BMH ⦂ 07

11.3K 647 134
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGANNYA menyambut huluran Imam surau itu yang menjadi wakil wali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGANNYA menyambut huluran Imam surau itu yang menjadi wakil wali . Zhareef menahan rasa gugupnya itu .

"Zhareef Haiyan Bin Zaihad Haeyan."

"Saya." Balas Zhareef pantas .

"Aku nikahkan dikau dengan cucu saudara perempuan ku Helina Inara Binti Hail Hafiz dengan mas kahwinnya sebanyak dua ribu ringgit tunai.."

Zhareef menarik nafasnha bagi menenangkan dirinya yang kian berasa gementar itu. Siapa tak gementar mat!

"Aku terima nikahnya Helina Inara Binti Hail Hafiz dengan mas kahwin nya dua ribu ringgit tunai ."

"Sah?"

"Sah!"

Setelah keempat - empat saksi menyatakan sah,secara langsung pasangan itu sah menjadi suami isteri .

Zhareef menghembus nafas lega . Terasa bahunya ringan bila dia dapat mengucapkan ijab itu .

"Marilah kita berdoa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah untuk dua pasangan suami isteri ini ."kata Tok Kadi .

Semua mula menadah tangan untuk memanjatkan kesyukuran atas kesatuan dua jiwa itu . Diharapkan mahligai yang bakal pasangan ini bina berkekalan sehingga ke jannah.

Selasai sahaja bacaan doa , bacaan taklik pula mula di baca oleh Zhareef .

"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya , Helina Inara Binti Hail Hafiz selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dari itu dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuhnya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah , yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan talak khuluk"

Tatkala jejaka itu membaca lafaz taklik itu , air matanya jatuh membasahi pipinya . Dia tidak tahu mengapa dirinya terasa sebak .

Di sisi lain pula , Tok Alang sudah tersenyum terharu melihat Zhareef dan cucu saudaranya Helina . Dia mengharapkan cucu nya dapat berbahagia dengan jejaka yang sudah sah menjadi suami gadis itu .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now