"Ayah..." rayu Datuk Kamal Effendi pada Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menggeleng.

"Ayah tak sangka kamu boleh jadi teruk sampai macam ni sekali, Kamal Effendi. Anak kamu sedang dirawat secara serius di dalam sana, kamu di sini masih boleh mempertahankan anak menantu kesayangan kamu yang memang dah salah. Bapa jenis apa kamu ni? Aku tak pernah didik anak aku jadi bapa yang tak berperikemanusiaan macam ni!"

"Ya, saya tahu Firdaus Haikal dan Alma bersalah tapi tolonglah jangan bawa hal ini ke pihak polis. Saya ada nama baik yang harus dijaga." kata Datuk Kamal Effendi.

"Nama dan pangkat Datuk lebih bernilai daripada nyawa anak sendiri?" soal Tuan Zarief Khairil tidak percaya.

Datuk Kamal Effendi resah. Seraya itu, doktor dan jururawat mula keluar dari wad kecemasan.

"Tuan Zarief Khairil..." panggil Dr. Mawar Elena.

Tuan Zarief Khairil pergi ke arah Dr. Mawar Elena. "Ya, doktor. Macam mana dengan keadaan Aireen? Dia selamat kan?"

Dr. Mawar Elena tersenyum mengangguk. "Alhamdulillah, Puan Faryna Aireen selamat. Tapi keadaannya masih lemah dan sedang berada di dalam koma. Darah yang disalurkan kepadanya juga semakin berkurangan."

"Isteri saya perlukan darah jenis apa? Saya nak derma untuk dia. Saya sanggup buat apa saja untuk dia."

"Puan Faryna Aireen perlukan darah jenis O. Tuan dan sesiapa saja yang ada di sini boleh menderma darah untuk Puan Aireen sekiranya sesuai. Nanti boleh ikut Sister Aisyah ke tempat derma darah di tingkat lima."

Tuan Zarief Khairil mengangguk. Kemudian Dr. Mawar Elena sedikit sayu.

"Tapi untuk makluman semua, kecederaan yang berlaku pada Puan Faryna Aireen sangat serius baik di luaran mahupun dalaman. Hmm... akibat hentakan kuat yang kena pada kepala dan kakinya, Puan Faryna Aireen akan berada di dalam koma yang lama dan mungkin akan membuatkan dia alami trauma. Kaki kanannya juga patah. Jadi saya harap Tuan Zarief Khairil dan yang lain mampu bersabar."

"Berapa lama dia akan koma?" soal Nely.

Dr. Mawar Elena menggeleng.

"Tidak pasti berapa lama kerana itu semua atas keadaan yang akan ditunjukkan oleh Puan Faryna Aireen sendiri." ujarnya.

"I want my wife be treated in peace with private care and only I who can decide who can get in with access. Place her in VVIP suite with you as her doctor! About the price, just name it. I don't care as long as her got the best treatment in this hospital until she has been recovered." maklum Tuan Zarief Khairil.

Dr. Mawar Elena mengangguk.

"Sure, Tuan Zarief Khairil. I will arrange everything for you ASAP! Hmm... excuse me, I have to make a move."

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "Thank you, Dr. Mawar Elena."

Usai Dr. Mawar Elena dan Sister Aisyah pergi, Tuan Zarief Khairil terus meminta izin Tuan Ibrahim.

"Tok Ayah, Zarief nak minta izin Tok Ayah untuk benarkan Zarief buat keputusan bagi pihak Aireen." katanya.

Tuan Ibrahim mengangguk. "Tok Ayah tak masalah. Kamu suami dia... kamu layak untuk tentukan apa yang terbaik untuk dia. Tok Ayah ikutkan saja."

Tuan Zarief Khairil memandang Jeffrey.

"Ssya nak awak deal dengan pihak hospital pasal semua yang saya minta tadi. Tak kisah lah pihak hospital nak caj berapa ratus ribu pun, awak bayar aje guna akaun saya. Asalkan isteri saya dapat semua tu."

Jeffrey mengangguk. "Baik tuan."

Tuan Zarief Khairil memandang wajah Datuk Kamal Effendi, Datin Farah, Alma dan Haikal.

"Lagi satu... suruh peguam saya keluarkan surat perintah mahkamah bagi menghalang Datuk Kamal Effendi, Datin Farah, Alma dan Firdaus Haikal dari menghampiri saya dan Faryna Aireen. Kalau mereka atau salah seorang daripada mereka melanggar perintah itu, saya akan saman mereka satu juta ringgit setiap seorang!" tegasnya.

Dia bertanya pada Nely dan Nady yang berdiri.

"Saya nak ke tingkat lima untuk menderma darah. Awak berdua nak ikut?" soalnya.

Nely dan Nady mengangguk. "Nak. Kami pun nak derma untuk Aireen."

Tuan Zarief Khairil tersenyum mengangguk. "Okey, jom."

"Rash... kau tolong bawakan Tok Ayah dan Elly ke tingkat lima juga ya."

Rashdan mengangguk. "Boleh, tuan."

Nely dan Nady mengikuti Tuan Zarief Khairil pergi dari situ. Rashdan membantu Elly memimpin Tuan Ibrahim yang berjalan menggunakan tongkat.

"Ayah, tolonglah kami? Takkanlah ayah setuju dengan surat perintah mahkamah tu?" soal Datuk Kamal Effendi.

Namun Tuan Ibrahim hanya diam saja dan memandang ke arah mereka berempat. Semua orang beredar dari situ.

Hanya tinggal Datuk Kamal Effendi, Datin Farah, Alma dan Haikal yang terdiam kaku dan membisu.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now