Prologue II

12.4K 592 59
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri Iskandar ,Perak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri Iskandar ,Perak

"HELINA INARA!" Latang sahaja si kakak menjerit , jelas nada gadis itu berang.

Helina yang baru sahaja selesai basuh pinggan di dapur terus mengangkat kaki naik ke anak tangga untuk berlalu ke hadapan melihat si kakak nya yang memanggil.

"Iya , Kak Leesha? Kenapa kak panggil Helina?" Soal Helina dengan riak polos tidak tahu apa yang terjadi .

Rambut Helina yang sedikit serabai di ratap kasar oleh Hayra , Helina berkerut dahinya menahan kesakitan .

"Kak Leesha ! S-sakit kak!" Adu Helina sambil memegang rambut nya itu . Nadanya juga separuh menjerit.

"Lepaskan rambut Helina , kak! Apa salah Helina ?" Soal Helina , dia juga tidak mengerti mengapa kakaknya memarahinya tika ini

"Apa salah kau ? Kau tanya apa salah kau?" Bengang si kakak , siap dahi licin Helina ditojol dengan kuat yang membuatkan tubuh kurus itu ke belakang.

" Ni ! Baju kesayangan aku ! Asal kau koyakkan baju aku ni ?!" Baju yang berkain satin mewah ditunjuk ke arah Helina dengan matanya memerah akibat marah terhadap adiknya

Sempat bahagian pipi Helina ditampar kuat oleh Hayra, Helina memegang pipinya yang jelas memerah .

"B-baju tu .. Helina tak sengaja koyakkan masa gosok baju Kak Leesha ..." gagap Helina , dia tahu salah dia merosakkan pakaian mewah kegemaran kakak kandung nya itu.

"Urgh ! Aku memang hilang sabar dengan kau ! Kau sini perempuan tak guna !" Geram Hayra lalu mengheret tubuh Helina dengan cara paksaan sehingga membuatkan tubuh gadis itu luka aibat geseran dengan permukaan lantai kayu lama rumah nya kayu ini.

Kini , mereka berdua di dalam bilik Hayra . Helina menggigil apabila memandang kakak nya yang memasang seterika dan memegang seterika itu dan membawa ke arah nya .

Helina menggeleng kepala nya itu lalu tubuh nya cuba melarikan diri tetapi Hayra bertindak lebih pantas dengan memegang kuat lengan Helina.

"Kak Leesha ! Tolong ma-ma-maafkan Helina k-kak! Helina tahu Helina salah ! Fikir dulu akak! Akak jangan cederakan Helina , Helina mohon akak !" Mohon Helina sambil teresak- esak .

"Aku tak kira ! Sebab kau lah baju ni rosak ! Kau tahu tak baju ni mahal ! Mahal ! Ni tunang aku yang bagi ! Tapi kau ? Kau rosakkan baju ni ! Menyusahkan aku betul !"

Hayra menghentak kepala Helina pada lantai yang diperbuat daripada kayu lama sehingga membuatkan Helina mengerang kesakitan .

Dahi Helina berkerut apabila Hayra bertindak sebegitu . Tubuh nya cuba untuk bangun menyelamatkan dirinya dari di tekap dengan seterika yang dipegang kakak nya itu.

Tetapi , Hayra sudah meratap rambut Helina sehingga menghentakkan tubuh Helina pada lantai papan itu .

Seterika yang panas di pegang oleh Hayra itu terus di tekap pada dada Helina yang membuatkan Helina terjerit kesakitan.

"K-Kak Leesha ! Sakit kak ! T-tolong ma-ma-maafkan Helina !" Rayu Helina sambil mengalir deras air mata nya .

"Aku tak akan maafkan kau !" Membara sahaja hatinya apabila mengingatkan bahawa pakaian kegemarannya sudah rosak

I-ibu ...Helina sa-sakit ... Walaupun hati nya sahaja yang berbicara , dia dapat rasakan arwah ibu nya sedang memujuk nya .

Pintu bilik Hayra dibuka kuat oleh atuk saudara mereka , Tok Alang . Tok Alang yang baru sahaja pulang dari berkebun itu mula memarahi Hayra .

"Ya Allah ! Hayra ! Apa kau buat ni! Ni adik kau !" Jerkah Tok Alang terus menolak tubuh Hayra lalu menolong Helina duduk , terkejut dia melihat apa yang terjadi

"Mengucap , Hayra ! Dia ni adik kamu , jangan berlaku kejam dekat dia ." Tutur Tok Alang lalu dia menguspa bahu Helina yang sudah teresak - esak .

Hayra yang sudah bengang itu terus melangkah pergi meninggalkan dua susuk tubuh itu , dia hanya mengabaikan ayat Tok Alang.

"Sakit, Tok Cu .." adu Helina sambil memegang dada nya yang sungguh pedih akibat ditekap dengan seterika dengan suhu yang begitu panas .

"Tok Cu ada dekat sini , Nara ... jom tok cu minta Pak Samad tolong bawa kan kita ke klinik ya ?" Tok Alang memapah Helina untuk bangun dari terus duduk dan membawa Helina pergi keluar rumah .

Sempat sahaja Tok Alang menjeling Hayra sebelum bereda , Hayra hanya menggulingkan bebola mata nya itu , menyampah !


-to be continued-

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now