AKHTAR - BAB 11✨

Start from the beginning
                                    

"Cuma Wani je berkawan dengan saya sebab dia berjiran dengan saya. Masa masuk ke sekolah rendah&menengah pulak, kawan-kawan selalu mengumpat disebabkan tak pernah nampak papa&mama saya."

"Lepastu lepas saya masuk Universiti, saya bergaul dengan Wani je. Orang lain saya tak bergaul sebab diorang hanya berkawan dengan saya semata-mata nak tumpang kesenangan saya. Ada juga lelaki yang nak rapat dengan saya tapi saya tak layan sangat. Sebab kebanyakkan diorang dah ade awek. Kiranya nak jadikan saya skandal la." Aira mencebik.

Akhtar mendengar sambil tersenyum melayan celoteh budak depan dia ni. Termuncung-muncung bibir nipis tu bercakap. Akhtar meletakkan kepala diatas tapak tangannya sambil siku diletakkan diatas meja. Fokus dia mendengar segalanya.

"Pernah sekali tu saya dikunci dalam stor oleh sorang perempuan ni sebab dia kata saya punca dia dan boyf dia bergaduh. Tch. Sape je nak boyf dia tu? Dahlah kaki samseng. Bukan taste saya langsung!" Akhtar tersenyum senget.

"Habistu taste kau macam mane?"

Aira meletakkan jari telunjuk dibibir sambil mata keatas seolah-olah berfikir. Akhtar sembunyi senyum melihat perilaku gadis itu.

"Saye suka lelaki yang banyak cakap, sweet tapi dengan saya jelah. Saya nak dia bercakap dengan saya je. Dengan perempuan lain tak boleh kecuali urusan kerja. Soft spoken pun ok jugak. Lelaki kelakar pun boleh jugak. Takdelah saya bosan sangat nanti. Yang penting dia bukan seorang yg baran tak tentu pasal."

Akhtar menjungkit keningnya. "Kau mcm describe aku je. Kau suke aku eh?"

"Ha'ah saya suke awak." Laju Aira menjawab sambil mengangguk. Eh kejap. Ape kau ni Aira?

Membulat mata Aira. Dia menutup mulut dngan kedua tangannya. Akhtar ketawa.

"Tahu. Aku tahu kau suka aku. Tak payah nafikan."
Dia menyedut air didepannya. Terbeliak mata Aira.

"Ehh.. Tu air saya la. Kenapa awak minum air saya?" Terkelip-kelip mata bundar itu melihat jejaka tersebut yang tidak tahu malunya menyedut air dia.

"Oh ea? Patutlah rasa manis semacam air ni. Bekas bibir kau rupanya. Alahh takpelah sharing is caring. Eh kejap. Kiranya kita inderect kiss lah kan?" Akhtar tersenyum senget.

Terasa seperti darah menyerbu ke seluruh muka apabila Akhtar menyebut hal itu. Aira terus menyedut air yang berada dihadapannya untuk menghilangkan rasa gusar dihati. Namun dia terhenti seketika. Sekejap. Ni bukan ke air..

"Uwuu kau minum bekas bibir aku. So kita fair la kan. Kau cium aku. Aku cium kau. Am I right?"

"Ish diam la awak.. Taknak la cakap pasal ni. Malu la." Aira terus menolak gelas tersebut dan menutup muka dengan kedua tapak tangannya. Akhtar ketawa kuat. Tak dihiraukan orang yg lalu-lalang.

*:・゚*:・゚


"TAKGUNA punye adik! Ditinggalkan aku kat sini! Habistu aku nak balik dengan ape ni?!" Akhtar membebel sambil terus dail nombor adiknya.

'The number that you have dialed is currently busy'

"Ish! Takguna betul la budak ni. Siap dia balik nanti." Terkekeh Aira ketawa melihat Akhtar yg menyebak rambutnya kebelakang. Akhtar menjeling sekilas.

"Haa gelak gelak. Aku tengah serabut ni kau boleh pulak gelak. Ish!" Aira tersenyum. Dia tak terasa pun. Dia dah biasa dengan perangai Akhtar.

