BMH ⦂ 36

7.2K 423 51
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF meraup kasar wajahnya itu , hatinya penuh kerisauan dengan keadaan isterinya dan anaknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF meraup kasar wajahnya itu , hatinya penuh kerisauan dengan keadaan isterinya dan anaknya itu . Bajunya yang penuh dengan darah Helina itu membuatkan air matanya jatuh deras.

Ya Allah... Kuatkan lah isteri dan anak-anak ku ..ku mohon..

Mikael yang menatap wajah sahabatnya yang seperti tidak terurus sahaja, dia faham perasaan Zhareef bila Helina berkeadaan sebegitu .

Mikael melangkah ke arah Zhareef dan melabuhkan punggungnya bersebelah Zhareef , belakang Zhareef digosok lembut untuk menenangkan jejaka itu yang sedang menekupnya itu .

"Kita doa yang baik-baik untuk isteri kau dan juga anak kau ya?" pujuk Mikael , Zhareef mengangkat wajahnya yang basah itu.

"Aku takut , Kael.. Kita sampai tadi pun Helina dah tak sedarkan diri .. Sekarang dah hampir sejam Helina dekat bilik kecemasan..Tergamak Hayden buat macam tu dekat isteri aku Kael..." tangisan Zhareef semakin kuat apabila Mikael membawanya ke dalam dekapan , dia memeluk erat tubuh Zhareef dan mengusap belakang jejaka itu.

"Aku tahu mereka berdua kuat , Reef.. Ini semua ujian yang Allah beri dekat kau .."pujuk Mikael . Dia juga tidak faham mengapa Hayden sanggup buat Helina dan Zhareef sebegitu , apa yang dapat puaskan hati lelaki itu?

"Encik Zhareef?" Pintu bilik kecemasan terbuka yang membuatkan Zhareef bingkas bangun dan melangkah ke arah doktor yang merawat Helina.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya dan anak dalam kandungan isteri saya? Mereka berdua baik - baik sahaja , bukan?" bertubi-tubi soalan dilontarkan ke arah Doktor Zara.

Wajah Doktor Zara jelas sedikit mendung seperti ada sesuatu perkara yang tidak baik.

"Saya ada berita buruk tentang isteri encik dan anak encik.." jawab Doktor Zara dengan nada serba salah , Zhareef mula terasa tidak sedap hati tapi dia cuba menguatkan dirinya.

"Berita buruk? M..maksud?"

"Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk yang dapat merisikokan nyawa anak dan isteri encik.."

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now