AKHTAR - BAB 7✨

Começar do início
                                    

Sinis sahaja ayat yg ditutur. Farhan yg tersenyum kemenangan tadi terus mencuka wajahnya. Dia merenung tajam wajah sepupunya itu.

Namun panahannya tidak dibalas Akhtar kerana Akhtar sedang merenung tajam mata ibunya. Makngah menelan air liur kesat. Kalau lah iris mata koko anak saudaranya itu boleh membunuh kemungkinan ia boleh membunuh Makngah buat masa ini.

Sedang mereka dalam keadaan tegang, muncul satu susuk dari pintu rumahnya.

"Walawehh keta sape siaa kat luar tu. Lawa gila kaler dia. Smart gilerr kut. Kete sape tu long?" Tanyanya sambil melihat kearah ruang tamu. Terus mati senyumannya apabila melihat wajah tegang alongnya. Faham la dia apabila dia nmpak sepupunya itu diruangan itu.

"Weh Han. Tu kete kau ke? Atau kau sewa? Smart doo. Tak mungkin la kau mampu beli kereta macam tu. Duit kau pun kau buat berjoli kat Australia sana. Takkan mampu kut beli kereta mahal macam tu?"

Pada awalnya Akhmal tak ambik tahu sangat hal along dan sepupunya itu. Tapi apabila dia dikhabarkan oleh kawannya di Australia bahawa sepupunya kuat berjoli dan kuat meminum arak disana, terus dia ubah kelakuannya.

Tiada tanda hormat pada lelaki kaki kelab itu. Yang lagi parah kaki perempuan. Dah buat taik kat sana takkan kat sini nak buat taik pulak?

"Muhammad Akhmal.. Behave.." Perlahan sahaja amaran itu tapi mampu untuk menggetarkan Akhmal. Dia tahu dia akan dileteri Abinya setelah semua orang berangkat pulang nanti.

Akhmal mengeluh seketika. Baru sahaja dia ingin menaiki tangga, namun suara yg menerjahnya membantut tujuan utamanya.

"Tadi si abang. Sekarang si adik pulak. Memang anak-anak kau ni kurang ajar ye Nor? Itulah. Ajar lagi berlembut. Aku dah tegaskan untuk ajar anak-anak dulu. Sekarang tengok la. Semua nya kurang ajar. Kau ni tak pandai mendidik anak. Beranak je pandai ish". Kemudian dia memandang Akira.

"Lepasni siapa pulak nak kurang ajar dengan Makngah? Kamu pulak ke Akira? Sebelum kamu nak kurang ajar, Makngah pesan awal-awal lebih baik kamu jaga adab kamu. Jangan kurang ajar kalau taknak jadi anak dara tua. Orang lelaki tak suka perempuan tak beradab. Takde lelaki yang nak anak dara tua nanti. Tahu-tahu je dah expired nan.."

PANG! Terjatuh pasu kaca yg berada ditepi tangga rumah itu. Semua mata tertumpu ke arah Akhmal yang kelihatan sangat.. marah. Timbul urat didahinya.

"DIAM LA ORANG TUA! Kau siapa nak mengata umi dan adik aku?!" Akhmal terus menerpa kearah Makngah nya. Tapi belum sempat dia mencekik org tua itu, alongnya sudah menahan badannya.

"Pergi mampus dengan adab kau! Kau pun takde adab! Dua kali lima je! Kalau setakat datang sini nak mengata orang lebih baik kau pergi jahannam!"

"Akhmal.." Akhtar menegur tegas adiknya. Dia tahu perkataan adiknya itu tidak bertapis. Baran Akhmal lebih bahaya berbanding barannya.

Akhmal bernafas laju. Berombak dadanya menahan amarah. Kemudian dia mengerling Farhan sepintas lalu. Dia tersenyum sinis. Farhan terkejut akan senyuman itu tapi dia pandai mengawal riak wajahnya..

Akhmal kembali melihat wajah Makngah nya. Akhtar melepaskan rangkulan adiknya apabila melihat adiknya sedikit tenang.

"Anak dara tua? Takde lelaki yang nak? Faham. Sebab tu lah pakngah bercerai dngan makngah kan? Disebabkan perangai Makngah yang takde adab am i right?"

