AKHTAR - BAB 1✨

Začít od začátku
                                    

Aira mencebik. Cehh. Nak sweet-sweet pun takperlu la depan aku. Aku ni dahlah single dari lahir lagi.. Ade je yang nak mengorat Aira tapi Aira ni hati kering. Langsung tak layan. Sebab dia taknak komitmen.

Bercinta tu susah tau.. Tak lawas dibuatnya. Eh macam lain je ayat. Tak bebas. Haa tak bebas dibuatnya!

"Bagi aku nombor telefon kau. Mane tau time bosan aku bleh kacau kau"

Berkerut dahi Aira lepas mendengar ayat yang ditutur oleh jejaka tersebut. Aik? Tadi bukan ke bercakap dengan bini? Dah pahal duk mintak nombor orang pulak ni? Nak kena brainwash ni.

Aira bercekak pinggang dan memandang tajam jejaka yang tengah menunduk sambil menanti jawapan Aira. Yep. Dia dah buka log phone. Tunggu Aira bagi nmbor je tu..

"Hei encik yang saya taktau nama!"

Jejaka tersebut terus mengangkat wajahnya untuk memerhati gadis di depannya. Dia sembunyi senyum melihat muka putih kemerahan gadis tersebut..

Nak marah aku ke tu? Hahaa. Dia menanti sambil berpeluk tubuh. Apa agaknya ayat yang keluar dari mulut comel budak ni eh..

"Baru je tadi saya tengok awak tersenyum sambil berkata kata sweet dengan isteri awak. Sekarang dengan muka taktahu malunya awak mintak nmbor saya? Perangai ape ni macam ni? Taknak la saya jadi penyondol. Nanti tak pasal pasal saya geng dgan krokkk krokkk."

Terbahak-bahak jejaka tersebut ketawa. Krokk krokk? Alahai comelnya dia describe haiwan pink tu.. Ketawa dia smpai terkebelakang kepala. Haih ketawa sangat engko ye? Sampai tak perasan gadis dihadapannya ini memberi jelingan yang tajam.

"Ish benci lah lelaki macam ni! Pergi sanalah! Saya nak balik! Dah lewat!"

Dan gedebuk. Dengan selambanya Aira sepak lutut lelaki tadi. Mak aiiii. Memang la slow je dia sepak tapi dah kalau tiba-tiba je sepak tu memang jatuh la jugak aku ke tanah..

"Eh wait wait." Jejaka tersebut bersuara. Kalau bersuara saja takpa. Tapi dia boleh tarik lengan Aira? Eh aku la dia ni. Haram tau tak haram?! Nak kene cubitan ketam Aira ke? Aira pandai tau cubit-cubit ni. Dia memang terror.

Terbeliak mata Aira apabila dapat merasakan tangan kasar itu memegang lengannya. Memang la berlapik tapi dah kalau terasa disentuh tu naik hangin la jugak.

"Eiii awk ni dah kenape!" Pakkkkk. Dan sekali lagi jejaka tersebut dapat habuan. Habuan tangan kecil Aira melekat di tangan kasar dia. Terlepas genggaman dia sekejap. Jejaka tersebut mendengus.

"Aku yang patut tanya kau kenapa. Dah ape kes sepak-sepak lutut aku? Kau tahu tak lutut aku ni nak pakai lama? Aku nak main bola sepak macam mana nanti kalau lutut aku sakit?"

Yelah. Salah Aira. Ada la rasa sekelumit rasa bersalah dia. Sikit je. Pada awalnya Aira tak layan. Tapi bila tengok jejaka tu dah berpeluh dan dahinya berkerut, terus rasa bersalah menerpa Aira.

"Awak.. Ok tak ni? Maaflah.. Saya niat gurau je tadi. Tak sangka sampai cederakan awak. Awak ok tak? Nak pergi hospital tak? Kita bedah kaki awak jom."

Jejaka tersebut mengerling Aira dgan hujung matanya. Perempuan ni dah tak betul ke? Nak dibedahnya kaki aku. Ada lah rasa nk ketawa sikit dengan ayat dia tadi tu. Tapi sekarang tak boleh ketawa. Kena serius. Biar dia rasa muahahhaha.

