Ambil Hikmahnya .30

2K 202 25
                                    

Keadaan hati masih gelisah, bahkan dada terasa sakit ketika belum kunjung mendapatkan khabar keadaan Hifza Yelda yang masih dirawat. Izzar Naresh tidak senang duduk dibuatnya membuatkan dia ulang-alik di hadapan ruang kecemasan. Suara orang berlari membuatkan Izzar Naresh menoleh.

Izzar Naresh menghampiri, "abang Hifza ke?" Soal Izzar Naresh belum sempat Hafiz Yaslam menyoal jururawat yang ada di kaunter. Meskipun dia pernah melihat Hafiz Yaslam tapi dia hanya melihat dari jauh membuatkan dia ragu takut tersalah orang.

"Ya. Aku abang Hifza. Hifza mana?" soal Hafiz Yaslam termengah.

"Dia masih dekat dalam,masih dirawat" balas Izzar Naresh, dia sempat melihat di belakang Hafiz Yaslam tapi dia tidak melihat ibu bapa gadis itu.

"Kau siapa? Cikgu Hifza mana?" soal Hafiz Yaslam kerana pertama kali melihat Izzar Naresh.

"Saya kawan Hifza. Cikgu, saya dah suruh balik tadi." jelas Izzar Naresh.

"Hafiz!" jerit seseorang membuatkan dua jejaka menoleh ke belakang melihat seorang wanita paruh baya berjalan cepat ke arah mereka. Hafiz Yaslam mendekati dan menyambut ibunya.

"Ibu Hifza rasanya ni." bisik hati Izzar Naresh, dia hanya memerhati sahaja.

"Hifza mana? Teruk ke?" soal puan Yasmin, tidak terlihat sedang merisaukan anak perempuannya. Izzar Naresh hanya diam memerhati dari jauh ketika dia memilih beranjak ke tempat awal dia berada. Betul-betul di hadapan pintu masuk ruang kecemasan.

"Mana papa Hifza?" lagi-lagi Izzar Naresh bermonolog dalam hati ketika kali ini dia tidak melihat bapa Hifza Yelda.

"Doktor!" suara Hafiz Yaslam yang melihat doktor keluar dari ruang kecemasan membuatkan Izzar Naresh pantas menoleh dan mendekati doktor tersebut. Hafiz Yaslam dan ibunya turut menghampiri doktor yang merawat. Izzar Naresh yang sedar diri, dia bukan ahli keluarga Hifza Yelda membuatkan dia hanya berdiam diri.

Dia membiarkan keluarga Hifza Yelda yang menyoal doktor tersebut tentang keadaan gadis itu.

"Macam mana keadaan adik saya, doktor?" soal Hafiz Yaslam selepas menghampiri doktor tersebut.

"Adik awak, Hifza ya? Keadaan dia stabil, alhamdulillah. Dia terlalu kepenatan membuatkan dia jatuh pengsan. Dia cuma perlu duduk sini dalam sehari dua untuk kita tengok keadaan dia itu sahaja." jelas doktor yang merawat.

"Maksudnya takde apa-apa yang teruk lah?" soal puan Yasmin.

"Tak puan. Takde yang serius, alhamdulillah. Sekarang ni puan kena tunggu, nanti nurse akan bawa anak puan pindah ke wad biasa." Izzar Naresh yang mendengarkan ucapan doktor merasa hairan.

"Baik, doktor. Terima kasih banyak." ucap Hafiz Yaslam selepas puas mendengarkan penjelasan doktor tersebut.

"Sama-sama. Kalau macam tu, saya minta diri dulu." balas doktor tersebut kemudian berlalu pergi. Izzar Naresh tidak puas hati terus mengejar langkah doktor tersebut. Hafiz Yaslam merasa hairan dengan tindakan Izzar Naresh tapi dia mengabaikannya ketika melihat adik perempuannya ditolak keluar dari ruang kecemasan.

"Doktor! Doktor! Kejap, doktor!" panggil Izzar Naresh membuatkan langkah doktor tersebut terhenti.

"Ya, ada apa encik?"

"Saya minta maaf. Saya nak tanya fasal Hifza."

"Tanya fasal apa tu, encik?"

"Doktor cakap tadi, Hifza pengsan sebab kepenatan tapi macam mana pula dengan keadaan darah dia yang keluar banyak tadi? Dia bukan jatuhkan, doktor?" soal Izzar Naresh ketka persoalan yang bermain dalam fikirannya belum terjawab. Dia masih tertanya-tanya tentang darah yang membuak keluar sehingga membasahi pakaian gadis itu, mustahil tiada apa-apa yang terjadi. Dalam fikirannya, dia sangka gadis itu jatuh atau ada kecederaan teruk yang menyebabkan gadis itu berdarah.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now