KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
DAHINYA berkerut apabila sinaran matahari terhala pada wajah itu . Helina perlahan - lahan membuka matanya yang berat sahaja ingin dibuka .
Dia menoleh ke sebelah kanannya , wajah tenang Zhareef yang terlena itu . Perlahan tapak tangan kecil Helina terhinggap pada pipi Zhareef itu.
Sempurna sahaja jejaka di hadapannya ini , siapa tidak suka akan perwatakan suaminya ini?
Belum sempat Helina ingin duduk dari baringan , pantas sahaja pinggang rampingnya itu ditarik mendekat dengan tubuh Zhareef.
Wajah Helina mula memerah tatkala Zhareef bertindak sebegitu , Iris mata hitamnya memandang tepat pada iris mata hazel Zhareef.
"Selamat pagi , sayang," ucap Zhareef dengan suaranya yang serak basah itu , sempat bibirnya mengukir senyuman manis menampakkan gigi taringnya itu .
"Selamat pagi , hubby," balas Helina , wajah Helina juga kelihatan sedikit lelah walaupun diaorang terlelap selepas solat subuh
Sempat dahi Helina dikucup dengan penuh kasih sayang , pinggang Helina diusap lembut .
"Sayang lapar lah , hubby . Jom kita makan ?" Ajak Helina dengan mulut yang memuncung sedikit . Zhareef mengucup bibir Helina seketika .
"Boleh . Jom kita mandi dulu" Balas Zhareef sebelum dia duduk menegak di atas katil . Helina memandang tubuh Zhareef yang tak berbaju itu , sungguh hot !
Helina pula perlahan - lahan duduk di atas katil sambil membetulkan bathrobe yang dipakainya .
"Sayang nak mandi sekali tak?" seloroh Zhareef dengan kening di angkat beberapa kali.
"Ee hubby ni gatal lah! Dah lah sayang nak mandi ni , bye bye!" Helina bergegas melarikan diri nya ke arah pintu bilik mandi .
Belum sempat pintu bilik air itu tertutup, Zhareef sudah menahan pintu bilik mandi itu dan segera masuk ke dalam sekali .
Daun pintu itu dikunci oleh Zhareef, Helina pula mengemam bibirnya itu . Bukan tak suka tetapi malu masih tersisa .
"Why you need to be shy, hm? You already being mine." Lelaki itu sengaja ingin mengusik si isteri , Helina mencebik akan pertanyaan suaminya itu .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...