"Arghh takde-takde. Kau dah buat salah ni aku kena saman la. Tunggu la surat saman sampai nnti. Menangis tak berlagu la kau.."

Terus berubah riak muka Aira. Gelisah pun ya. Berpeluh pun ya. Tersenyum sinis jejaka tadi. Tapi sekejap je sebab taknak lakonan dia terbongkar.

"Awak jangan la.. Mak ayah saya garang tau. Nanti kalau awak saman, diorang biarkan je saya masuk jail. Bukannya diorang tolong pun nanti.." Sayu je 2 ayat terakhir tu. Terus berubah riak jejaka tadi. Dia juga perasan wajah sayu gadis ini.

Ehem. Dia berdehem sekejap untuk hilangkan perasaan tadi.

"Kalau kau taknak aku saman, bagi nombor telefon kau. Kita settle antara kita je". Wajah Aira yg tertunduk tadi terus mendongak melihat wajah lelaki tadi. Ada senyuman manis di bibir gadis tersebut. Agak tak keruan wajah lelaki tadi melihat senyuman manis tu. Ehem dineutralkan suara dia sekejap.

"Cepat bagi. Aku nk taip ni. Dah nak habis bateri telefon aku duk menyala je tunggu kau bagi nombor dari tadi.". Dia menunduk sambil mengerling sedikit ke wajah gadis tadi. Terus Aira memberi nombor telefonnya kepada jejaka tadi.

2 saat kemudian telefon Aira bernyala. Dilihat di skrin nombor jejaka tadi.

"Ape nama awak saya nak save ni?" Tanyanya sambil jari jemari halusnya bersedia untuk menaip nama di skrin telefon tersebut.

Jejaka tersebut tersenyum senget sambil menjawab pertanyaan tersebut. "Akhtar. Name aku Akhtar. Tapi save Ayang pun boleh. Lagi sweet gitew"
Katanya sambil bersiul nakal.

Aira terus mendongak. Yela kena dongak. Lelaki tu 180cm kut. Dia terus menjeling tajam sambil bibirnya mencebik. Sempat lelaki tadi mengenyit mata seketika apabila bertentang mata dengan gadis itu.

Aira terus tersenyum senget dan .. "Ape dia? Ayam? Itik? Ke Bab.. Ish takboleh sebut. Berdosa. Saya save lelaki galah jelah. Awak panggil saya ketot sangat tadi kan". Tanya Aira sambil mengangkat kening berulang kali.

Terus masam muka Akhtar selepas mendengar celoteh gadis tersebut. Sekali bagi pakej julingkan mata lagi tu. Fuhh annoying sangat la kut dgan Aira tu? Hahaa.

Aira simpul senyum. Hensem la pulak galah ni. Eh? Tadi kata tak berapa hensem. Takpelah kita cancel balik ayat awal-awal tadi eh? Hehe.

Akhtar melihat telefon dia yang berdering tanda mesej masuk. Sempat Aira intai dan mencebik seketika lepas ternampak nama "Ma sweetie" dalam telefon jejaka tadi.

"Alright i got to go. So nice to meet you Aira. I hope we meet again after this." Lalu Akhtar tersenyum hingga sepet mata dia. Walawehh. Macho aihh. Ehh laki orang. Ish ish Aira ni.

Aira tersenyum lebar lalu memberi laluan Akhtar untuk pulang kerumah dia. Selepas Akhtar berlalu pergi, senyumannya terus pudar selepas mengenangkan nasibnya. Ya. Nanti dia balik pun keseorangan jugak. Sebab ibunya belum balik kerumah atas urusan emergency.

Bapanya pulak tak habis-habis bekerja dalam syarikatnya untuk memajukan lagi syarikat. Aira mengeluh lagi. Sebenarnya perjumpaan dia dengan Akhtar tadi adalah sesuatu yang menceriakan dia kerana ada orang yang ingin berkawan dengan dia tanpa ketahui identitinya.

Aira kembali tersenyum.. Dalam hatinya berharap agar dapat berjumpa lagi dngan Akhtar.. Walaupun dalam mimpi..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

AKHTAR [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat