4 0 ⚘

27 7 2
                                    

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

"Ferris wheel here I come!"

Aktiviti ketiga yang dilakukan mereka setelah menaiki roller coaster adalah menaiki benda alah macam tayar yang berpusing itu.

Tetapi malangnya, Shima masih lagi pening dan hanya memerhatikan mereka dengan pandangan nak muntah.

"Weh, aku tak pergi kut. Korang pergilah tanpa aku.."

Shima menekup mulut dengan tisyu. Segala yang telah masuk ke dalam perut tadi bakal jadi cecair putih kalau keluar dari mulut. Secara saintifiknya, dia akan muntah.

"Kalau macam tu aku temankan kau kat sini."

"Heh? Habis tu aku macam mana?"

Nana mencebik saat melihat Sarah mahu tinggal di situ menemani Shima.

"Fathia kan ada?"

"Dia naik dengan Yaani."

"Adam dengan Hadief kan ada?"

"Diaorang tu dah naik sama-sama. Tinggal aku dengan kau je yang belum naik lagi. Tak apalah, biar Shima stay dengan Nawi kat sini."

Sarah memandang Nawi yang sedang berdiri tidak jauh di belakang Shima.

"Nawi--"

"Tak apa. Biar aku temankan Shima. Korang naiklah."

Sarah mengangguk kecil kerana Nawi memahami situasi mereka waktu itu. Nana tersenyum sebelum mengheret Sarah pergi.

Maka, tinggallah Shima dan Nawi berdua di situ.

Shima hanya duduk lemah sambil memegang kepala. Jangan pening, jangan muntah, jangan pening, jangan muntah, jangan-

"Kau okey?"

Nawi yang berdiri sambil menyeluk kedua-dua poket baju hud hitamnya itu memandang Shima dengan pandangan kosong.

Terus Shima mengangguk laju.

"Okey okey! Umph--"

Shima sudah menekup mulut lalu dia berlari pecut pergi ke sesuatu tempat. Akhirnya, dia muntah. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah author?!"

Alhamdulillah sebab tak memalukan diri muntah depan crush hang.

"Pergh betui sangat tu.. alhamdulillah."

Shima mengelap mulutnya dengan tisyu. Air mineral dihirup.

"Ergh, peritnya rasa macam minum air paip."

Shima bermenolog sendirian. Nampak sangat pernah minum air paip sebelum ni.

"Author hang diam, sebelum gua muntah lagi lepas ni kasi readers geli.."

Eh melawan nampak? Samseng betui Shima ni.

"Shima, kau betul ke okey ni?"

"Nawi, aku okey. Tak apa, jangan risaukan aku. Aku tak apa-apa. Serius."

"Kau yakin?"

"Yaki-"

Dan sekali lagi Shima muntah. Kali ini tidak dapat diselamatkan, dia telah memalukan dirinya depan Nawi.

"Shibal punya author.."

*Author gelak jahat sat*

Nawi hanya memandang Shima dengan simpati. Dia mula berjalan-jalan untuk mencari sesuatu. Bila dia jumpa apa yang dia cari, terus dia gapai.

"Berapa kak?"

"Dua ringgit."

Nawi menghulurkan dua keping wang ringgit kepada si penjual dan mula pergi kembali menemui Shima.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now