KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
3 BULAN BERLALU ..
HELINA yang sedang membelek tubuhnya itu dibalik pantulan cermin di hadapannya itu . Bibirnya tercebik sedikit .
Perutnya yang lebih membulat membuatkan banyak baju mengandungnya tidak muat . Dia juga sudah kelihatan gemuk walaupun kandungannya sudah 5 bulan lebih.
Helina mengeluh panjang , perutnya diusap lembut . Sedih hatinya tidak dapat memakai baju yang dia mahu .
"Panjangnya mengeluh sayang ? Kenapa ni hm?" Soal Zhareef yang baru sahaja pulang dari hospital setelah seminggu dia berada di Sabah untuk menguruskan kerjanya di sana .
Helina memandang Zhareef melalui pantulan cermin sekejap lalu memandang semula untuk kepastian adakah itu suaminya ataupun bukan .
Dia memandang sahaja tingkah laku suaminya yang mensisihkan lengan bajunya sehingga ke siku.
"Hubby! kenapa tak call sayang nak balik ?" Helina terus berjalan ke arah Zhareef dan emeluk erat lengan jejaka itu untuk melepaskan rindu.
Helina mula bergenang dengan air mata kerana merindui belaian suaminya itu , suaminya baru sahaja menjadi doktor dan meninggalkannya paling lama seminggu dia sudah menangis kerinduan .
Bagaimana lah ibu mengandung yang mempunyai suami yang berkerja sebagai askar dan lain - lain yang berjuang demi negara berbulan - bulan meninggalkan orang tercinta.
Kalau dia berada di tempat mereka , dia pasti tidak sanggup untuk berjauhan dengan suaminya lama - lama .
"Tak surprise lah kalau hubby bagitahu" usik Zhareef dengan tergelak kecil melihat Helina yang menangis tersendu sedan .
Helina mencebik mendengar usikan suaminya , Zhareef pula sudah mencium dahi isterinya itu . Suka betul dia menyakat isterinya ini!
"Alah , hubby nak surprises kan isteri hubby ni lah . Oh yeah hubby ada surprise tau untuk sayang."
"Surprise? Mana mana ? " teruja Helina dengan senyuman kian melebar mendengar suaminya ingin memberikannya kejutan.
"Tada !" Zhareef mengeluarkan sejambak bunga tulip dan coklat yang dibawanya pulang ke rumah .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...