"Ala sorry la. Ok-ok apa kata saya hantar awak balik?" Akhtar berpaling kearah Aira. Dia senyum penuh makna.

"Pandai eh kau bagi alasan nak hntar aku. Atau kau nak jumpa bakal mertua kau? Elelele cakap jelah nak jumpa umi aku kan?"

Akhtar menjungkit kening berulang kali. Aira mengembungkan pipinya dan memukul lengan Akhtar menggunakan kunci keretanya.

"Nahh ambik kunci ni. Awak pandu la keta ni. Saya takde mood!" Aira menghentak kaki lalu masuk ke dalam kereta dibahagian penumpang. Akhtar tersenyum lebar. Adehh. Macam laki bini pulak. Tergeleng kepalanya seketika.

Sunyi seketika keadaan dalam kereta itu. Akhtar berdehem.

"Ni kau tak balik lagi mse ni papa dan mama kau tak cari ke?" Dikerling jam tangannya sepintas lalu.

Haih dah pukul 3 petang. Lama jugak dia meluang masa dengan Aira tadi. Memang patutlah Akhmal pulang dulu kalau taknak uminya menyinga dirumah. Suruh beli sotong je tapi makan masa yang lama. Mane tak hangin uminya tu.

Aira yang sedang ralit memandang luar tingkap itu terus mengalih wajah ke Akhtar yg sedang memandu. Fokus sahaja mata Akhtar kehadapan.

"Diorang bukan ambik kisah pun hal saye."

Akhtar terdiam. Aih rasa mcm salah tanya soalan pulak. "Hmm ni. Aku teringat kau cerita tadi pasal sketch book kan? Kau minat melukis ke?"

Aira terus mencabut kasutnya dan duduk bersila mengadap Akhtar. Terkejut Akhtar dengan perlakuan gadis itu. Nasib baik tak brek mengejut tadi.

"Yup! Saya minat gilaaa melukis. Awak perasan tak saya suka pergi ke tasek. Kat situlah saya dapat ilham. Saya balik rumah terus saya melukis dalam bilik. Itu je keje saya sekarang. Kadang-kalau kalau saya serabut kat rumah, saya akan pergi rumah Wani. Wani dah sediakan dah semua peralatan untuk saya melukis dan mewarna. Dia je yang memahami saya."

Akhtar senyum segaris. Baguslah ada yang memahami gadis kesayangan dia tu. Akhtar mengangguk. Aira menggigit bibir melihat respon Akhtar.

"Mesti awak fikir yang pekerjaan yang saya buat ni membuang masa kan? Sebab seluruh keluarga saya cakap mcam tu."

Berkerut dahi Akhtar. Dia menoleh sekilas kearah wajah cemberut gadis ini. Alahai sampai kesitu pulak dia berfikir.

"Tak adalah. Melukis pun satu pekerjaan jugak. Lagipun lepas kau melukis tu kau jual lukisan kan? Haa dapat duit jugak tu. Nak-nak lagi kalau kau jual kat gallery. Memang banyak duit masyukk."

Bersinar mata Aira. "Eh awakkk. Betul! Macam mane awak tahu? Banyak lukisan yang saya jual di gallery. Tapi kan ada satu gallery ni yang suka borong lukisan saya. Sehinggakan manager dia suruh saya melukis setiap hari tau. Saya teringin nak jumpa pemilik gallery tu. Mesti dia minat gila seni kan?"

Akhtar tersenyum. "Dah nama pun pemilik gallery. Mestilah dia seorang yang minat seni dan lukisan. Ape la kau ni." Aira mendengus.

Aira kembali memusing tubuhnya ke hadapan sambil berpeluk tubuh. "Ceh tahu la. Kita saje je.." Tersenyum lebar Akhtar mendengar suara lembut itu.

Saje je kan nak buat dia lemah semangat. Ish! Umi!! Along asyik senyum je harini! Lenguh pipi Along ni!

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now