AKHTAR - BAB 37✨

Start from the beginning
                                    

"Sayang!" Terus Akhtar merangkul pinggang Aira. Bibir Aira terketar. "Abang.."

Akhtar terus mencempung isterinya dan dibawa ke katil. Tak kisah lah darah melekat pun. Bini aku sakit ni!

*:・゚*:・゚


"HAHAHA lawaklah kau ni Tar.." Akhtar menjeling kearah Doktor Amina a.k.a kawan baiknya.

"Mana la aku tahu tu darah period. Aku ingat ke punggung dia tercucuk pisau tadi.." Doktor Amina ketawa terbahak-bahak. Mana taknya, bukan main si Akhtar ni call dia cakap urgent.

Bila ditanya dia kata ada darah dipunggung isterinya. Aduyai Akhtar. Nampak sangat tak ambik cakna hal isteri dia..

"Kau tak tahu jadual dia period kan?"

Akhtar menggaru kepalanya. "Aku tahu la dia period. 5 hari lepas period. Takkan harini masih banyak darah? Aku terkejut juga tadi. Mana pernahnya aku tengok darah period banyak mcm tu.."

Doktor Amina makin ketawa. "Memang la kau tak pernah tengok sebab kau lelaki! HAHAHAHHA kau ni.. Tu dipanggil bocor. Darah dia penuh sangat sebab tu bocor. And i'm pretty sure that she wants go to toilet to change her pad. Tapi dia tak sempat sebab dia takboleh berdiri.."

Akhtar berkerut. "Kenapa tak boleh berdiri?"

"Dia mengalami senggugut. Kau tengok la muka dia. Pucat, berpeluh, bibir terketar dan riak berkerut. Itu maknanya dia alami senggugut. Tapi jangan bimbang. Sengguggut ni kejap je. Esok insyaAllah makin baik.."

Akhtar tercengang. Jadi.. Aira sedang menahan sakit lah? Dia meraup wajahnya. Aduh.. Kesian isterinya..

"Dahlah Tar aku balik dulu. Jaga isteri kau baik-baik."

"Alright. Thanks tau Mina.."

Doktor Amina tersenyum. "No prob.."

*:・゚*:・゚


"SAYANG hey hey.. Kenapa bangun ni? Nak buat ape.." Terkejut dia melihat isterinya yang sudah bangun tapi agak membongkok berdiri di tepi katil..

"Aira nak cuci darah Aira.. Terlekat kat katil abang."

"Katil kita sayang.. Bukan katil abang.." Akhtar merenung sahaja muka sebik wanita itu. Langsung tak berpaling muka kearahnya.. Terasa kah dia?

"Meh abang cucikan. Sayang rehat la.." Aira menggeleng.

"Takpe.. Kotor ni..Ni darah Aira biar Aira cuci.." Akhtar menarik perlahan tangan Aira.

"Jangan melawan cakap abang sayang. Biarlah abang cuci. Tak kotor pun lah. Darah malam pertama kita pun abang cuci jugak kan.." Katanya smbil menjungkit kening.

Namun hampa apabila tiada respon daripada Aira. Akhtar menggigit bibir. Salah time pula aku nak menggatal. Akhtar menolak lembut Aira ke katil.

"Rehat. Nanti abang datang balik." Sempat dia mencium sekilas dahi Aira. Masih berpeluh. Mungkin masih menahan sakit?

"Sayang.. Abang bawa bubur dan air milo. Makan lah. Doktor cakap tadi sayang tak boleh makan yang sejuk-sejuk. Jadi abang buat bubur panas dan milo panas untuk sayang.."

Aira mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun dari baring. Akhtar meletakkan makanan di atas meja kemudian dia membantu Aira untuk menyandar badan ke kepala katil.

"Come. Abang suap." Aira menggeleng.

"Takper.. Aira boleh makan sndiri.." Aira ingin mencapai sudu namun Akhtar menjauhkan. Aira terus menunduk dan bermain jarinya. Masih terasa dengan amarah Akhtar tadi..

Akhtar meletakkan bubur diatas meja kembali. Dia menekup pipi tembam Aira. Aira mendongak.

"Sayang.. abang mintak maaf tertengking tadi. Abang err stress dengan kerja abang. Sebab tu termarah sayang. Sorry baby.."

Sebenarnya Akhtar tertekan dengan kedatangan Dato Ramli. Orang tua itu dah kenal rumahnya dan mengenalinya. Kerana itulah dia tertekan memikirkan hal itu..

Aira menggeleng. "Abang teruskan lah dengan perangai abang. Aira tak nak halang. Abang selalu marah Aira tanpa sebab. Selalu campur-adukkan masalah kerja dengan Aira."

"Setiap kali balik kerja mesti abang akan stress dan termarah Aira. Kalau sekali dua Aira boleh faham. Tapi ni dah berhari-hari abang marah.."

Semenjak peristiwa Dato Ramli datang kerumah, Akhtar semakin berubah. Semakin menjauh dan semakin tertekan. Dan harini terluah segala apa yang Aira tahan selama ini.

"Baby.. Abang.."

"Dahlah abang. Aira taknak apa-apa. Aira cuma nak perhatian abang tapi abang pula buat tak endah. Mood Aira akan menurun masa priod. Aira cuma nak abang tapi abang sibukkan diri dengan kerja abang."

Aira mengesat kasar mukanya. "Abang buatlah kerja abang sampai siap. Nanti mood abang dah okay abang carilah Aira." Terus Aira masuk menyelubung dalam selimut. Dia tak nak dah!

Biasanya masa period dia manja sikit. Nak manja dengan suami tapi suami buat tak endah. So apa-apabjelah! Malas nak tagih kasih orang!

Akhtar memandang sepi isterinya. Dia menyimpan keluh. Salahnya juga..

TBC🤍
Dasar paklong tak guna. Kang dah gaduh haa😩 Akhtar pun satu.. Dia punya garang kalah orang yg period dah kenape?

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now