Teman Ke Psikiatri .56

1.7K 183 21
                                    

Mulut bagai terkunci dengan jantung berdegup laju seperti baru selesai maraton. Hifza Yelda hanya diam menunduk sambil bermain dengan jemarinya. Dia gelisah ketika kali ini ditemani Izzar Naresh. Dia tidak berani menatap doktor Ridzuan, doktor psikiatri yang selama ini Hifza Yelda bertemu untuk masalah kesihatan mentalnya.

"Encik ni siapa ya? Abang Hifza ke?" tanya doktor Ridzuan kerana pertama kali melihat Izzar Naresh bahkan pertama kali pesakitnya membawa penjaga.

"Ya, saya doktor. Saya abang Hifza." balas Izzar Naresh tenang melakonkan watak sebagai abang Hifza Yelda.

"Hm, saya dah banyak kali minta Hifza ni bawa keluarga. Alhamdulillah, baru kali ni dia bawa. Jadi, encik dah tahulah keadaan adik encik? About her mental health?" soal doktor Ridzuan, Izzar Naresh menoleh ke arah Hifza Yelda sekilas kemudian kembali menatap doktor Ridzuan.

"Saya tahu cuma sebetulnya saya kurang jelas masalah yang dihadapi adik saya ni." balas Izzar Naresh, dia tidak faham tentang penyakit yang dihidapi Hifza Yelda. Dia kurang ilmu tentang sakit tersebut.

Hifza Yelda hanya diam menunduk ke bawah, dia hanya memasang telinga mendengarkan perbualan dua lelaki itu.

"Hifza tak cakap dekat abang fasal penyakit Hifza?" soal doktor Ridzuan, Hifza Yelda menggeleng kepala sebagai jawapan. Dia tetap tidak memandang ke arah doktor lelaki tersebut. Gelisahnya membuatkan kaki dan tangannya menggigil pelan. Dia hanya bermain dengan hujung tudungnya sahaja.

"Okey, macam ni encik. Hifza menghidap depression dan anxiety sudah hampir setahun lebih macam tu."

"Setahun lebih?" soal Izzar Naresh terkejut tanpa sempat doktor Ridzuan melanjutkan bicaranya.

"Ya, encik. Kalau ikutkan hospital kerajaan, tak terima pesakit untuk datang tanpa waris sebab Hifza bawah umur. Mesti ada waris tapi Hifza cakap keluarga dia sibuk, tak dapat datang. Jadi kami percaya dia dan berikan rawatan untuk bantu Hifza dari penyakit yang dihidapi."

Izzar Naresh tekun mendengar sambil mengganguk kepala faham.

"Selama setahun lebih ni kami hanya bagi ubat untuk Hifza. Dos sebelum ni kami tak naikkan, tapi tengok hari ni macam mana. Kalau keadaan memungkinkan kita naik dos, saya akan naikkan dos Hifza lah." sambung doktor Ridzuan lagi.

"Hifza makan ubat je doktor? Takde rawatan lain ke untuk pulih?" soal Izzar Naresh.

"Ubat ni hanya untuk menstabilkan keadaan mental, selepas makan dia akan stabil tapi keadaan anxiety dan depression akan berlaku lagi selepas tu kalau ada yang mengganggu pada fikiran dia. Pulih ni semua terletak kepada pesakit sendiri. Keadaan Hifza pun sering pendam, semua tu menjadi luka pada jiwa dia." jelas doktor Ridzuan.

Dia memandang ke arah Hifza Yelda yang hanya menunduk sejak tadi.

"Hifza, awak masih suka pendam? Ada cerita dekat sesiapa tak?" Hifza Yelda hanya menggeleng kepala tanpa mengeluarkan suaranya.

"Awak nak sembuh tak?"

Dengar sahaja pertanyaan doktor Ridzuan, laju air matanya mengalir keluar.

"Saya tanya ni, Hifza nak sembuh tak?"

"Nak." balas gadis itu, "saya nak sembuh." gadis itu tidak dapat melanjutkan bicaranya kerana dia semakin teresak. Doktor Ridzuan hanya diam memberi ruang Hifza Yelda untuk meluah. Izzar Naresh hanya memerhati, mahu sahaja dia menggenggam tangan gadis itu mahu memberi kekuatan tapi dia masih memikirkan batas mereka.

"Saya takde orang nak luah." sambung Hifza Yelda, dia kembali teresak.

"Takde orang nak luah? Takde orang nak dengar? Sebab apa? Awak ada keluarga. Awak ada abang. Kenapa tak luah?" soal doktor Ridzuan lagi.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now