BMH ⦂ 62

7.3K 425 114
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELINA baring lemah di atas katil , perutnya sungguh terasa sakit dan badannya juga mula panas selepas makan ubat dan minum air yang diberi Myra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELINA baring lemah di atas katil , perutnya sungguh terasa sakit dan badannya juga mula panas selepas makan ubat dan minum air yang diberi Myra.

Matanya mula tertutup cuba untuk melelapkan matanya sekejap dengan harapan berfikir bahawa rasa sakitnya akan berkurangan.

Tapi tanpa dia sedari bahawa dia mula terlelap lama sehingga sudah ke lewat pagi yang membuatkan Zhareef tergerak hati untuk naik ke atas melihat isterinya .

Daun pintu bilik mereka dibuka perlahan lalu masuk ke dalam bilik , kaki Zhareef perlahan -lahan melangkah mendekati Helina yang terbaring lemah.

Zhareef perlahan - lahan memanjat birai katil untuk membetulkan posisi baringan isterinya dan mengejut wanita itu untuk makan sarapan .

"Sayang ?" lembut sahaja Zhareef mengejut Helina tetapi tiada respon dari wanita itu untuk berjaga . Hati Zhareef mula tidak sedap hati .

Zhareef menyentuh lembut bahu Helina yang terasa panas dan riak wajahnya bertukar risau melihat betapa pucatnya wajah isterinya.

"Sayang? Yang ? Bangun.." Helina masih tidak memberi respon untuk sedarkan dirinya lagi , tangan Zhareef yang menyentuh cadar katil terasa seakan basah.

Matanya perlahan-lahan jatuh memandang tangannya yang menyentuh tompok merah seperti darah yang berada di cadar itu . Wajah Zhareef berubah pucat melihat cecair merah di tangannya .

"Ya Allah , sayang !" Tubuh Helina pantas di dukung , tudung selendang di ambil untuk menutup kepala isterinya yang terdedah tanpa tertutup dengan selendang .

"Jangan buat hubby risau sayang..." ingin sahaja jejaka itu menangis melihat keadaan isterinya

Zhareef terus berjalan pantas menuju ke anak tangga dengan riak wajah yang risau , dia tidak mahu kehilangan isterinya lagi .

Banyak mata yang memandang Zhareef yang kelam kabut turun ke bawah , Pak Hafiz perlahan-lahan bangun dari duduk di atas sofa tatkala melihat Helina yang di dalam dukungan Zhareef.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now