0 4 ⚘

51 14 1
                                    

"Serius laa? Dirfan dan Nawi tu adik beradik? Wah, tak sangka aku." Aku memberitahu Nana.

Waktu ini kami berada di kafeteria untuk menjamu selera pada waktu rehat yang diberikan.

"Ha'ah. Aku pun terkejut jugak. Tak hairan lah kenapa muka Dirfan kacak semacam je en?" Shima menjawab dengan tersengih.

"Kacak? Ee, kau dah buta ke?" Aku menyoal dengan tidak percaya.

"Thia, kau tu yang buta sebenarnya. Ingat tak masa kita pergi melawat abang Nana kat hospital dulu? Kawan abang dia punya lah kacak kalah Shawn Mendes, tapi bagi kau muka dia ibarat beruk yang baru habis mencuri makanan. How cruel.." Yaani menegakkan keadilan. Wah, ini perbincangan mahkamah ke? Rasa macam aku pula yang bersalah sekarang ni.

"Guys, korang tak boleh salahkan Fathia sepenuhnya." Sarah berada di pihak aku. Alhamdulillah, dia sokong aku-

"Thia kan hati beku. Dia bukannya senang nak jatuh cinta kat rupa lelaki kacak je kan? Kan?"

Semua mengangguk-anggukkan kepala setuju termasuk aku sendiri.

"Ha'ah betul lah tu. Aku tak macam Nana yang pernah ada crush kat Dirfan dulu." Shima tersenyum menampakkan giginya sambil menyucuk bahu Nana berkali-kali.

"Eh? Aku mana ada pernah ada crush kat Dirfan.. Perangai dia sumpah annoying sampai aku nak bagi penampar je dengan kaki aku ni." Wajah Nana kelihatan tidak berpuas hati. Nampak macam nak bunuh orang je.

"Oh. Ye ke?"

"Ye. Asal? Kau jealous ke kalau aku ada crush kat Dirfan?" Mulut Nana yang tersenyum sumbing sambil menyiku lengan aku itu aku pandang dengan wajah serius. Akhirnya kami palaukan dia dan mula berbincang tentang status hubungan antara Dirfan dan Nawi.

Tak hairanlah tadi pagi Dirfan dan Nawi nampak rancak aje berbual macam orang dah lama kenal. Salah aku sebab tadi aku ingatkan Nawi partner gay Dirfan. Yelah, aku ni suspicious orangnya. Sampaikan macam mana proses kentut dan kenapa ia berbau pun aku masih tertanya-tanya mengenainya. Patut kah aku tanya saintis? Hmm.. sungguh misteri.

"Aku pelik dengan kau ni Na. Tadi aku tengok baru je kau habis makan burger. Sekarang kau rembat nasi lemak pulak?"

"Ish, rezeki jangan ditolak. Ini abang aku yang kasi tahu. Tengok menu yang dia bagi, bukan calang-calang main extreme. Udang galah-"

PRANG !

"OH MAK NANA KETIAKNYA BUSUK!"

Satu saat..

Dua saat..

"HAHAHAHAHA WOI! KELAKAR SIAK!" Shima tertawa terbahak-bahak yang diikuti kami berempat kecuali Sarah yang menahan malu. Dia hanya menahan pipinya yang putih itu bertukar menjadi merah. Melatah bukan main extreme.

"Wuish, sampai hati kau ucap ketiak mak aku busuk ek?"

"Hehe, sorry. Bunyi apa yang pecah tu?"

"Macam bunyi kaca jendela pecah je. Entah kelas mana kali ni yang buat hal." Yaani hanya mengangkat bahu.

"Jom ah gi tengok." Ajak Shima yang sudah bersedia dengan botol airnya. Kut kut lah ada penampakan roh tak baik, boleh dia siram dengan air suci dia tu.

"Haih, aku baru je nak makan-"

"Okey, jom. Mana lah tahu ada orang bergaduh ke apa en. Boleh join sekali." Aku bangkit daripada terus duduk.

Nana mengetap bibir. Pasrah kerana tidak dapat menikmati kesedapan nasi lemak yang telah diberikan oleh abangnya.

"Ha'ah, aku pun lama dah tak tengok cerita orang wrestling kat TV. Sekali-sekala tengok yang real life punya pun jadi lah." Yaani juga turut berdiri sambil menyuap sebiji takoyaki yang terakhir ke dalam mulutnya.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now