BMH ⦂ 25

8.8K 395 30
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja solat sunat tahajjud , Pak Hafiz mula menadah tangannya dan membaca doa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja solat sunat tahajjud , Pak Hafiz mula menadah tangannya dan membaca doa .

"Ya Allah , Ya Tuhanku ... Kau ampunkan lah dosaku serta ibu bapaku dan juga dosa isteri dan anak-anak ku, Ya Allah ... Aku mohon .. kau jauhkan aku dari melakukan perkara yang terlarang seperti mana diriku yang dahulu.. kuatkan lah diriku untuk terus tabah dan percayakan akan ujianmu adalah yang terbaik buatku ini ya allah ..

Kau berikan lah aku kesempatan untuk bertemu dengan isteri dan anak - anak ku sebelum mataku ini sudah tertutup rapat .. Lembutkan hati mereka untuk mengampunkan aku .. Aku sungguh berdosa dan terasa hina dengan perilaku yang aku lakukan pada mereka ..

Aku sudah biarkan mereka menderita disebabkan aku .. Aku mohon ... berikan lah mereka kebahagiaan yang melimpah ruah tika ini ... Aamiin Ya Rabbal Alamin"

Pak Hafiz meraup wajahnya yang sudah basah akibat air mata yang tidak berhenti mengalir . Hatinya disebu dengan perasaan rindu , kesal dan menyesal terhadap keluarga kecilnya itu .

"Ya Allah .. rindunya aku dengan isteri dan anak -anak ku .. Bagaimanakah keadaan mereka ?" Lirih suara lelaki itu meluahkan perasaannya sambil duduk tersimpul di atas sejadah .

Air mata nya juga masih mengalir deras pada kulit wajahnya yang berkedut itu .

Helina yang terdengar luahan Pak Hafiz itu terus menekup mulutnya itu menahan diri dari kedengaran tangisan nya.

Serta merta mengalirkan air mata gadis itu , matanya menatap sayu ayahnya yang duduk di atas kerusi roda itu.

Dia bersyukur Allah memberi kesempatan kepada ayahnya untuk bertaubat ke jalan yang benar sebelum ajal menjemputnya.

Ya , Helina meminta izin dekat Zhareef untuk menginap di sini dalam beberapa hari kerana Helina mahu meluangkan masa dengan orang disini

Helina mengukir senyuman nipis sebelum kakinya ingin melangkah pergi dari berdiri di tepi pintu bilik Pak Hafiz itu.

Tetapi langkahnya terhenti apabila suara garau tua milik ayahnya menyapa di telinganya itu

"Helina ? Kamu buat apa dekat sini?" Lembut sahaja Pak Hafiz itu menyoal. Helina memandang ke arah Pak Hafiz

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now