2 4 ⚘

23 9 2
                                    

"Jadi, apa cerita semalam?"

"Semalam aku tengok cerita kekasih-"

"Tak tak. Bukan cerita tu. Cerita pasal Afreen. Kau pergi kedai abang dia kan semalam?"

Tersembur Nana bila Shima menyebut nama Afreen. Terpaksalah Shima mengambil tisyu dari poket untuk membersihkan semburan air tadi. Ya, semburan yang sudah terkena pada wajahnya.

"Sorry, Shim. Tak sengaja."

"Takpe takpe. Kau kata semalam nak cerita pasal Afreen. Haa sekarang ceritalah kat aku."

Nana mengangguk kecil sebelum memanggil pelayan yang ada di dalam kafeteria itu. Dia memesan segelas air milo ais kurang susu sebelum membuka cerita kepada Shima.

"Jadi macam ni cerita dia. Sebenarnya Afreen tu dia belum kahwin lagi Shim. Dia saja pakai cincin sebab nak nampak dah berpunya."

"Haha. Tipikal orang single be like memang macam tu."

"Habis tu kau tak single?"

Terbatuk-batuk Shima pandang Nana.

"Proceed."

"Cuma yang aku tak faham sekarang ni ialah kenapa dia bagitahu aku semua tu."

"Biasalah tu. Aku pun ada bagitahu kat kau kan aku suka siapa?"

"Shim tak payah bagitahu kitaorang dah tahu dah pun. Memang jelas lagi nyata terang lagi bersuluh."

Shima hanya tayang sengih sebelum menampar bahu Nana kecil tersipu-sipu malu.

"Ha gedik gedik."

"Dah tu nak aku tampar kuat sampai kau jatuh ke?"

Nana geleng kepala sebelum angkat tangan tanda menyerah. Kedua-dua mereka meneruskan menjamu selera setelah makanan yang dipesan mereka sudah tiba.

Tidak lama itu datanglah sahabat mereka yang lama menghilang seperti sudah menghilang di hutan beberapa hari.

Fathia mengeluh sebelum melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Nana.

"Kau kenapa Thia?" Tanya Nana risau.

Plastik roti bun dibuka dengan ganas lalu Fathia melahap roti bun tersebut dengan gelojoh.

"Eih, anak dara makan macam ni. Tak patut tak patut."

Shima seperti mak nenek menggelengkan kepala pandang Fathia sambil mengambil kunyahan besar burger miliknya. Dan ternyata dia juga makan dengan gelojoh.

"Fathia, kau kalau kena sampuk baik bagitahu awal-awal."

Yaani dan Sarah muncul setelah beberapa abad yang lalu.

"Boleh ke macam tu? 'Korang, hantu nak sampuk aku kejap gi. Korang bersedialah aku nak kena sampuk.' Macam tu?"

Mereka pandang Fathia dengan tak percaya. Hanya Shima dan Nana saja yang ketawa kerana kata-kata Fathia ada logiknya.

"Bagitahulah kitaorang apa dah jadi dengan kau."

"Aku. Tak. Puas. Hati. Dengan. Dirfan tu!"

Fathia menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang berkumpul di luar kelas yang berdekatan dengan kafeteria.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia.. dia kata aku ni-"

"Macam nenek kebayan?"

"Tak Sarah, tak. Lebih teruk dari tu. Dia kata aku-"

"Langsuir? Hantu kedua paling hodoh selepas nenek kebayan." Teka Shima pula dengan bangga sambil angkat kening berkali-kali.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now