KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
LANTUNAN ayat Al-Quran membuatkan Helina membuka matanya sedikit , perlahan - lahan dia menggerakkan badannya itu .
Bibirnya tersenyum nipis melihat Zhareef yang fokus membaca Surah Yassin . Helina mendengar setiap lantunan ayat dari Surah Yassin .
Tanpa dia sedar dia turut terasa tenang sahaja mendengar suara merju itu membaca surah itu . Perutnya diusap lembut .
Usai sahaja membaca Surah Yassin , Zhareef memandang ke arah Helina yang sudah terjaga.
"Dah bangun dah isteri hubby ni ?" Ucap Zhareef dengan senyuman manis , Helina mengangguk kepalanya itu dengan senyuman manis.
"Merdu je hubby mengaji." Puji Helina , Zhareef tersenyum segaris dan menutup telefon pintarnya yang berjenama Iphone 13 .
"Biasa je lah yang . Awal sayang hubby ni bangun , tak nak tidur balik hm? Sekarang baru pukul 4 :30 pagi" Rambut Helina diusap lembut , Helina memuncung bibirnya itu.
"Perut sayang sakit sikit , lagipun sayang lapar hubby tapi kedai mesti tengah tutup" adu Helina dengan nada sedih .
"Sayang nak makan apa hm?" Zhareef menongkatkan dagunya memandang Helina .
"Sayang teringin nak makan lobster lah hubby . Dalam mimpi tadi sayang mimpi sayang makan lobster cheese, terliur lah hubby" Helina mengelip -ngelip matanya itu .
Zhareef tercengang mendengar apa yang dikatakan isterinya itu , lehernya yang terasa berat itu digosok .
Di mana dia perlu mencari lobster awal pagi macam ni ?
"Erm , sayang nak sekarang ke?" Tanya Zhareef, Helina mengangguk laju kepalanya dengan senyuman lebar .
"Boleh kan hubby ? Boleh kan ? Sayang teringin sangat - sangat ! Please hubby?" Rengek Helina sambil menggoncang kecil lengan Zhareef.
Zhareef mencuit hidung isterinya itu , dia perlu usahakan dirinya untuk cari makanan yang isterinya mahukan .
"Urm , hubby cuba carikan sekejap okay ? Sayang stay sini boleh ? Kalau ada apa - apa telefon hubby ya?" Pesan Zhareef lalu bangun dari duduknya .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...