Rahsia Kau, Aku tahu .9

2.1K 130 1
                                    

Canvas langit gelap tak berbintang, mungkin kerana duduk di tengah bandar membuatkan cahaya ciptaan manusia mengalahkan cahaya bintang. Malam sudah larut tapi Hifza Yelda masih berada di meja belajar menghabiskan waktu malamnya dengan buku-buku latihan.

"Pukul berapa dah ni?" monolog Hifza Yelda, leka membuat ulang kaji sehingga tidak sedar waktu saat ini.

Dia bersandar pada kerusi merehatkan tubuhnya lalu menatap ke arah jam digital yang berada di atas meja belajar. Tepat 01:23 pagi, Hifza Yelda melepaskan nafas berat. Keluh terdengar daripada gadis itu ketika latihan yang dibuat berulang kali tetap sahaja salah.

"Aku memang dilahirkan bodoh kot." monolog Hifza Yelda.

Tiba-tiba fikirannya didatangi barisan bait puisi membuatkan dia segera menutup buku latihan dan mengambil buku diari miliknya yang berada di hujung meja. Apa yang terlintas di fikiran ditulis kembali pada lembaran bagian kosong buku diarinya.

Si manja, bongsu

Salah anggap si sulung merasa
Si bongsu lah paling beruntung,
Debat kasih merasa tak adil,
Ada bagian yang tak sama rata.

Dikenali sang rayu manja,
Paling dianggap dipenuhi cinta,
Tapi sebenarnya,
Dia lah penerima luka
Dan air mata.

Stigma orang,

Bongsu si manja.
Aku padamkan stigma itu,
Akulah derita.

[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]

Pen dijatuhkan selepas selesai menulis aksara yang bermain dalam fikirannya. Lembaran yang kini sudah diisi dengan rangkap puisi dibaca kembali. Cawan yang berada di sebelah diambil lalu mencicip sedikit air kopi yang dibuat untuk menghilangkan kantuk.

Pipi yang ditampar siang tadi terasa berdenyut kembali ketika meneguk air kopi. Kejadian petang tadi kembali berlegar bagai kaset lama.

"Macam mana kalau Aiman mungkir janji?"

"Kalau Amanda tahu, dia nak ke kawan dengan aku lagi?"

"Buatnya Aiman dengan Amanda tak nak kawan dengan aku sebab takut papa pukul. Habis tu, aku nak kawan dengan siapa?"

Fikiran Hifza Yelda mula mempersoalkan segala kemungkinan yang tak berlaku. Ketakutan menguasai dirinya bahkan tak sanggup terlihat buruk di mata kawan baiknya atas kekurangan yang terjadi dalam keluarganya.

"Tak! Tak! Aiman takkan bagi tahu Amanda. Jangan overthinking Hifza." pujuk Hifza Yelda kepada dirinya sendiri.

Nafas ditarik dalam bagi menenangkan dirinya sebelum dia kembali membuat latihan. Peperiksaan percubaan tidak lama sahaja lagi, dia perlu mengulang kaji agar mendapat keputusan yang bagus. Dia perlu fokus agar tidak dimarahi bapanya. Baru sahaja diangkat batang pen, ia kembali jatuh ke atas meja.

"K-kenapa? Kenapa menggigil sekarang?" soal Hifza Yelda sambil melihat ke arah kedua tangannya yang bergetar tanpa mampu dikawal untuk berhenti.

Kedua tangannya digenggam bagi mengawal getaran tapi nafas pula menjadi sesak. Dada terasa sempit dan sakit mencucuk. Hifza Yelda turun dari kerusi dan duduk bersandar pada dinding bilik. Dia cuba mengawal dirinya agar lebih tenang.

Air mata bercucuran jatuh membasahi pipinya tanpa henti. Nafas sempit terasa bagai ada yang mencekik kerongkong tekaknya.

"Tolong aku ya Allah." pinta Hifza Yelda dengan suara yang perlahan.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now