4 5 ⚘

24 7 4
                                    

⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹

Hadief memandang dagal dan Adam silih berganti. Cermin kereta ferrari yang dipandunya tadi diturunkan.

"Korang buat apa kat sini? Bukan sepatutnya korang ada kat sekolah ke?"

Adam membuka pintu kereta milik Hadief sebelum memboloskan diri masuk ke dalam.

"Diorang nak ikut. Kalau tak Thia akan bocorkan rahsia aku kat semua orang."

Adam pandang Hadief dengan wajah yang penuh pasrah.

"Oh."

"Boleh tak kitaorang ikut?"

"Boleh tu boleh tapi, muat ke? Korang--"

"Mestilah muat weh! Meh masuk geng! Oh yeah."

Fathia mengarahkan mereka masuk ke dalam perut kereta dan dia orang yang terakhir masuk.

Fathia sesak nafas tatkala merasa kereta Hadief tidak cukup ruang untuk mereka berlima. Hadief hanya geleng kepala.

Dia mula menurunkan atap kereta, maka barulah mereka dapat menghidu udara dengan tenang.

"Wah, gempak ah kereta kau ni weh.. agak-agak boleh jadi transformer tak?"

Pertanyaan Fathia mengundang tawa dari Hadief.

"Hm. Korang pegang satu sama lain, sebab takut nanti terbang pulak masa saya pandu."

Pernyataan Hadief buatkan Dagal merangkul satu sama lain.

Fathia sudah tidak senang duduk, merasa teruja. Yaani pula hanya tundukkan kepala, harap-harap dia tidak muntah. Nana pulak pegang kepala, takut jika tudungnya akan terbang nanti. Shima pulak baru saja siap menulis sesuatu pada kertas kemudian mula fokus pandang langit. Tak ada kapal terbang kelihatan, checked. Sarah pula hanya kekal tenang sambil menganalisis kereta ferrari milik Hadief.

"Aight, here we go."

Hadief mula memandu dengan had kelajuan yang perlahan. Tiba di jalan raya besar yang kosong dia mula memandu dengan had kelajuan yang sedikit pantas.

"Masyaallah tudung gue!" Nana, tudungnya sudah tiada rupa tudung.

Mata Shima sudah berair dek kerana terlalu fokus memandang ke arah langit. Apa-apapun yang terjadi, dia takkan tutup mata!

Sarah hanya tersenyum menikmati angin yang menyapa mereka. Ah, segarnya!

"WOHO!"

Fathia menjerit keriangan meskipun tudungnya hampir terbang tadi. Nasib baik sempat cover.

"WEH--"

Yaani tekup mulut. Mabuk kereta. Adam yang melihat keadaan Yaani yang begitu terus mengarahkan Hadief untuk pandu dengan kelajuan yang normal.

"Dief, slow sikit."

"Weh, asal pulak? Syok apa laju laju?"

"Dem Thia, kalau Yaani muntah macam mana?"

Yaani muntah? Terus Fathia pandang Yaani.

"Yaani kau nak muntah ke?"

Yaani yang masih tekup mulut mengangguk kecil. Wajah Fathia terus berubah risau.

"WOI PANDU PERLAHAN WOI MATI KAWAN AKU KANG!"

Hadief akhirnya memperlahankan keretanya sebelum menghentikan kereta di tepi.

"Awak okey, Yaani? Nak muntah dulu ke?"

"Eh tak apa.. aku okey. Pening sikit je."

Hadief mengangguk faham sebelum meneruskan perjalanan mereka menuju ke lapangan terbang untuk menemui Nawi.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now