Difitnah .80

1.2K 65 5
                                    

Sebelum berangkat pulang, Izzar Naresh dan Hafiz Yaslam membawa Hifza Yelda untuk membeli-belah terlebih dahulu. Mungkin ada cenderahati atau apa-apa makanan yang terkenal di Langkawi mahu dibawa pulang. Bahkan mungkin ada yang mahu diberikan kepada kawan baiknya.

"Ya Allah, Hifza jadi rambang mata. Tak tahu nak beli apa," tutur gadis itu ketika melihat pelbagai barangan jualan yang ada di depan mata begitu menarik perhatian tapi tidak tahu mahu membeli yang mana.

"Ambil je semua yang Hifza rasa nak beli. Abang belanja," ucap Izzar Naresh yang setia bagai belangkas, melekat ke mana sahaja gadis itu pergi.

"Ambil jelah. Izz tak boleh bayar, abang yang bayar." Sampuk Hafiz Yaslam yang datang menghampiri pasangan tersebut bersama beberapa barang beliannya. Lagi pula, Hafiz Yaslam ingin berikan apa yang tidak pernah adiknya dapat ketika bersama bapa mereka.

"Kalau macam tu, Hifza nak beli untuk Amanda dengan Aiman juga boleh?" tanya Hifza Yelda. Apapun, dia perlu meminta kebenaran terlebih dahulu kerana dia tidak menggunakan duitnya.

"Boleh, ambil jelah," balas Hafiz Yaslam. Izzar Naresh hanya mengangguk setuju dengan ucapan Hafiz Yaslam.

Wajah Hifza Yelda terus berubah ceria, "yeay, terima kasih abang Hafiz, abang Izz."

Dua jejaka hanya memerhati dari jauh Hifza Yelda berlalu ke arah barang jualan yang mahu dibeli dan dibawa pulang untuk diberikan kepada kawan baiknya. Hafiz Yaslam menoleh ke arah Izzar Naresh yang masih menatap adiknya dengan senyum tipis.

"Nanti aku bayar balik apa yang kau habiskan untuk adik aku." Suara Hafiz Yaslam membuatkan Izzar Naresh mencari wajah lelaki itu.

"Takpe, aku lagi sanggup habis duit asalkan aku dapat tengok Hifza senyum. Kau tahu kan, dia paling susah nak senyum. Bila aku dapat tengok dia seronok datang sini. Aku lega sangat," luah Izzar Naresh tentang apa yang dia rasa ketika melihat baris senyuman penuh gembira daripada Hifza Yelda.

"Tulah, aku bersyukur sangat dia dah tak murung macam sebelum ni. Terima kasih dekat kau sebab semua ni usaha kau untuk gembirakan adik aku." Dua jejaka ralit berbual, Hifza Yelda masih sibuk membeli.

"Wow, perempuan gila macam kau pun ada cita rasa kan? Pandai kau pilih." Sampuk satu suara membuatkan Hifza Yelda membalik badan ke arah tuan pemilik suara tersebut. Wajahnya terus berubah dingin ketika mengetahui Sofia Amira ternyata yang menyapa dirinya.

"Apa maksud kau, Sofia?" soal Hifza Yelda tak faham dengan ucapan sepupunya itu.

"Tu, lelaki kacak macam tu. Kau guna dia untuk apa? Kikis harta dia?" Sempat Sofia Amira menjuih bibir ke arah Izzar Naresh. Para jejaka yang melihat dari jauh terus menghampiri kerana Hafiz Yaslam tahu bagaiman sikap sepupunya terhadap adiknya.

"Kau kalau datang nak kacau, baik kau blah. Aku tak suka kau ada dekat sini," sampuk Hafiz Yaslam terus menyembur sepupunya.

"Relax lah, abang Hafiz. Sofia bukan nak kacau pun. Saja nak bertegur sapa sepupu sendiri, salah ke? Kan Hifza?" soal Sofia Amira sembari mengelus pipi Hifza Yelda lembut, tapi Hifza Yelda menapak ke belakang agar wajahnya tidak disentuh.

"Tak salah, tapi aku tak suka cara kau. Pergi baliklah. Jangan muncul depan mata aku," ketus Hafiz Yaslam geram, sudah tak mahu sepupunya berada di situ.

"Okey, Sofia balik," ucap Sofia Amira lalu mendekati Izzar Naresh.

"You, kalau tak tahan hidup dengan perempuan gila ni. You cari I tau." Bahu Izzar Naresh dielus membuat dia menjauhi Sofia Amira lalu berlindung di belakang Hifza Yelda. Sofia Amira terus berlalu pergi sambil tertawa pelan melihat sikap Izzar Naresh seperti takut perempuan.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now