3 2 ⚘

26 8 0
                                    

Nana's POV

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

"Abang, boleh tak jangan desak Nana? Tadi Nana ada latihan bola tampar. Bukannya pergi hang out bazirkan masa ke apa."

"Nana. Tahun ni Nana ada peperiksaan besar akhir tahun tahu tak? Abang tak nak Nana ambil perkara ni dengan mudah."

Aku hela nafas kecil dengar Abang Firaz membebel. Kalau kat rumah dah lama aku masuk bilik untuk mengelak dari kena bebel. Ini kat dalam kereta. Nak terjun dari kereta pun kena fikir panjang. Nanti menyusahkan hidup orang pulak. Pastu nanti kena bebel lagi kecik kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang. Ha kan payah tu?

"Habis tu abang nak Nana buat apa?"

"Abang akan hantar kamu pergi kelas tambahan setiap malam Ahad hingga Selasa."

Aku mengangkat kening tak puas hati.

Sabar.

"Bila Nana kena mula belajar kat tempat tu?"

Abang Firaz menilik jam tangannya.

"Malam nanti. Pukul lapan abang hantar."

Aku pandang jam tangan warna pink aku pulak. Aku ada masa enam jam lagi. Jadi baki jam yang aku ada untuk tidur sebelum pergi kelas tambahan tu ialah..

Satu jam je sebelum solat asar. Ah bolehlah.

"Okey." Aku terpaksa akur.

Aku tak pernah membantah apa yang abang aku suruh.

"Thanks sebab dengar cakap abang."

"No problem."

Aku senyum hiba. Abang aku baik. Tapi, ada kalanya aku rasa dia terlalu protective dan buat keputusan untuk hidup aku.

Aku tak tahu siapa yang patut dipersalahkan kat sini. Aku yang terlalu menuruti kesemua kehendak abang aku atau abang aku yang terlalu protective sampai aku rasa hidup aku dikawal sepenuhnya?

Entahlah. Dua dua kut.

Walaupun macam tu, aku tetap akur dengan keputusan abang aku. Aku tahu dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Hm.

Ye ke?

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

"Nanti abang jemput pukul 9. Adik jangan merayau pergi mana-mana pulak."

"Okey, bos!"

Aku keluar dari perut kereta abang Firaz. Dia melambaikan tangannya pada aku dengan penuh keriangan.

Aku tergelak kecil.

Aku tilik jam yang ada di tanganku sebaik saja kereta Abang Firaz meluncur pergi.

Aku terlalu awal ke atau jam Abang Firaz yang salah? Nampaknya aku 15 minit awal. Semangat betul.

Aku pandang bangunan di hadapan ku. Kata Abang Firaz cikgu yang mengajar aku nanti tu ada kat tingkat dua.

Hm.

Aku rasa ada patutnya aku merayau pergi kedai cari makanan dulu. Hehe.

Seperti biasa, aku pergi kedai runcit milik kawan Abang Firaz, Wafiq.

Tapi ini kedai runcit makanan. Aku dah kata Abang Wafiq tu bukan setakat ada satu kedai je tapi bermacam-macam.

Gayanya macam satu keluarga tu ada bisnes masing-masing.

Aku pernah dengar jugak abang cakap yang keluarga diorang tu misteri. Abang Wafiq ada adik beradik lelaki lima orang dan perempuan seorang je. Mereka dijaga sepenuhnya oleh atok mereka sejak kecil sebab ayah diorang menghilangkan diri entah ke mana dan ibu mereka meninggal semasa melahirkan anak bungsu. Ya, yang bungsu itu adalah Afreen.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now