2 8 ⚘

30 9 6
                                    

[Fathia's POV]

Aku memulas tombol pintu bilik dengan perlahan. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik secara senyap-senyap.

Aku perhatikan sekeliling. Sasaran pertama aku adalah tabir kelabu itu. Baiklah, akan aku jadikan kau senjata wahai tabir kelabu!

Aku dengan yakinnya membuka tabir itu dengan penuh rasa gembira sekaligus membiarkan cahaya matahari menerpa masuk ke dalam ruangan bilik.

"Morning world!"

Silau tak silau, aku pandang jua langit dengan mata yang tak berkelip. Saja nak ambik feel macam dalam iklan televisyen. Uish, macam mana diorang boleh tahan ek?

"WOI! KAU BUAT APA KAT BILIK AKU?!"

Jerit Adam yang sudah mencelikkan mata sambil menyembunyikan wajahnya dengan bantal kerana silau cahaya matahari. Ditambahkan lagi dengan cahaya yang datang semula jadi dari aku. Maklumlah ahli syurga. Eh, teriak pula. Maap.

"Dam, kau kena bangun sekarang."

"Ya ampun Fathia. Aku nak tidurlah! Aku baru je mimpi pasal Yaani tadi."

"Ek eleh. Jangan nak mengada. Kau kena tolong aku."

Adam menyelimuti tubuhnya sampai menutupi kepalanya.

"TAK NAK!"

Aku tarik selimutnya dengan sekuat tenaga aku dan akhirnya berjaya mendedahkan tubuh Adam yang berpakaian baju T-shirt seluar pendek. Uhh. Broken my eyes.

"AGHHHHH!" Adam sudah menjerit seperti perempuan yang takut akan lipas.

Mana taknya. Dia pakai seluar warna merah jambu beb. Korang bayangkanlah lelaki poyo macam Adam pakai seluar merah jambu.

Okey jangan bayangkan. Ngeri hidup korang nanti.

"Dam, ada misi lagi penting yang perlu diselesaikan sekarang ni. Kau kena tolong aku!"

"Aku. Tak. Nak."

Kami saling tarik bertarikan selimut.. Eh macam lagu pulak.

"Please. Aku dah bersusah payah jalan kaki datang pi rumah kau di tengah hari yang hujan. Kau tak kesian kat aku ke?"

Adam berhenti menarik selimut membuatkan aku terjatuh ke belakang dengan selimut sekali terhempap ke muka aku.

Aduh. Asal malang sangat nasib aku ni?

"Hari cerah je. Jangan cuba nak memperbodohkan aku."

"Well.. tadi sejam yang lalu hujan. Anyways. Kau memang bodoh pun."

Adam menggulingkan anak matanya ke atas sebelum meramas rambutnya dengan kasar. Dahlah rambut dia kusut, dia kusutkan lagi. Nasib baik kacak.

Dia mengambil telefonnya yang ada di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Dia mengerutkan kening seraya itu menghela nafas berat.

"Baru pukul lapan kut. Bagi aku tidur sejam lagi."

Adam baring semula sambil memeluk bantal panjangnya.

"Uish kau jangan camtu Dam. Kita ada latihan kat apa tu namanya?"

"Heque."

"Heck you? Kau mencarut kat aku ke apa?"

"Tak, tak. H, E, Q, U, E. Heque. Nama tempat tu."

"Ah... Walaupun aku tak faham tapi apa kata kau pergi mandi dan pastu kita boleh pergi selesaikan misi macam aku cakap tadi. Boleh?"

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now