Aiman Perbaiki Semula .59

1.8K 185 28
                                    

Perlahan mata dibuka ketika jam telefon berbunyi menandakan sudah pagi. Hifza Yelda menyelak selimut lalu turun dari katil, sempat dia mematikan alarm yang bingit itu. Dia berjalan terhincut-hincut keluar dari bilik menuju bilik mandi dalam keadaan masih mamai dan rasa kantuk masih tersisa.

"Kau kenapa jalan terhincut-hincut?" tegur Hafiz Yaslam yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Suara Hafiz Yaslam membuatkan puan Yasmin di dapur curi dengar perbualan anak-anaknya.

"Kena denda." balas Hifza Yelda singkat sambil menggaru pipi yang terasa gatal.

"Kau kena denda? Kau buat salah apa sampai cikgu denda kau?" soal Hafiz Yaslam lagi, pertama kali dia dengar adiknya kena denda sebelum ini tiada pula bahkan sehingga sakit-sakit kaki. Teruk sangat ke dendanya?

"Tak tahu." balas Hifza Yelda malas, kali ini dia memasukkan tangannya ke dalam baju dan menggaru bahunya pula.

"Kau ni mesti ada buat salah-"

"Takpe, hari ni tak payah pergi sekolah. Duduk je rumah, belajar dekat rumah." sampuk puan Yasmin mahu mematikan ucapan anak lelakinya agar tidak membebel panjang. Hifza Yelda dan Hafiz Yaslam memandang ibu mereka yang masih berdiri di dapur.

"Sakit sikit je, mama. Lagi pun, Hifza kena pergi sekolah."

"Ha, eloklah tu. Pergi sekolah. Kau jangan nak pandai-pandai ponteng. Tak payah dengar cakap mak kau tu." sampuk encik Hafizzudin yang baru sahaja keluar dari bilik sempat mendengarkan perbualan anak dan isterinya membuatkan isteri dan anak-anaknya menoleh ke arahnya.

Hifza Yelda yang tadi masih terasa kantuk, kini sudah segar. Dia melepaskan nafas berat kerana sudah dapat menduga apa yang akan terjadi selepas ini.

"Biarlah dia cuti., rehat. Sehari je pun." balas puan Yasmin masih mahu anaknya duduk di rumah.

"Makin bodohlah anak kau tu kalau asyik cuti je. Berapa kali dah dia cuti tahun ni?"

"Dia cuti pun sebab sakit, abang. Bukan saja-saja tak pergi sekolah. Takkanlah sehari pun abang nak bising. Saya nak dia berehat dekat rumah je." balas puan Yasmin masih pertahankan anaknya. Hifza Yelda memandang ibunya tidak percaya, selepas kejadian malam itu. Ibunya seperti berubah.

Meskipun perubahan yang baik kerana ibunya bersikap baik dan prihatin kepadanya tapi dia tidak selesa dengan perubahan tersebut. "Mama-"

"Kau dah pandai kurang ajar dengan aku." tak sempat Hifza Yelda bersuara kerana bapanya sudah mula berang. Encik Hafizzudin baru sahaja ingin mendekati isterinya tapi Hafiz Yaslam menahan. Dia berdiri menghalangi laluan bapanya.

"Hifza rehat sehari je. Dia belajar dekat rumah, bukan tak belajar. Papa tak desak pun, dia akan belajar sebab dia tahu tanggungjawab dia." baru kali ini Hafiz Yaslam bersuara, datar sahaja pandangannya menikam bapanya. Hifza Yelda menyentuh bahu abangnya membuatkan Hafiz Yaslam menoleh.

"Takpe, Hifza pergi sekolah je."

"Tak payah. Kau duduk rumah. Takkan kau nak pergi sekolah terhincut-hincut macam tu?" balas Hafiz Yaslam dengan aura dinginnya. Apabila Hafiz Yaslam sudah mula bersuara, aura dinginnya tidak dapat dikalahkan meskipun bapanya sendiri.

"Kau selamat kali ni." tutur encik Hafizzudin sebelum dia kembali masuk ke dalam bilik.

"Hifza pergi sekolah jelah. Hifza takut bila papa marah." adu Hifza Yelda merasa tidak sedap hati melihat amarah bapanya tadi. Mahu dia jadi bahan amukan ketika abang dan ibunya pergi kerja nanti.

"Mama ambil cuti hari ni. Dah pergi solat subuh, lepas tu rehat. Nanti sapu minyak dekat kaki tu." ucap puan Yasmin, dia memutuskan untuk ambil cuti meskipun akan dipotong gaji nanti demi anaknya agar tak menjadi bahan amukan suaminya.

Rumah Terakhir ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن