pintu masuk. Wanita ini lebih baik daripada wanita yang dilihatnya tadi.

"Okey ibu". Rezki terkejut kerana dia bercakap seperti orang biasa. Dia memegang mulutnya.

Dia memandang sekeliling. sebuah bilik yang besar lagi cantik.

"Mungkinkah ini kehidupan yang aku mahukan". Hatinya berasa gembira.

"Ibu dah kemas barang-barang Rezki. Jangan lupa ambil pulak".

"Biarlah dia kemas sendiri". Seorang lelaki pula muncul dari muka pintu dengan wajah yang bengis.

"Tak apalah bang, kita kan tak jumpa dia dah". Ibunya mempertahankan anaknya.

"Hah, tak jumpa dah. Aku nak pergi mana?". Rezki berasa sedih kerana dia akan meninggalkan keluarganya.

"Biarlah. Yang penting aku dah keluar dari bilik kurungan tu". Hatinya cuba bersedap.

"Jangan ambil hati cakap ayah kamu tu". Ibunya menyelimutkan Rezki. Kemudian Wanita itu keluar dari bilik sambil menutup lampu.

•••••

Rezki masih belum dapat tidur. Dia hanya memejamkan matanya. Tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup seorang wanita di telinganya.

"ok tak ni?".

"Aku kat mana ni?". Apabila dia membuka matanya. dia sudah berada di hadapan sebuah sekolah yang tidak seperti sekolah tapi ia kelihatan seakan rumah besar. Di kedua tangannya, memegang beg yang berada di dalam biliknya. Dia melihat ramai orang sebaya dengannya masuk ke dalam bersama ibu bapa mereka. Tidak sepertinya, hanya ibunya ada dengannya manakala ayahnya hanya menunggu di sebelah kereta.

"Rezki, rezki ok ka tak ni?". Ibunya masih bimbang dengan keadaan anaknya.

"Okok".

"Jaga diri baik-baik tau. Dengar cakap ustaz ustazah. Jangan buat masalah". Ibunya memberi pesanan.

"Cepatlah, kenapa lama sangat!". Ayahnya dari jauh sudah menjerit tidak menghiraukan orang sekeliling.

"Ibu pergi dulu, ada apa-apa masalah, call ibu je".

Rezki hanya mengangguk sambil menyambut salam ibunya.

Rezki melihat ibunya berlari mendapatkan kereta sementara ayahnya sudah menghidupkan enjin kereta dan mahu pergi seperti tidak mahu bercakap dengannya.

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now