Hampir Sahaja .53

1.6K 173 3
                                    

Makanan dihidangkan di atas meja sesuai permintaan si anak yang teringin merasa masakan air tangan ibunya. Hifza Yelda sudah teruja melihat lauk-pauk yang terhidang meskipun hanya lauk kampung. Puan Yasmin mencedok nasi untuk anak perempuannya kemudian mengambil tempat di hadapan anaknya.

"Abang nak pergi mana? Saya ada masak. Mari makan sekali." ajak puan Yasmin ketika melihat suaminya baru sahaja keluar dari bilik.

Hifza Yelda hanya buat tak peduli sahaja, tiada niat untuk mengajak bapanya makan bersama kerana dia tahu semuanya akan berakhir perang mulut sahaja nanti.

"Aku nak keluar. Kau makanlah." balas encik Hafizzudin sambil berjalan ke arah pintu rumah.

"Saya tahu abang nak pergi mana. Sudah-sudahlah tu habiskan duit dengan berjudi, abang. Takde hasil pun. Kita lagi banyak rugi dari untung, abang." tegur puan Yasmin yang tahu ke mana arah tujuan suaminya meskipun tidak diberitahu. Langkah encik Hafizzudin terhenti, dia menatap tajam ke arah isterinya.

"Kau apa tahu? Aku kalau tak melabur, aku takkan dapat duit untuk bangunkan syarikat aku semula." marah encik Hafizzudin.

"Itu bukan caranya, abang. Banyak lagi cara lain, banyak lagi kerja lain. Saya dah tak sanggup tengok abang buat kerja haram tu lagi. Cukup-cukuplah tu abang." balas puan Yasmin, dia sudah penat berhabis duit buat suaminya meskipun duitnya diambil secara paksa.

Encik Hafizzudin yang berada di ruang tamu, berjalan ke arah isterinya. Rahang isterinya dicengkam kuat sehingga membuatkan puan Yasmin berdiri.

"Sakit, abang." mengaduh sakit puan Yasmin.

"Aku dah banyak kali cakap. Jangan masuk campur urusan aku! Kau degillah!" tempik encik Hafizzudin sehingga terhincut bahu Hifza Yelda.

"Papa, dahlah tu. Kesian dekat mama." tegur Hifza Yelda tidak sanggup melihat ibunya disakiti.

"Kau jangan masuk campur!" tengking encik Hafizzudin membuatkan Hifza Yelda terpejam takut dengan suara kuat bapanya. Puan Yasmin masih mengaduh sakit ketika suaminya mencengkam kuat rahangnya tapi encik Hafizzudin sikit pun tidak kasihan melihat isterinya menahan sakit.

"Selama ni pun, kau dengan anak-anak makan hasil haram lah! Hasil rasuah! Hasil kerja aku selama ni! Dah berapa banyak duit haram kau telan. Tak payah ingatkan aku pasal halal haramlah!" puan Yasmin memejamkan matanya ketika suara suaminya menerjah masuk ke dalam halwa pendengarannya dengan paksa.

"Papa, sudahlah tu. Lepaskan mama." rayu Hifza Yelda sambil berusaha melepaskan cengkaman bapanya.

"Aku kata jangan masuk campur!" tempik encik Hafizzudin sembari menolak anaknya sehingga jatuh ke lantai.

"Kau nak makan, makanan halal sangat kan? Ha, makan ni! Makan apa yang kau masak ni. Halal kan?" desak encik Hafizzudin sambil menyumbat lauk ke mulut isterinya dengan paksa. Hifza Yelda bingkas bangun untuk membantu ibunya dan turut bergelut sama.

"Papa! Dahlah tu! Kesian mama!"

"Kau kesian? Ni, kau ganti mak kau. Makan ni!" encik Hafizzudin menolak isterinya sehingga jatuh kemudian menarik anak perempuannya dan menyumbat nasi pula ke mulut Hifza Yelda secara paksa.

"Hm... papa." Hifza Yelda cuba mengelak tapi tidak mampu. Puan Yasmin bingkas bangun untuk membantu anaknya pula.

"Cukuplah tu, abang!" rayu puan Yasmin bersama air matanya gugur. Tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan begitu oleh suaminya. Cukuplah dia sahaja diperlakukan kasar begitu. Jangan anaknya.

Prak!

Hifza Yelda tanpa berfikir panjang mengambil cawan kaca lalu dihentakkan pada kepala bapanya. Serta merta tindakan encik Hafizzudin terhenti. Hifza Yelda yang terkejut dan ketakutan, tubuhnya mula menggigil ketika melihat ada darah membasahi kepala bapanya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now