Apa Lagi Kali Ini? .70

938 64 3
                                    

Setiap hari Hifza Yelda lalui malam yang berat ketika bapanya ada sahaja yang tidak puas hati saat melihat dia berehat walaupun sekejap. Bahkan ada juga beberapa kali dia diserang panik dan anxiety sehingga tidak mampu melakukan apa-apa melainkan makan ubat bagi menenangkan dirinya.

Hifza Yelda yang berharap semua ini akan berakhir cepat, akhirnya tiba pada hari terakhir peperiksaan. Tiga minggu berlalu terasa terlalu lama untuk Hifza Yelda.

"Hari terakhir penyeksaan kau, Hifza. Kau kena buat yang terbaik." bisik hati Hifza Yelda memberi semangat kepada dirinya yang kini sudah berada di dalam dewan peperiksaan. Sayup sahaja dia melihat ke hadapan kerana namanya berinisial 'H' membuatkan dia berada sedikit belakang.

"Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir dan kertas terakhir bagi spm tahun ini. Kertas peperiksaan sudah diagihkan, jadi kita tunggu lagi lima minit untuk memulakan peperiksaan. Tepat ikut jam di depan ya." ucap seorang guru yang berdiri di hadapan.

Hifza Yelda termenung memandang ke arah kertas peperiksaan sambil cuba mengingati kembali apa yang sudah dia pelajari dan ulang kaji.

"Dah cukup lima minit. Kamu semua boleh mula menjawab sekarang." sambung guru tadi selepas lima minit berlalu.

Semua pelajar termasuk Hifza Yelda menjawab kertas peperiksaan terakhir mereka dengan sangat tekun. Masing-masing berusaha menjawab dengan terbaik mereka mampu. Pasti semua berusaha untuk memiliki kejayaan yang mereka impikan selama ini. Begitu juga Hifza Yelda yang hanya mahu segera keluar dari sangkar seksaan bapanya.

Dia sudah tidak peduli sejauh mana dia akan dihantar, apa yang penting dia mahu segera keluar.

Dua jam masa berjalan sehingga kertas peperiksaan terakhir akan tamat sebentar lagi.

"Argh, kenapa rasa sakit kepala ni?" bisik hati Hifza Yelda sambil memicit pelipis dahinya. Matanya berpinar, tulisan yang ada di kertas sudah tidak terlihat jelas. Bahkan ketika angkat kepala pun, dia sudah tak melihat dengan jelas orang di hadapan.

Denyut kepalanya semakin kuat tapi nasib sahaja dia sudah menjawab semua soalan yang ada.

"Okey pelajar. Masa telah tamat. Diminta semua meletakkan pen masing-masing. Cikgu-cikgu akan mula mengutip kertas kamu semua." ucap seorang guru yang berdiri di hadapan.

Cikgu-cikgu yang ada mula mengutip kertas peperiksaan dan Hifza Yelda masih dengan keadaan melayan rasa sakit yang singgah di kepalanya. Denyutnya lain dari yang biasa dirasai sebelum ini. Pelipis dahi masih dipicit agar dapat mengurangkan rasa sakit sehingga tiba cikgu yang datang mengutip kertas menyedari keadaan Hifza Yelda.

"Awak okey ke?" tanya cikgu tersebut membuatkan Hifza Yelda angkat kepala dengan senyum tipisnya.

"Saya okey je, cikgu. Cuma sakit kepala sikit." balas Hifza Yelda tidak mahu mengundang risau.

"Betul ke? Muka awak, saya tengok pucat ni." tegur cikgu itu ketika melihat bibir Hifza Yelda sudah pucat lesi.

"Betul, cikgu. Sikit je ni." balas Hifza Yelda masih menyembunyikan rasa sakit yang semakin kuat di kepalanya.

"Saya kutip kertas dulu, nanti saya datang dekat awak balik ya." ucap cikgu tersebut lalu berjalan untuk mengutip kertas pelajar seterusnya. Hifza Yelda hanya mengangguk singkat lalu menyentuh hidungnya ketika merasa ada yang mengalir keluar.

"Allah, berdarah pula." ucap Hifza Yelda perlahan, dia cuba untuk menyembunyikan darah tersebut agar tidak dilihat oleh cikgu-cikgu yang lain mahupun rakan-rakannya tapi darah semakin memancut keluar sebelum...

Bugh!

Pandangan Hifza Yelda menjadi gelap lalu hilang keseimbangan dan jatuh tidak sedarkan diri lagi.

Rumah Terakhir ✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя