KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
"Helina ! Nak ke mana tu?" Soal Qalisha dengan nada sedikit menjerit
"Helina nak pergi kedai runcit kejap! Kak Qalisha nak ikut Helina ke?" Helina pula membalas dengan nada meninggi sedikit
"Boleh juga ! Akak boleh healing - healing rasa udara segar kampung ni" teruja Qalisha lalu memakai selipar dan berlari ke arah adik iparnya itu
Helina tergelak kecil lalu mengangguk kepalanya itu , mereka berdua berjalan bersama - sama ke kedai runcit yang tidak jauh dari rumah nya itu.
"Best lah duduk kampung Helina ni , banyak je udara segar dekat sini ! Kalau dekat bandar tu bau asap tak sihat je " ngomel Qalisha , Helina tergelak lucu
"Helina pon suka duduk dekat sini , kalau dekat kampung tempat Helina selalu pergi untuk hilangkan masalah ke apa Helina selalu pergi kat sungai depan sana tu . Dia tertutup dan tenang je" balas Helina
"Wah , ada sungai ? Nanti bawa lah Akak ke sungai , akak teringin nak mandi sungai ." Kata Qalisha sambil tersenyum lebar.
"Akak tak pernah mandi sungai?" Soal Helina hairan , Qalisha menggeleng kepalanya itu tanda tidak.
"Mustahil lah!" Helina tidak percaya akan kata - kata Qalisha itu .
"Eh betul lah !" Qalisha cuba mempercayakak gadis itu , Helina membuat muka tidak percaya .
"Tapi kenapa?" Pelik Helina , Qalisha memeluk tubuhnya itu.
"Sebab setiap kali ada mandi - mandi sungai akak mana boleh mandi sebab datang bendera merah tiba - tiba" jawab Qalisha tidak puas hati
Helina tergelak lucu , sebab itu rupanya kakak iparnya tidak boleh mandi sungai bersama - sama dahulu
"Ouh patut lah . Helina ingat apa lah" Helina tergelak mendengar alasan kakak iparnya itu
Wajah Helina mula berubah apabila ternampak kelibat sekumpulan gangster yang sering menyerangnya untuk meminta hutang bapanya itu semasa dia berada di kampung
KAMU SEDANG MEMBACA
C | Bidadari Milik Haiyan
Romansa𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...