1 2 ⚘

34 11 0
                                    

"Fathia, buat apa sorang-sorang kat luar tu? Masuklah."

Aku yang dari tadi menggosok telapak tangan kerana kesejukan akhirnya menoleh ke arah mak long yang sedang memanggil.

"T-tak apa mak long. Thia nak ambik angin kejap." Aku tersenyum nipis.

Mak long faham akhirnya meninggalkan aku yang masih duduk di bangku luar rumah mereka. Adam ni pergi mana? Kata pergi tandas nak buang air besar. Ini dah suploh minit aku tunggu, tak muncul-muncul lagi.

Haih.

Kalau diikutkan hati memang aku nak balik rumah sekarang ni. Sejak petang lagi dah aku terpacak kat sini gara-gara Adam taguna tu.

"Kau asal? Nak kena tumbuk ke nak kena sepak ngan aku?"

"Chill laa wey. Mak aku panggil kau datang sini untuk tolong dia masak kat dapur."

"Haa? Mak kau- Kau jangan nak menipu."

"Hehe. Tak sebenarnya aku ada bagitahu kat mak aku yang kau nak tolong dia masak.. tu je."

Aku menumbuk bahu Adam sambil pandangan diturunkan. Maksudnya, aku tumbuk dia dengan kuat lah tu. Ha padan muka.

Nasib baik makan malam kitaorang berakhir dengan mereka puji yang masakan aku sedap. Mama ngan abah pun bangga dengan aku walaupun mereka tak percaya yang aku boleh masak. Diorang siap bocor rahsia yang aku pernah goreng ikan sampai hitam rapuh.

Pfft. Cerita lama. Kejadian dua hari lepas. Hmm ye harus dilupakan.

Aku menjenguk ke dalam rumah. Suara mereka yang rancak berbual kedengaran sampai ke luar. Aku mengeluh kecil. Patut ke aku balik sorang? Serius, aku penat sekarang ni. Mata ni dari tadi sedaya upaya untuk bukak walaupun banyak kali nak tertutup sebab nak buat kilang taik mata yang tak menguntungkan.

Sudah. Aku penat dengan semua ini. Aku dah buat keputusan. Aku akan tidur kat sini kejap. Aku nak contohi sikap Nana yang tidur masa duduk. Hah, pinter.

"Thia."

AHH- Okey berhenti meroyan. Asal ek? Setiap kali aku nak tenangkan diri je mesti ada orang ganggu. Tak faham aku.

"Ye Dam, kau nak apa?" Aku tanpa membuka mata walaupun sedikit bertanya kepada si beruk. Kalau dah pejam mata, memang dah tak boleh nak paksa bukak lagi-lagi dalam situasi yang begini.

"Ekhem."

Eh Adam berdehem dengan aku? Selalunya dia akan tampar aku kalau aku tak layan dia. Tak pernah-pernah..

Aku membuka mata. Gulp.

"Eh, Adrin. Sorry sorry. Aku ingatkan Adam tadi." Aku mula membetulkan posisi ku. Dari tadi yang berlipat kaki, kini diluruskan sebaik mungkin untuk nampak lebih sopan. Hah, depan Adrin je aku sopan. Depan Adam takde maknanya nak bersopan ek. Dia selalu tak hormat aku walaupun sepatutnya aku yang hormat dia sebab dia tua dari aku. Bagi aku dia noob.

Adrin melabuhkan punggungnya mengambil tempat duduk di sebelah ku. Tak rapat, jauh bagaikan aku berada di Korea Selatan dan dia berada di India Utara. Haa kau. India Utara wujud ke?

"Thia, tahun ni kau ada exam besar kan?"

Aku memandang Adrin yang menoleh ke kiri menatap anak mata ku. Eh, ter making eye contact pulak. Aku pandang depan semula. Takleh jadi ni. Takleh camni. Takleh takleh.

"Ha'ah." Aku jawab selamba.

Dia mengangguk faham walaupun aku tak pasti sebenarnya. Mestilah kita menganggukan kepala bila dah faham kan? Ada ke yang geleng kepala walaupun dah faham? Ada. Adam. Sebab dia selalu pura-pura faham.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now