3 9 ⚘

23 8 2
                                    

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

Tiba saja di tempat yang hendak ditujui, Hadief dan Sarah keluar dari perut kereta.

Sarah hanya statik di tempatnya melihat beberapa kanak-kanak riang menghampirinya.

"Yo, wasup wasup! Hai Sarah. Lama tak jumpa, makin pendek kau ek?"

Fathia menyapa sambil merangkul bahu Sarah.

"Kata si pendek yang tak sedar diri."

Yaani di situ hanya mengatakan fakta dan Fathia pulak mula tayang wajah tak bersetuju.

"Ketinggian aku dah bertambah dua inci tahu?"

"Dua inci, bukannya dua meter. Pendek masih tu Thia."

Fathia tidak mahu berdebat lagi, dia mula menenangkan diri sambil memandang langit malam yang indah. Merenung nasib. Kenapalah dia pendek dan menyedihkan?

"Korang berdua je ke kat sini? Yang lain mana?"

"Nana dengan Shima beli donut jap. Adam dengan Nawi pulak sibuk main game tembak tembak entah pape kat sana tu."

Sarah hanya tersenyum memerhatikan sekeliling yang riuh rendah. Hadief yang dari tadi mendiam mula ditenung.

Mata mereka bertaut lama.

"Kenapa?"

Tanya Hadief mengangkat kedua keningnya memandang Sarah.

"Tak kata pun nak pergi fun fair.. dahlah saya pakai baju biasa je."

Sarah memandang baju yang dipakainya yang cukup biasa. Mana tidaknya, dia hanya memakai baju t shirt sukan lengan panjang warna hijau yang dipadankan dengan tudung bawal hitam.

Sarah seorang yang suka berfesyen. Pergi ke sesuatu tempat seperti itu dia haruslah tampil dengan lebih elegan yang orang kata sejuk mata memandang macam Hadief.

"Tak apalah. Kita datang sini nak enjoy, bukannya nak ikut pertandingan siapa pakai baju paling cantik."

Kata Hadief ada betulnya. Tapi itu masih tidak membuatkan Sarah merasa lega.

"Tapi, saya tak pakai make up.."

"Sarah, you don't need any make up because you are naturally beautiful. To be honest, I prefer your simple appearance like this."

Hati Sarah mula berbunga-bunga setelah Hadief melontarkan pernyataan itu dengan wajah yang ikhlas mengagumi Sarah.

Sarah hanya berikan senyuman kecil sebelum melemparkan pandangan ke tempat lain. Hatinya sudah cukup berdebar tak mampu nak pandang Hadief dengan lama.

Dan secara tak sengaja Sarah ternampak Shima yang sembunyi sembunyi menangkap gambar dia dan Hadief. Shima tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Delete gambar tu."

Sarah tersenyum terpaksa saat Shima menayangkan gambar tersebut. Dalam gambar itu Sarah sedang mendongak sambil pandang Hadief manakala Hadief yang menyeluk poket baju itu hanya menunduk pandang Sarah.

"Tak nak. Korang berdua nampak comel kat sini. Kau pendek, Hadief tinggi. Mak aih, suwitlah korang ni. WKWKAKWK."

"Nawi! Shima kata dia su--"

"Woi! Jangan libatkan Nawi dalam hal ni! Shushh!"

Mulut Sarah ditutup rapat lalu Sarah diheret pergi sejauh yang mungkin. Donut coklat yang Nana baru nak suap ke dalam mulut tadi dirampas Shima lalu disumbatkan ke dalam mulut Sarah.

Shima menyapu kedua tangannya. Masalah settle.

Nana pulak hanya pasrah. Dia tahu kejadian ini bakal terjadi. Donut yang ada di dalam plastik kertas dikeluarkan, lalu dimakan dengan tenang. Nasib baik dia ada beli tiga plastik kertas yang berisi donut tadi.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now