Bab 39

2.5K 64 6
                                    

                HARI ini merupakan hari perpisahan antara Rayyan dan Delila. Delila ingin berjumpa dengan Tuan Daniel dan Puan Ariyana untuk memberitahu tentang penceraian ini. Malah, Puan Maria dan Tuan Leo juga berada di situ.

Sejak beberapa hari ini Rayyan tidak mempunyai selera makan. Wajahnya juga murung tidak seperti selalu. Bahkan, dia mahu hari ini tidak ada dalam hidupnya.

"Memandangkan semua orang dah ada kat sini. Delila nak bagitahu yang.. Saya dan Rayyan akan cerai."Kata Delila.

Rayyan pula hanya diam sahaja. Tidak tahu mahu beriaksi bagaimana. Puan Maria dan Tuan Leo bagai tahu sahaja perasaan menantu lelakinya itu.

"Delila, Rayyan setuju ke nak cerai? Dah bincang baik-baik?"Soal Puan Maria. Dilihat sekilas wajah Rayyan yang hanya serius sahaja tanpa secalit senyuman dibibir.

"Err.. tak.. Rayyan tak beritahu jawapan apa-apa lagi pada Delila tapi Delila yakin yang Rayyan dah setuju nak cerai dengan Delila."Jelas Delila.

"So, ini adalah borang penceraian kami. Delila dah sign. Tinggal tandatangan Rayyan lagi yang diperlukan."Sambung Delila. Hatinya berusaha dikuatkan untuk mengatakan hal itu. Pen dan kertas itu diserahkan pada Rayyan.

"Pregnant test ni siapa yang punya?"Soal Rayyan. Pregnant test itu dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

Puan Maria Dan Encik Leo terkejut dengan alat ujian kehamilan itu. Siapa mengandung?

"Delila mengandung ke? Cakap pada mak sekarang!"Gesa Puan Maria.

Delila tertunduk. Bahkan, tentang dirinya mengandung dia berusaha sembunyikan dari keluarganya.

"Itu.... Saya takut nak cakap... Saya tak tahu..."Kata Delila. air matanya mengalir deras membasahi pipi mulusnya.

"Cakap Delila!"Bentak Puan Maria. Sungguh dia tidak menyangka anak perempuannya itu ingin bercerai dengan keadaan berbadan dua.

"Eya.. itu Delila yang punya. Delila mengandung! Tapi Delila tetap nak cerai. Delila tak kira!" Air mata yang mengalir di pipi mulusnya diseka kasar sebelum memandang ke arah Puan Maria.

Puan Maria menggelengkan kepalanya. Malah, Encik Leo memeluk isterinya untuk tenangkan.

"Ceraikan Saya cepat Tuan Rayyan! Awak kena beritahu perasaan awak yang sebenarnya. Awak sebenarnya tak cintakan saya dan pergunakan saya Selama ni. Susah sangat ke nak mengaku!"Kata Delila. Emosinya sudah tidak terkawal saat ini. Tambahan lagi, Rayyan hanya diam.

"Kau ingat aku bodoh ke apa Delila?! Kau yang  nak sangat kahwin dengan aku lepas dah buat aku jatuh cinta, kau nak tinggalkan aku macam tu je? Kenapa nak sangat berpisah bila kau dah mengandung? Jangan fikir tentang diri kau je tapi fikir tentang anak yang bakal lahir nanti. Aku ayah kepada anak yang kau kandung tu tak nak bercerai. Kau faham tak!"Kali ini Rayyan mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya.

"Cukup Rayyan! Awak just berlakon depan mak Dan ayah aku. Papa dan awak selama ni dah cadangkan nak singkirkan aku pun!"Kata Delila tidak mahu mengalah. Delila spontan berdiri dengan amarah yang memuncak.

Rayyan tidak mahu kalah. Dia turut berdiri. Matanya tepat memandang sepasang anak mata Delila. Dia membalas renungan tajam isterinya.

"Kenapa nak bercerai walaupun kau tahu kau mengandung anak aku?! Bagitahu aku Delila."Kata Rayyan.

Air mata Delila sudah mengalir deras jatuh ke pipinya. Tetapi pandangannya langsung tidak beralih dari memandang anak mata Rayyan.

"Sebab awak tak cintakan saya, Tuan Rayyan. Saya yang tergila-gilakan awak selama ni. Saya yang bodoh percayakan awak selama ni. Saya ingatkan selepas berusaha nak jadi isteri terbaik untuk awak, awak akan cintakan saya. Tapi... *Sob*... Awak..*sob*... Lebih.. cintakan..... Ririn...,."ayat Delila menjadi tersekat-sekat dengan esakannya. Dia mengetap bibir berusaha menahan sakit dihatinya.

Rayyan melepaskan Keluhan berat sebelum kembali memandang isterinya. Tersesak-esak Delila menangis serupa anak kecil.

"I love you Delila."

Spontan kepala Delila terangkat memandang wajah Rayyan. Serius sahaja Rayyan mengeluarkan kata itu tadi.

"Aku tak boleh nak ceraikan kau. Aku tak nak terpisah dengan kau dan anak kita."Sambung Rayyan. Rayyan memeluk tubuh Delila.

Terasa hangat pada pelukan Rayyan. Dia berasa gembira mendengar ayat itu meniti dibibir Rayyan. Delila menolak tubuh Rayyan menyebabkan Rayyan mengerutkan keningnya.

Cepat-cepat Delila mengoyakkan borang penceraian itu.

"Saya tak nak cerai. I love you too sayang."Kata Delila.

Kali ini senyuman Delila melebar. Dipeluk erat tubuh suaminya. Wangian perfume itu mengingatkan pertama kali pandangan Rayyan memandangnya dengan dingin. Tetapi pandangan Rayyan hari ini tidak sama seperti itu lagi.

"I will take care both of you."kata Rayyan. Rayyan mencium ubun-ubun isterinya.

Mereka yang berada di situ tersenyum melebar melihat kemesraan kedua pasangan itu.

-The End-

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now