1 6 ⚘

19 8 0
                                    

"Begitulah kisahnya. Sekian terima kasih, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

Shima mengakhiri ceritanya memberi flying kiss kepada penonton-penonton yang dari tadi menyepi.

"Aku tak faham Shim. Apa kena mengena cerita kau dengan situasi sekarang ni?" Yaani menyoal.

Habis saja latihan, DG mengambil keputusan untuk berehat sebentar di taman sekolah.

"Haih, Nana kau faham kan? Kau jelaskan kat diorang."

"Urm- ah, maksud Shim ialah kita kena kahwin dengan lelaki hodoh."

PAP!

"Oi, sakitlah. Betul lah tu kan apa yang aku cakap? Si puteri jumpa si putera katak. Katak tu kan hodoh. Last last diorang kahwin pastu hidup bahagia. En?" Nana menggosok-gosok kepalanya yang hampir benjol kerana dipukul oleh Shima dengan botol.

"Bukan tu maksud aku. Haih. Pengajaran dari cerita aku ni ialah cinta itu buta. Faham?"

Krik.. krik.. krik..

"Shim bukan pengajaran dalam cerita kau ni pasal dua ekor katak yang saling bercinta? Yelah, kan perempuan tu jadi katak juga. Jadi kiranya dua-dua hodoh dan bodoh lah ye? Eh?" Fathia menyoal.

Shima termangu seketika. Kata-kata Fathia macam ada betulnya juga macam tak masuk akal pun ada juga.

"Tak. Pengajaran dari cerita ni sebenarnya ialah dua insan yang saling mencintai akhirnya akan hidup bahagia. Dalam cerita ni, akhirnya diorang berubah jadi manusia semula sebab dua-dua saling mencintai. Syarat putera katak tu untuk jadi manusia semula ialah dia kena jumpa cinta sejati dan ber- haa korang faham kan maksud aku?" Sarah yang dari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara.

Mereka berempat kagum dengan Sarah. Sarah yang selama ini tidak pernah bercakap banyak kecuali tentang cita-citanya ingin menjadi menteri itu akhirnya telah memecahkan rekod tersebut.

"Betul lah tu. Aku pun rasa macam tu jugak." Shima menyokong.

"Oh ya, Labu mana Labu?"

"Asal kau tanya aku? Bukan kau tinggalkan dia kat dewan ke?"

Nana dan Shima saling berpandangan.

"Kau biar betul? Aku dah suruh kau bawak kan tadi?"

"Heh? Salahkan Fathia sebab dia kata tinggalkan Labu."

"Huh? Aku tak ada kena mengena dalam hal penculikan kucing ni ek."

"Eh dia yang kata nak pelihara tadi." Shima dan Yaani berkata serentak.

"Jinx." Nana mencelah tetapi tetap diabaikan.

"Okey, takpe takpe. Esok lepas habis Raise kita lawat pastu bagi dia makan." Shima akhirnya memberi cadangan. Lebih kepada menyelesaikan masalah sebenarnya. Apa lah mereka akan buat jika tiada Shima?

"Setuju. Biar aku bawa susu Dutch Lady esok."

"Kalau macam tu aku bawa biskut oreo lebih."

"Untuk?"

"Untuk dicelup ke dalam susu Dutch Lady kau tu lah."

Fathia ingin menampar kepala Nana namun disebabkan kasihan dengan wajah tidak bersalah Nana dia batalkan niatnya. Mereka akhirnya pulang ke rumah. Masing-masing memakai wajah letih dan lesu. Tinggal beberapa minggu saja lagi perlawanan bola tampar akan berlangsung. Bakal kah nasib memihak kepada mereka untuk menang?

Fuh.


⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹



"Aduh gawat!"

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now