Dimarahi Papa .26

1.9K 206 3
                                    

Kertas peperiksaan dironyok, Hifza Yelda hanya menatap kertas peperiksaannya yang kini sudah bersaiz besar sedikit dari kepalan tangan bapanya. Encik Hafizzudin angkat kepala menatap anaknya yang sejak tadi berdiri tapi menunduk ke lantai sama persis keadaannya seperti siang tadi ketika dimarahi ibunya.

"Ini result yang kau bawa balik?" soal encik Hafizzudin dingin sembari melemparkan kertas tersebut ke arah wajah anaknya. Sontak membuatkan Hifza Yelda memejamkan matanya.

"Kau rasa result macam ni boleh banggakan aku ke?" Hifza Yelda masih memilih diam ketakutan tanpa berani menatap bapanya. "Result kau teruk macam ni, apa aku nak bagi tahu makcik-makcik kau?" soal encik Hafizzudin lagi. Dia hanya memikirkan air mukanya untuk berhadapan dengan keluarganya nanti tanpa peduli perasaan anak perempuannya.

"Hifza minta maaf, papa. Hifza dah cuba." perlahan sahaja suara yang keluar.

"Dah cuba? Ini kau kata dah cuba? Dah cuba kepala otak kau! Dah cuba takkan dapat result macam ni, Hifza! Ini sebab kau tidur! Kau banyak main! Kau tak bersungguh-sungguh, Hifza!" marah encik Hafizzudin hanya mencari kesalahan anak perempuannya.

"Hifza janji spm nanti, Hifza akan buat betul-betul."

"Janji! Janji! Boleh pakai ke janji kau tu?" tajam matanya menikam Hifza Yelda membuatkan anak gadisnya semakin menunduk takut.

"Hifza akan cuba, papa. Lagi pun, masa jawab exam hari tu Hifza terlalu penat. Tu sebab Hifza hilang fokus." jawab Hifza Yelda jujur tentang apa yang terjadi terhadap dirinya ketika peperiksaan tempoh hari. Tubuhnya semakin hari semakin lelah kerana sering berjaga malam bahkan dengan keadaan melawan sakit yang dihidapi membuatkan dirinya tidak dapat fokus, bahkan kesan ubat juga memberi efek pada tubuhnya.

"Penat? Itu jelah yang kau ulang dari hari tu. Penat! Penat! Penat! Eh, kau belajar jelah! Ke kau ni memang bodoh, tu sebab kau tak pernah nak banggakan aku?" suara encik Hafizzudin naik seoktaf.

"Ya, Hifza takde benda nak dibanggakan macam Sofia dengan Hamzah! Ya Hifza sedar Hifza bodoh, papa! Tak pandai macam sepupu Hifza yang lain, tapi jangan paksa Hifza jadi sempurna macam yang papa nak!"

"Hifza tak mampu, papa." ayat terakhir, suaranya berusaha lemah tidak setinggi tadi, bahkan mutiara jernih turut keluar membanjiri wajahnya sebagai bukti keadaan hatinya yang sedang terluka.

"Macam mana kau boleh jadi anak aku? Abang kau pandai, sepupu-sepupu kau semua pandai. Tapi sampai dekat kau, BODOH!" kutukan itu sengaja ditekan bersama tamparan turut diberikan sehingga wajah Hifza Yelda terteleng ke kiri.

Hifza Yelda angkat kepala menatap bapanya, "sekarang ni Hifza nampak tak berguna lah dekat mata papa? Papa kena sedar diri tau yang papa tu bukan berguna sangat. Yang papa tahu berjudi je." Sinis Hifza Yelda berkata ketika jiwanya sudah membuak marah.

"Kau jaga sikit mulut kau tu." ujar encik Hafizzudin masih menahan diri.

"Kerjalah papa! Jangan jadi dayus biar mama sara hidup papa yang macam biawak hidup! Dah bankrup tu bawa sedar diri. Bangunkan balik syarikat tu, bukannya berjudi!" Hifza Yelda tidak peduli, dia masih meluapkan marahnya seperti menyimbah api pada bara.

Dada encik Hafizzudin berombak ganas menatap anaknya dengan mata helang. Kakinya menapak mendekati anak perempuannya lalu menarik rambut Hifza Yelda kuat sehingga mengerang kesakitan gadis itu. Encik Hafizzudin menarik anaknya kemudian menghentakkan kepala dan wajah Hifza Yelda ke dinding.

"Papa! Sakit, papa!" mengaduh Hifza Yelda, bahkan dia merasakan ada cecair yang mula mengalir membasahi wajahnya.

Encik Hafizzudin menolak anaknya ke lantai, "kalau kau tak nak mati, kau jangan kurang ajar dengan aku!" Ujarnya kemudian berlalu keluar dari rumah meninggalkan anak perempuannya yang sudah berlumur darah.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now