2 7 ⚘

20 8 2
                                    

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

Lima hari telah berlalu, tiba hari Jumaat, pagi, di Beige Highschool.

"Plan aku camni. Aku nak ajak Kiwi sertai kumpulan kita."

"Weh takleh la."

"Asal takleh pulak?"

"Sebab aku dengan dia macam kucing dengan anjing kalau satu kumpulan. Yang pastinya aku kucing dan dia anjing."

"Kau bukannya panda ke Na?"

"Diam."

"Aku baru je-"

"Shush. Shim, kau tak tahu apa-apa. Okay, tukar plan."

"Ajak Fifi. Lagipun dia pro dalam netball. Jadi, secara kesimpulannya dia adalah seorang yang athletic."

"Nice, Sarah. Aku pun terfikir nak ajak dia."

"Kejap korang. Apa kata ajak Yana? Dia tinggi. Kita perlukan orang yang tinggi. Pernah dengarkan lagu tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi saya sama kamu?"

Yaani mata pandang Shima.

"Eh aku pendek."

"Tak ada kena mengena pun sebab aku saja je nak nyanyi."

"Oh sedap suara kau. Kalau aku nyanyi confirm-"

"Dah Shim, takde sape tanya."

Shima untuk kali keduanya terdiam dengan hingus yang hampir meleleh keluar dari hidung namun cepat-cepat disedut. Tak, bukan menangis kerana diabaikan. Tapi dia memang menghidap selesema tahap kritikal sekarang ni.

"Kalau macam tu apa kata kau bincang dengan dia."

"Asal aku? Takutlah titew."

"Yaani, dia seatmate kau."

"Oh. Ye ke? Nantilah aku cuba ajak dia."

"Aik, seatmate sendiri pun tak tahu?"

"Aku tahu cuma aku tak nak mengaku je."

"Jahat betul kau ni en?"

"Sejak bila aku baik? MUEHEHEHE."

"Weh aku rasa kita perlu ajak Yusri. Setahu aku dia ahli kelab bola tampar."

"Boleh diharap ke budak tu?"

"Aish Thia. Don't judge a book by its- page?"

"Cover, Shim."

"Hah. Itulah apa aku nak cakap. Aku ajak dia, okey?"

"Okey. Terpulang. Kita mulakan misi sekarang. Aku nak gi jumpa seseorang jap."

"Sape? Boyfriend ker tu?"

"Ha'ah. Boyfriend hang yang tak jadi jadi."

"Wuih, hang nak jumpa Nawi ka?"

"Eh kau hangkan aku pulak? Ha'ah, nak jumpa siapa lagi? Takkanlah Dirfan pulak en?"

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now