"Cuba tengok dalam beg tangan kau." kata Rashdan.

"Aku mana bawa beg tangan. Aku bawa telefon dan mini purse aje."

"Hah, dalam kereta aku lah tu. Aku pergi ambil kejap."

Rashdan mahu bangun namun Aireen menghalang. "Hmm... tak payah lah. Biar aku ambil sendiri lagipun tak nak lah cakap telefon depan adik kau. Hal suami isteri ni private and confindential." ujarnya.

"Eleh... mentanglah dia seorang aje yang tengah hangat bercinta dengan kekasih halal." cebik Rashdan.

Aireen tersenyum sinis. "Iri hati bilang bos."

"Dah lah kau!"

Aireen menjelir lidah pada Rashdan. Kemudian dia pergi ke arah kereta Rashdan lalu mengambil telefonnya yang ada di atas tempat duduk penumpang hadapan. Usai ambil,  Aireen terus mendail nombor telefon Tuan Zarief Khairil yang disimpan sebagai Mr. Husband.

"Helo, love." kata Tuan Zarief Khairil.

Aireen tersenyum. 

"Helo, husband. I call ni sebab nak beritahu you yang Tok Ayah suruh kita balik Kuantan malam ni tapi tak pulak dia cakap balik untuk apa. Kita balik eh?"

"Okey, boleh aje. Hmm... sekarang ni you dekat kampung Rashdan kan? Hah... you tunggu aje situ sampai I datang ambil you. Dari rumah Rashdan, kita terus balik ke Kuantan."

"Tapi I tak packing baju lagi." kata Aireen.

"Tak apalah, I packing kan untuk you. I pun dalam perjalanan nak balik rumah kita dari ofis ni. Lepas packing baju di rumah, I datang ambil you di sana."

"Okey juga tu. I tunggu you sini ya?" Aireen bertanya.

"Okey sayang, I love you."

Aireen tersenyum. "I love you more, syurga."

Panggilan dimatikan. Aireen masukkan telefonnya ke dalam poket dan ingin kembali masuk ke dalam rumah Rashdan namun tiba tiba namanya dipanggil dari belakang.

"Faryna Aireen!"

Apabila namanya dipanggil, dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namun setibanya dia menoleh, dia terkejut melihat... Firdaus Haikal.

"Haikal..." katanya.

Haikal datang menghampiri dirinya dengan senyuman sinis di bibir.

"Oh, you masih ingat siapa I? Hmm... ingatkan dah lupa terus dah. Yalah... dah bahagia dengan suami tercinta!" sinisnya.

Aireen bingung. "Macam mana you boleh ada di sini? You buat apa di sini?"

"I ikut kereta Rashdan dari KL sampai sini semata mata nak jumpa you, sayang. Come on, takkan you tak excited jumpa dengan I?"

Faryna Aireen menggeleng. Dia menoleh kembali ke arah rumah Rashdan.

"Pergi balik Haikal. I tak nak tengok muka you lagi." katanya.

"Setapak lagi you melangkah... I tembak you, Aireen!" ugut Haikal sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah Faryna Aireen.

Wanita itu terus terkejut dan menoleh memandang Haikal semula. Memang benar lelaki itu sedang mengacukan pistol ke arahnya.

"Haikal, apa benda sampai guna pistol ni? You dah gila ke!?" soal Aireen terkejut.

"Ya! Memang aku dah gila! Aku gilakan kau lah perempuan!" jerkah Haikal yang sudah naik marah.

Jerkah Haikal membuatkan Rashdan dan seluruh isi rumah keluar untuk melihat apa yang berlaku. Rashdan terus terkejut melihat keadaan Aireen dan Haikal.

"Haikal! Kau buat apa ni!?" soal Rashdan sambil ingin ke arah mereka berdua.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now