Bertemu Keluarga .40

1.8K 189 4
                                    

Suasana kereta sepi, hanya kedengaran bunyi deruan air-cond ketika Hifza Yelda memilih diam sambil menikmati pemandangan jalan raya. Izzar Naresh melirik sekilas ke arah gadis di sebelahnya beberapa kali demi memastikan keadaan gadis itu sebelum pandangannya jatuh pada dua kotak hadiah yang berada dalam pelukan Hifza Yelda.

"Hadiah ke tu? Ada masuk apa-apa pertandingan ke?" tanya Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda melihat ke arah kotak hadiah pemberian kawan baiknya.

"Amanda dengan Aiman bagi." balasnya kemudian menatap ke arah Izzar Naresh.

"Kenapa dia orang bagi hadiah?" soal Izzar Naresh lagi.

"Sebab hari ni birthday Hifza."

"Ya Allah, abang Izz? Kenapa abang Izz break mengejut?" gerutu geram Hifza Yelda ketika Izzar Naresh tiba-tiba sahaja menghentikan kenderaannya secara mengejut. Nasib sahaja tiada kereta di belakang mereka, kalau tidak. Pasti sudah berlaku kemalangan.

"Hari ni birthday Hifza?" soal Izzar Naresh mengabaikan soalan Hifza Yelda.

"Iya. Abang Izz kenapa terkejut sangat?"

"Tak cakap dekat abang pun. Abang takde beli apa-apa pun untuk Hifza."

"Ya Allah, abang Izz. Gerak lah cepat." arah Hifza Yelda agar Izzar Naresh kembali memandu. "Abang Izz tak payah risau sangat lah. Hifza tak nak hadiah. Hifza pun lupa dengan birthday Hifza sendiri." Sambung Hifza Yelda merasakan hal kecil jika yang tidak mengetahui itu Izzar Naresh.

"Tapi mama papa ingat tak birthday aku?" bisiknya di dalam hati teringat akan ibu bapanya. Jika yang tidak mengingati itu orang lain, dia tidak kecewa tapi jangan ibu bapa. Dia pasti merasa terluka. Tapi Hifza Yelda tidak mengharapkan semua itu kerana dia sendiri tak menemukan keistimewaan pada hari lahirnya.

Bahkan sebelum ini juga ibu bapanya tak pernah menyambut hari kelahirannya. Ada pun, sudah terlambat satu hari kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan kerja.

"Abang ada idea. Kita sambut birthday Hifza dekat satu tempat ni. Abang dah lama nak bawa tapi sebelum tu kita beli kek dulu." ucap Izzar Naresh, laju dia memandu mencari kedai kek.

"Abang Izz nak bawa Hifza pergi mana?"

"Ada lah. Hifza tunggu je." balas Izzar Naresh mahu berahsia sehingga mereka tiba di tempat yang dimaksudkannya.

"Abang Izz, tak payahlah sambut birthday Hifza." dia malah menolak.

"Alah, bagi lah abang peluang nak menggembirakan Hifza di hari special ni." balas Izzar Naresh, dia pula yang terlihat teruja padahal bukan ulang tahunnya. Hifza Yelda akhirnya mengalah membiarkan Izzar Naresh kerana tidak sanggup mengecewakan lelaki itu.

Rumah Terakhir

"Rumah siapa ni, abang Izz?" soal Hifza Yelda ketika kereta yang dipandu Izzar Naresh masuk ke dalam sebuah perkarangan rumah banglo mewah, bahkan lebih besar dari rumah yang pernah dibeli bapanya dahulu.

"Kita masuk dalam dulu. Abang kenalkan Hifza dengan orang yang ada dalam rumah ni."

"Abang Izz!" panggil Hifza Yelda ketika Izzar Naresh laju keluar dari kereta. Dia hanya melihat lelaki itu berjalan di hadapan kereta lalu membuka pintu kereta untuk Hifza Yelda.

"Kita nak buat apa masuk dalam, abang Izz?" soal Hifza Yelda masih tidak mahu keluar.

"Sambut birthday Hifza lah. Takkan nak sambut birthday dalam kereta kot." balas Izzar Naresh kemudian dia berjalan ke arah penumpang belakang untuk membawa keluar kek yang sudah dibeli tadi.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now