Perempuan Gila .77

1.1K 60 3
                                    

Suasana Pulau Langkawi cukup menenangkan, Hifza Yelda menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya menikmati udara segar tempat itu. Hafiz Yaslam dan Izzar Naresh saling berpandangan dan melepaskan nafas lega ketika melihat mood gadis itu tampak baik.

"Ini ke Langkawi abang?" soal Hifza Yelda selepas membalik badan ke arah abangnya. Hafiz Yaslam mendekati adiknya perempuannya dan merangkul bahu Hifza Yelda merapat ke tubuhnya.

"Cantik kan tempat ni." Hafiz Yaslam sudah pernah ke Langkawi beberapa kali ketika ada urusan pekerjaan dahulu, jadi dia sudah biasa dengan tempat itu. Berbeza pula dengan Hifza Yelda yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau tersebut.

Hifza Yelda menjatuhkan kepalanya, mengiyakan ucapan abangnya. Meskipun tempat itu sedikit sesak dengan pengunjung yang lain tapi masih boleh diketepikan kekurangan itu ketika pemandangan pantai mampu membuatnya merasa damai.

"Kalau Hifza suka, nanti abang bawa Hifza datang sini lagi." Ucapan Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda menoleh ke arah kanannya di mana Izzar Naresh berdiri.

"Betul ke, abang Izz?" soalnya terdengar teruja.

"Betul tapi sekarang ni kita rehat dulu lepas tu kita keluar makan. Hifza lapar kan?" soal Izzar Naresh pula. Hifza Yelda mengangguk kepala sebagai jawapan. Barang-barang mereka sudah dibawa ke chalet oleh pekerja. Jadi, mereka hanya perlu ke sana untuk berehat sebelum keluar semula untuk makan.

Izzar Naresh memilih chalet di hadapan pantai supaya tidak perlu susah-payah untuk ke sana, bahkan suasana laut di sana akan lebih baik untuk Hifza Yelda. Bila-bila sahaja gadis itu mahu ke pantai, boleh terus sahaja pergi tanpa perlu menunggu dua jejaka. Izzar Naresh memesan dua chalet, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Hafiz Yaslam dan adiknya.

Selepas berehat beberapa minit, mereka mula keluar menuju ke restoran terdekat untuk makan memandangkan Hifza Yelda sudah kelaparan. Selesai membuat pesanan makanan, Hifza Yelda menatap ke arah laut. Bunyi ombak yang memukul pantai membuatkan gadis itu menikmati suasana pertama kali itu.

"Lepas result keluar, Hifza cadang nak sambung mana?" tanya Izzar Naresh memecah kesunyian yang tercipta. Hafiz Yaslam hanya bermain dengan telefonnya membiarkan pasangan tersebut berbual.

"Hifza tak tahu lagi, abang Izz. Hifza tak fikir lagi." balas Hifza Yelda, dia menongkat dagu ketika bosan menerpa dirinya yang sudah tak sabar menunggu makanan.

"Tapi sebelum sambung, Hifza kena pergi psik- Argh!" Izzar Naresh menjerit ketika kakinya dipijak oleh Hifza Yelda. Gadis itu membulatkan matanya ke arah Izzar Naresh sebagai isyarat untuk tidak melanjutkan ucapannya. Hifza Yelda terus memasang wajah biasa ketika abangnya memandang dirinya.

"Pergi mana?" soal Hafiz Yaslam mula rasa curiga, dia memandang Izzar Naresh dan adiknya silih berganti.

"Mana ada pergi mana-manalah. Kan, abang Izz?" dia menjeling tajam ke arah Izzar Naresh agar lelaki itu menjaga ucapannya.

"Hm. Takde pergi mana. Hifza tak perlu pergi mana-mana." Izzar Naresh menggeleng kepala sambil berpeluk tubuh. Kepalanya ditunduk tak berani menatap Hifza Yelda yang menjegilkan mata ke arahnya.

"Kau berdua ni ada rahsiakan apa-apa ke?" soal Hafiz Yaslam masih curiga.

"Takde! Mana ada-"

"Eh, hai abang Hafiz. Kau pun ada?" masing-masing menoleh ketika ada yang menegur. Terkejut Hafiz Yaslam dan Hifza Yelda ketika melihat Sofia Amira, sepupu mereka turut berada di Langkawi.

"Sofia? Kau buat apa dekat sini? Yang lain mana?" soal Hafiz Yaslam, dia melilau ke arah persekitaran mencari ahli keluarga yang lain tapi tiada hanya gadis itu semata-mata.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now