Bab 23

783 60 21
                                    

Can you look me as a woman?

DELILA menapak masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Mujur sahaja Rayyan belum sampai ke rumah. Sekilas Delila melihat jam dipergelangan tangannya. Sudah menunjukkan pukul 5 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi kereta marcades masuk ke dalam perkarangan rumah. Delila sudah tersenyum melebar. Dia meletakkan beg galasnya pada sofa sebelum melangkah menuju ke pintu utama.

Tetapi, senyuman Delila mati tatkala terpandang susuk seorang gadis keluar dari sebelah perut kereta.

Rayyan terus melangkah menuju ke arah Delila. Risau jika gadis itu salah faham terhadapnya. Irene pula hanya membuntuti di belakang Rayyan.

Entah mengapa melihat gadis yang bersama Rayyan mengingatkan gambar yang diperlihatkan oleh Dokter Khairil tadi.

"Delila kau okay tak ni?"Soal Rayyan. Kening sudah bertaut pelik. Gadis itu mengelamun terlalu jauh.

Delila terus menganggkat kepala memandang wajah Rayyan. Maklumlah Rayyan seorang lelaki yang tinggi lampai. Sedangkan ketinggiannya hanya berada di Paras dada Rayyan.

"Delila.. aku bawa Irene untuk makan malam bersama. Tak apa kan?"Sekali lagi Rayyan menyoal.

Belum sempat Delila menjawab. Irene terlebih dahulu mengeluarkan kata."maaf ya Delila.. Saya cuma nak makan bersama je."

Delila hanya mengangguk tanda faham. Wajahnya sudah tidak ceria. Memikirkan jika benar suaminya sebenarnya curang?

Rayyan menghulur kot dan beg kerja kepada Delila. Tetapi Delila masih berdiri kaku.

"Delila?"Rayyan berusaha menyedarkan gadis itu. Belum pernah dia melihat gadis itu bertingkah seperti itu.

Delila tersentak. Cepat-cepat Delila mengambil kot dan beg itu tanpa banyak bicara.

Irene tanpa diundang terus meluru masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Dilihat sekeliling rumah mewah itu. Mak Leha pula sudah terkoncoh-koncoh keluar dari dapur menuju ruang tamu.

"Mak Leha, nanti tolong masak untuk makan malam. Irene akan makan di sini."Kata Rayyan.

"Eh tak payah susah-susah. Saya boleh tolong masak."Kata Irene.

Sekilas Mak Leha memandang ke arah Delila. Bagai tahu sahaja perasaan gadis itu. Mengapa majikannya membawa perempuan lain masuk ke dalam rumah?

"Tak apa.. Saya boleh masak. Kamu tunggu ya."Tolak Mak Leha, lembut.

Irene sengaja memandang ke arah Delila dengan senyuman sinis."Delila, tak apa kan kalau saya masak? Lagipun, saya nak sangat tolong. Boleh lah ya?"

Delila mengetap bibir, berusaha mengawal perasaannya sendiri. Bahkan Rayyan hanya memandang Delila tanpa berkata apa-apa.

"Tak... Tak apa-apa."Kata Delila sambil tertunduk memandang lantai.

"Okay.. Thanks Delila. So, can we start now?"Soal Irene. Wajahnya teruja.

Lengan Rayyan dipegang oleh Irene. Menyedari kemesraan Irene dengan Rayyan, Delila terus pergi dari situ untuk menuju ke arah bilik.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now