KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
"UWERK!"
Helina yang sedang bermain dengan Ezra di ruang tamu terus terhenti apabila terdengar suara orang Zhareef muntah.
Terus Helina menapak kaki ke arah dapur sambil mendukung Ezra , dia terus mendekati suaminya itu dan menggosok belakang Zhareef.
"Hubby okay tak ni ? Risau lah sayang tengok hubby muntah dah masuk 3 hari dah ni ." Tanya Helina dengan nada risau melihat keadaan Zhareef itu .
Muka Zhareef dibasahkan menggunakan tapak tangan Helina yang sudah basah dengan air paip itu . Rambut Zhareef juga diraupkan ke belakang.
Jelas wajah Zhareef itu pucat , tubuh Helina segera dipeluk Zhareef dengan erat . Wajah Zhareef disebamkan pada leher Helina.
"Sakit tekak hubby sayang..satu badan hubby sakit.." adu Zhareef lemah dengan suaranya yang sudah serak .
"Sayang ambil air kejap ya ?" Helina membetulkan Ezra dan mengambil air lalu menghulurkan cawan yang berisi air dekat Zhareef.
Zhareef terus minum air kosong itu , selesai sahaja minum Helina bawa Zhareef ke ruang tamu dan dudukkan Zhareef dekat sofa.
"Hubby duduk sini kejap , sayang nak pergi main dengan budak - budak ni" kata Helina lalu baru sahaja ingin bangun Zhareef sudah menarik tangannya itu .
"Ayang duduk lah sini teman hubby .. hubby nak bau badan sayang nanti kurang lah nak muntah ni ... hubby tak nak muntah lagi" lemah sahaja suara Zhareef merayu
Helina mengerut dahinya itu , sejak bila suaminya pandai bermanja dengan dia ni? Lagi - lagi depan orang pula tu .
"Apa hubby ni ? Mana ada bau badan sayang boleh hilangkan muntah hubby tu" Balas Helina dengan wahah ceberut.
"Alah betul lah , sayanggg ! Please lah ayangg" rengek Zhareef sambil menggoyangkan lengan Helina itu supaya gadis itu terpujuk.
"Pelik lah hubby ni" berkerut dahi Helina melihat kerenah suaminya itu . Dah buang tebiat agaknya?
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...