1 3 ⚘

34 11 4
                                    

Sheesh.

Aku keluar dari perkarangan rumah dengan tidak senang hati.

Aku masih tertanya-tanya tentang hal semalam. Aku masih konpius dengan kata-kata Adrin. Dia dah confess ke belum? Ahh, aku rasa benda semalam tu bukan mimpi tetapi realiti.

"Fathia!"

Aku menoleh ke belakang apabila nama ku dipanggil. Adam yang 10 meter jauh dari aku itu datang menghampiri aku dalam tiga saat je. Laju sangat sebab dia datang hampiri aku dengan dia berada di dalam kereta. Kereta yang cukup aku kenal.

"Kau nak ikut kitorang tak?"

Aku tersengih sebelum memasuki kereta. Kereta mahal woo. Siapa je tak nak?

"Wah, tak menolak ek kau?"

"Apa? Orang dah ajak tu buat apa nak tolak?" Aku menunjukkan muka tidak berpuas hati pada Adam. Adam menggulingkan anak matanya.

"Kalau macam tu kalau Adrin meminang kau, kau tak akan tolak lah?"

Aku terhilang kata dengan kata-kata Adam. Tercyduk gue.

Adrin yang sedang fokus memandu itu tersenyum senget.

"Eh- eh, kau agak-agak ah nak buat lawak. Serius tak lawak. HAHAHAHA." Aku ketawa dengan gelabah sambil menampar kuat bahu Adam berkali-kali. Biar dia kesakitan.

Adam tergelak besar tak ingat dunia. Walaupun aku dah nampak mata dia sedikit berair. Eh aku tampar kuat sangat nampaknya.

Padan muka. Suka lah dia tengok aku macam ni kan? Adrin pun satu. Asal dia diam? Dia sepatutnya membantah dan tampar adik dia yang tak cukup wayar ni.

Tiba di perkarangan sekolah kami keluar bersama-sama. "Fathia, tunggu."

Aku yang hampir mencekik Adam dibatalkan niat ku apabila melihat Adrin yang juga turut keluar dari kereta.

Adam menepis tanganku. Dia melarikan diri sambil mengucapkan syukur kerana tidak jadi dicekik oleh ku. Cis dasar.

"Hah, kenapa?" Aku menyoal.

"Pasal hal semalam."

Aku mengerutkan kening. Pasal hal semalam? Jap, jadi dia betul-betul luahkan perasaan dia lah semalam?

"K-kenapa dengan hal semalam?"

"Nanti kalau aku dah balik dari Uni, aku nak tahu jawapan sebenar kau."

Jawapan? Jawapan apa pula ni?

"Hahaha, okey okey. Sure. N-nanti aku bagi jawapan." Aku sudah melangkah setapak demi setapak mengundur ke belakang.

"Okey. Jumpa nanti."

"Okey, hati-hati bawa kereta."

"Study well." Dia mengangkat tangan kanan separa bahu.

Aku dah tahu nak cakap apa.

"Yeah, you too!"

"Jangan lupa baca doa sebelum belajar."

Aku yang hampir berlari menoleh semula. Aduh ingatkan dah habis tadi.

"Hah, kau jugak."

"Okey. Assalamualaikum."

Fuh bila nak habisnya ni?

Aku mengangguk-anggukan kepalaku. "Waalaikumussalam."

Akhirnya selesai sesi balas membalas ayat pendek bersama Adrin, aku pergi mencari Adam. Budak sorang ni harus diberi pelajaran. Atau perkataan sebenarnya, hukuman setimpalnya.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Où les histoires vivent. Découvrez maintenant