AKHTAR - BAB 26✨

Start from the beginning
                                    

"Tak boleh. Duk jauh-jauh. Shuhh." Aira mencebik. Ceh macam gitu je dia halau aku. Aira tersenyum jahat. Larangan adalah suruhan. Dia mendekati suaminya lalu..

ARKKKK.

Secara tiba-tiba dia duduk diatas paha Akhtar. Tangan melingkar pada leher Akhtar. Tak semena Akhtar merangkul pinggang isterinya. Terkejut jugak. Kang jatuh macam nangka busuk macam mana?

"Sayang! Kenapa duk atas riba abang tiba-tiba? Kalau jatuh tadi macam mana?" Aira memuncung. "Aira nak manja dengan abang je.."

"Tahu. Tapi tak boleh ke duduk slow-slow.. Kalau jatuh tadi tak ke sakit je yang dpat?" Akhtar memarahinya.

Tajam sahaja panahan matanya melihat Aira ketika itu. Agak tinggi tone suaranya saat ini.

Aira tersentak. Garangnya abang.. Orang nak bermanja je pun.. "Sorry.." Aira menunduk. Dia menggigit bibirnya. "Abang nak air? Aira buatkan eh."

Terus Aira melepaskan rangkulan leher suaminya dan pergi ke wardrobe untuk mengambil cardigan dan seluar panjang. Tak dilupakan juga tudung sarung. Akhtar memandang sahaja isterinya yang keluar dari bilik.

Aihh. Dia meraup wajah. Salahnya kerana meninggikan suara. Aira pula jenis yang cepat terasa. Dia mengusutkan rambutnya dan terus mengekori Aira ke dapur.

Aira yang sedang mengacau air tersentak apabila ada tangan kekar yang melingkari perutnya. Dia tahu itu suaminya kerana sangat kenal bauan badan suaminya.

Akhtar menenggelamkan mukanya ke ceruk leher Aira. Wangi. Walaupun pakai tudung tapi Akhtar masih lagi dapat menghidu haruman stawberi Aira.

Aira senyum. Dia menyentuh lembut tangan kasar suaminya. "Kenapa abang turun? Aira tak siap lagi buat air untuk abang." Akhtar makin mendalamkan mukanya keceruk leher Aira. "Sorry.."

Aira senyum tipis. "Ala takper. Salah Aira juga tadi. Aira janji tak kacau abang buat kerja lagi dah.."

Walaupun tenang sahaja cara percakapan Aira namun Akhtar tahu bahawa isterinya terasa dengannya.

"Jom masuk bilik. Aira dah siapkan air abang." Akhtar tak berganjak. Dia masih memeluk erat isterinya. Aira menggigit bibir.

"Nanti orang nampak la bang.. Jom jom masuk bilik."

"Biarlah orang nampak. Bukannya kita buat dosa pun" Gumamnya perlahan. Aira menggeleng. Tertukar plak dah. Suaminya pula yang manja.

Aira terus mengerling ke arah pintu masuk dapur apabila perasan ada bunyi tapak kaki datang kearah nya.

Akira! Malunya Aira.. Akhtar pulak tiadatanda-tanda nak lepaskan pelukan ni. Akira hanya memandang sekejap kemudian pergi mengambil air.

"Takpe teruskan. Adik nak ambik air je." Muram sahaja wajah Akira ketika ini. Aira pula yang serba salah. Akira minum air disitu dan berpaling kearah suami isteri yang sedang dalam mood romantik itu.

"Along. Adik nak pinjam kakak ipar adik sekejap boleh?"

Langsung Akhtar panggung kepalanya. Cemberut wajahnya. "Tak boleh! Aira along punya. Mane boleh main pinjam-pinjam dengan kesayangan along."

Aira berkerut dahi. Apalah dia ni. Terus Aira lepaskan pelukan apabila pelukan tersebut telah longgar. Akhtar menganga. Isterinya tinggal dia kah?

Aira menuju kearah adik iparnya. "Jom jom kita lepak sama." Terus dia merangkul lengan Akira. Akira senyum dan terus pergi ke biliknya bersama Aira.

Akhtar mendengus. Cis! Saje je Aira tu nak larikan diri..

*:・゚*:・゚

SUNYI. Hanya bunyi tangisan sahaja kedengaran. Akira masih menangis terhinjut-hinjut.

"Adik memang tak bernasib baik kan dalam perhubungan? Ramai orang tak suka adik.. Dekat U adik tak ramai kawan pun. Kawan rapat pun tak ada. Adik ingat nak berkawan rapat dengan Abgqif tapi dia pula yang menjauh dari adik.."

Aira memandang sayu adik iparnya. Patutlah muram saja tadi. "Tapi tadi Raqif tumpangkan Akira balik kan? Jadi maknanya Raqif tak menjauh la dari Akira. Raqif masih menjaga keselamatan Akira.." pujuk Aira perlahan.

Akira menggogoi. Habis lencun mukanya dengan airmata. "Tapi.. dia buat tu sebab terpaksa. Angah yang mintak tolong dia. Sebab tula dia datang tolong. Dalam kereta pun dia layan Akira dingin je.. Langsung tak senyum. Langsung tak bergurau.."

Aira hanya mendengar. Dia menggosok sedikit lengan Akira. Aira faham apabila dipalau dan dipinggirkan.

Sebenarnya itulah yang paling sakit. Nak-nak lagi dipalau oleh orang yang dia sayang.. Akira mengesat matanya sambil tersenyum ke arah Aira.

"Takpe.. Adik kuat. Kalau orang taknak kawan dengan adik, adik berkawan la dengan drama korea. Atleast yang tu boleh bahagiakan adik. Kan kan akak?" Akira tersenyum. Tapi Aira nampak adik iparnya senyum terpaksa.

Aira senyum. "Siapa kata? Akak ni kan kawan Akira. Akak takkan tinggalkan Akira. Tu janji akak. Kalau Akira sedih Akira cari je akak. Akak sedia jadi telinga untuk Akira. Tak nak la nangis-nangis eh?"

Aira mengesat airmata adik iparnya.. Langsung Akira memeluk erat badan Aira.

Beruntungnya dia mempunyai orang yang memahami keadaannya. Dan beruntungnya dia kerana dapat kasih sayang seorang kakak.

Aira balas pelukan Akira smbil tersenyum. Sabar sayang. Akak ada..

Akhtar yang mendengar disebalik pintu itu hanya diam. Raqif.. Dia menutup matanya. Aku kena jumpa Raqif.

TBC🤍
Alamak Akhtar nk bertumbuk dgan Raqif ke tu? Matilanak..

VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now