Kau Bawa Duka Pergi .79

1.2K 64 3
                                    

Matahari baru sahaja naik belum cukup terpacak atas kepala, dua jejaka sudah terjun ke dalam laut menikmati rasa masin air laut. Hifza Yelda hanya duduk di tepi pantai memerhati Izzar Naresh dan abangnya yang sedang seronok mandi. Geli hati Hifza Yelda ketika melihat ada sekumpulan gadis cantik cuba menggoda dua jejaka itu.

Tampak jantan sahaja di luar tapi tak seorang pun termakan dengan goda para gadis. Izzar Naresh dengan wajah malunya manakala Hafiz Yaslam dengan sikap dinginnya tetap sahaja mampu menggoda gadis-gadis tersebut.

"Sorry, kami tak berminat." Tutur Hafiz Yaslam datar kemudian terus berlalu pergi mendekati adiknya diikuti Izzar Naresh di belakang mahu mengelak dari terus berlama-lama di situ. Dia cukup muak dengan gadis gatal begitu membuatkan Hafiz Yaslam terus pergi.

"Cie, ada orang kena goda," usik Hifza Yelda ketika dua jejaka mendekatinya.

"Diamlah, kau. Jom mandi. Takkan nak duduk tengok je," ujar Hafiz Yaslam tidak suka terus diusik oleh adiknya membuatkan Hifza Yelda terkekeh pelan kerana merasa lucu dengan sikap abangnya.

"Yalah, Hifza. Jomlah ikut kami mandi sekali," ajak Izzar Naresh.

Hifza Yelda tidak menatap ke arah Izzar Naresh kerana baju lelaki itu melekap sehingga menampakkan bentuk tubuh Izzar Naresh. Pantas sahaja para gadis cuba menggoda, tubuh dua jejaka itu boleh tahan juga. Hafiz Yaslam lebih menggoda ketika dia hanya mengenakan seluar pendek bawah lutut sahaja. Segala otot badannya menonjol membuatkan dia menjadi pusat perhatian para wanita.

"Tak naklah. Abang dengan abang Izz pergilah mandi berdua. Hifza nak duduk sini je," balas Hifza Yelda, gadis itu hanya duduk di gigi air membiarkan kakinya basah dipukul ombak.

Hafiz Yaslam memandang Izzar Naresh seakan sedang menghantar telepati. Ada sesuatu yang dibicarakan oleh mereka lewat pandangan mata. Hifza Yelda memandang penuh curiga apa yang sedang dua jejak itu lakukan. Tiba-tiba Izzar Naresh dan Hafiz Yaslam saling mengangguk kepala.

"Argh! Abang, janganlah. Nanti Hifza basah," jerit Hifza Yelda ketika abangnya mula melakukan serangan. Cepat-cepat Hifza Yelda bangun menghindari dirinya dari disimbah air ketika Izzar Naresh juga tidak mahu melepaskan peluang.

"Mana nak lari? Sini!" Hafiz Yaslam dan Izzar Naresh mengejar Hifza Yelda yang cuba melarikan diri.

"Abang Hafiz! Abang Izz! Janganlah! Hifza tak nak basah," jerit Hifza Yelda ketika Izzar Naresh masih berusaha menyimbah air ke arahnya. Hafiz Yaslam menghalang adiknya dari terus melarikan diri agar Izzar Naresh ada kesempatan membasahkan pakaian adiknya.

"Please, Hifza tak nak basahkan baju. Argh!" Kuat suara Hifza Yelda menjerit ketika tubuhnya tiba-tiba di cempung oleh abangnya. Hifza Yelda meronta-ronta agar dilepaskan ketika Hafiz Yaslam membawanya ke arah laut.

"Abang, please. Turunkan Hifza. Abang..." Rayuan Hifza Yelda diendahkan, Hafiz Yaslam tetap berjalan masuk lebih dalam kemudian dia melepaskan adiknya.

"Tak nak mandi sangat, kan? Ha, ambil ni." Disela-sela ketawa, dua jejaka kembali menyimbah air agar seluruh tubuh dan pakaian Hifza Yelda basah. Hifza Yelda melindungi wajahnya dengan tangan sambil memejamkan mata agar tiada air yang masuk ke dalam matanya.

"Dahlah! Abang jahatlah. Habis basah baju Hifza," rungut gadis itu kemudian kembali berjalan ke arah pantai.

Hafiz Yaslam puas mentertawakan adik perempuannya ketika merasa geli hati dengan wajah cemberut adiknya. Izzar Naresh pula mengejar langkah Hifza Yelda, bahkan dia siap berlari lebih dulu ke pantai lalu mengambil tuala yang ditinggalkan di tepi pantai.

"Pakai ni," ujar Izzar Naresh sambil melilitkan tuala pada tubuh Hifza Yelda agar tak memperlihatkan tubuh gadis itu yang basah. Ada beberapa mata tajam lelaki gatal melirik ke arah Hifza Yelda kerana baju yang basah melekap sehingga menambahkan bentuk tubuh gadis itu.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now