BMH ⦂ 64

7.8K 400 40
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDU dihala ke arah Helina , Helina membuka mulut untuk suaminya menyuapkannya makanan hospital itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDU dihala ke arah Helina , Helina membuka mulut untuk suaminya menyuapkannya makanan hospital itu . Zhareef mengukir senyuman manis melihat Helina makan .

"Sedap ke makanannya?" tanya Zhareef ingin mengajak berborak dengan isterinya itu , Helina membuat muka dengan dahinya berkerut dan bibir tercebik sikit.

"Tawar" komplen Helina dengan nada tidak suka , Zhareef tergelak kecil mendengar rungutan isterinya itu .

"Tak apa lah , nanti keluar hospital sayang minta je apa - apa hubby belikan ya?" balas Zhareef dengan senyuman manis . Helina mengangguk kepalanya itu dengan mulutnya yang masih mengunyah makanan.

Helina merenung wajah tampan suaminya itu , suaminya sungguh melayani baik walaupun dirinya sudah melukai hati jejaka itu .

"Lepas habis makan ni kita solat isyak ya ?" kata Zhareef sambil menyuap Helina lagi , Helina mengangguk dengan bibirnya tersenyum segaris .

"Urm.. hubby dah makan ?" perlahan sahaja Helina menyoal , Zhareef mengangkat muka memandang Helina sebelum kepalanya tergeleng tanda belum .

Helina mengambil sudu yang dipegang oleh Zhareef lalu dia menyeduk sedikit nasi dengan lauk ayam masak lemak dan menghalakan sudu itu ke arah Zhareef.

Zhareef memandang hairan akan tindakan isterinya itu , keningnya terjungkit ke atas sedikit sambil memandang sudu yang dipegang wanita itu .

"Buka mulut" dua patah perkataan sahaja Helina membuka mulut mampu membuatkan Zhareef tidak bantah untuk membuka mulutnya itu .

Helina menguap makanan ke dalam mulut Zhareef , ibu jari Helina mengelap sisa makanan yang berada di hujung bibir jejaka itu .

Bibir Zhareef terangkat sikit suka dengan layanan isterinya itu .

"Anak kita dalam perut ni marah sebab daddy dia tak makan ." Helina memandang ke arah lain , hakikatnya dia yang marah jejaka itu tidak makan

Zhareef menyembunyikan senyumannya itu lalu tapak tangannya menyentuh perut isterinya sudah menampakkan bentuk itu .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now