Makngah terus memandang tajam terhadap Akhmal. Belum sempat dia menyembur ayat pedasnya, Akhmal terus menunjukkan tapak tangannya didepan muka wanita itu sebagai amaran jangan bercakap.

"Dah-dah la Makngah. Dari tadi asyik kumpul dosa. Pergi balik la sana kumpul saham akhirat. Ingat sikit umur dah makin berusia tu. Takpayah nak cari pasal sangat dengan anak saudara ni. Entah-entah nanti makngah sakit kami yang jaga makngah. Anak makngah hilang kemana je nanti." Sempat Akhmal mengerling Farhan sambil tersenyum sinis.

"Dah. Akhmal nak chaw dulu. Rasa bahang api neraka je duk kat sini." Dia melintas dihadapan Farhan lalu berhenti seketika. Dia tunduk sedikit dan wajahnya dirapatkan ditelinga Farhan.

"Aku tau kerja taik kau kat Australia. Kau jangan nak cari pasal dengan keluarga aku termasuk Akhtar. Banyak bukti ada dengan aku sekarang. Dan aku tau penyebab kau balik ke Malaysia. Polis Australia sedang cari kau sebab isu merogol kan?"

Terkejut dan terbuntang luas mata Farhan apabila mendengar bisikan itu. Makin berpeluh mukanya apabila melihat sepupunya yang sengih menganjing.

Akhmal kembali berdiri dengan tegak sambil tersenyum. "Tengok ni makngah. Farhan dah berpeluh dah duk kat sini. Kan Mal dah cakap kat sini panas macam api neraka. Korang balik la eh? Makin lama makin mnyampah tengok muka korang."

Farhan tersentak lalu berdiri. Dia menarik perlahan tangan ibunya sambil menunduk kepalanya sedikit kepada ayahsu nya. Farhan tersenyum nipis untuk menghilangkan gusarnya.

"Han balik dulu maksu, ayahsu. Nanti ada masa InsyaAllah Han datang melawat maksu dan paksu ya.." Lalu dia bersalam dan mencium kekura tangan maksedara dan paksedara nya. Makngah hnya menjeling dan berlalu pergi.

Sebelum Farhan berlalu, sempat dia tersenyum manis pada Akira. Akhmal yg perasan hal itu terus berdiri dihadapan Akira untuk menghalang mata keranjang itu menilik adiknya. Dia memandang tajam mata gatal milik Farhan.

Farhan kembali memandang hadapan dan berlalu pergi. Akhmal memusingkan tubuhnya dan berbisik sedikit kepada Akira. "Angah taknak Akira rapat dengan Farhan."

Akira terus mendongak dengan dahi berkerut. Dah kenapa pulak? Sebelum ni ok je.. Baru aje dia nak menjawab, Akhmal terus meletak jari telunjuknya dibibir adiknya itu.

"Dengar cakap angah kalau Akira sayang angah."
Akira mengeluh perlahan. Tahulah dia bahawa angahnya bercakap serius kali ini apabila melihat wajah tegang abangnya itu.

Akira senyum lalu memeluk sekejap abangnya. Akhmal senyum lalu mengusap kepala Akira yg berlapik tudung itu.

"Ok adik dengar cakap angah kali ni.." Kata Akira selepas itu dia merungkaikan pelukan abangnya tadi. Akhmal yang tersenyum itu terus mendongak kearah abinya. Terus mati senyumannya apabila melihat riak tegang abinya.

"Dah? Dah habis dah sesi pujuk memujuk? Kalau dah habis Akhmal ikut abi naik ke bilik pejabat! Sekarang!" Akhmal menelan liur perit. Dia melihat alongnya. Akhtar tersenyum sedikit sambil menepuk bahunya dan terus berlalu menaiki anak tangga.

Akhmal terus melihat Akira dengan mata yang terkelip-kelip untuk memohon pertolongan. Akira menjungkit bahu sambil memeluk tubuh uminya sebagai tanda memujuk kerana hal tadi. Akhmal kusutkan rambutnya. Urgh! Matilanak!

"Muhammad Akhmal! Abi kira smpai tiga. Kalau tak sampai lagi kat sini Abi ikat kamu kat tiang lampu isyarat depan sana!" Tergopoh-gapah Akhmal berlari ke arah abinya. Terima sajalah leteran abinya shingga lewat malam ini..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora