Bab 27

762 41 2
                                    

USAI membersihkan diri dan memakai pakaian, Rayyan merebahkan tubuhnya pada katil bersaiz king itu. Jujur, hari ini dia sedikit keletihan memandangkan jadual yang agak padat. Dia memejamkan matanya seketika untuk mencari ketenangan.

"Sayang.."

Suara itu terlalu dekat pada diri Rayyan, berkerut kening Rayyan mendengar suara Delila. Rayyan membuka kedua kelopak matanya perlahan.

Delila tersengih-sengih kerang busuk memandang Rayyan terlalu dekat. Membulat mata Rayyan tatkala melihat gadis itu terlalu dekat memandang wajahnya. Cepat-cepat dia menolak tubuh gadis itu agar menjauh.

"Please Delila, jangan buat macam tu lagi. Kau nak apa sebenarnya?"Marah Rayyan. Hampir tercabut jantungnya melihat gadis itu terlalu dekat dengan dirinya seketika tadi.

"Awak yang kenapa sebenarnya? Kenapa tolak saya macam tu? Saya kan isteri awak. Awak ni tak romantik langsung!"Marah Delila. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan Rayyan.

Rayyan melepaskan keluhan kecil sebelum menatap wajah Delila.

"Okay.. aku minta maaf, Kau nak apa Delila?"Soal Rayyan lagi. Kali ini lembut sahaja bicaranya.

Delila tersenyum penuh makna memandang Rayyan. Malah, Rayyan masih menunggu jawapan dari bibir Delila.

"Esok birthday Saya. Emm.. boleh tak kita dating?"Pinta Delila. Dia terus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Rayyan di birai katil. Wajahnya kelihatan teruja.

"Dating? Kau ingat aku budak-budak lagi ke nak dating?"Rayyan memandang Delila yang berada di sebelahnya. Dia bahkan tidak tahu bagaimana dating seperti anak muda sekarang. Maklumlah, dia tidak pernah ada kekasih semasa mudanya. Umur Rayyan pula sudah menginjak 35 Tahun.

"Alaaa.. boleh lah sayang.. lagipun esokkan birthday Saya. Please.."Rayu Delila.

"Delila bukannya aku tak nak..."

Belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, Delila sudah memotong ayat Rayyan.

"Sayang.. awak nak tahu tak, Saya ada jahit baju couple. Bukan senang tau saya jahit ni. So, Saya cadang nak pakai dating esok."Kata Delila. Dia sudah melangkah menuju ke arah almari baju. Almari di buka kemudian, baju couple berwarna pink colour itu dicapai oleh Delila.

"Tadaaa!" Baju couple itu diperlihatkan kepada Rayyan. Wajahnya terlalu teruja.

Berkerut kening Rayyan melihat baju couple berwarna pink itu. Ditambah lagi, ada hello kitty pada hadapan baju itu.

"Are you kidding me, Delila?" Soal Rayyan.

"Kenapa? Tak cantik ke?" Senyuman Delila semakin pudar memandang wajah tidak suka Rayyan terpapar.

Melihat kepada kehampaan Delila menyebabkan Rayyan rasa bersalah. Bahkan, sebenarnya dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk. Takut juga jika gadis itu merajuk.

"Aku tak cakap tak cantik. Kau pandai jahit baju. Cuma... Baju tu tak sesuai untuk lelaki." Rayyan mengaruk tengkuknya.

"Emm.. tak apa lah.. lagipun mesti awak sibuk hari esok.. kita cancel je lah dating tu. Lupakan je lah yang esok birthday saya. Awak tak payah lah risau, Saya okay je."Kata Delila. Jujur, dia merajuk. Bahkan, suaminya tidak mengatakan 'ya' untuk keluar bersamanya esok.

Delila terus memasukkan semula baju couple itu. Dia melangkah menuju ke arah katil. Tanpa memandang Rayyan, Delila terus baring mengiring memandang ke arah lain.

"Delila.. kau merajuk ke?"Soal Rayyan.

"Saya nak tidur."Hanya itu balasan kata dari Delila. Dapat Rayyan tangkap gadis itu benar-benar merajuk.





KEESOKAN harinya, Delila bangun awal untuk bersiap ke pasar. Dia mahu membeli sesuatu di pasar kerana bercadang mahu meraihkan birthday tanpa Rayyan. Rayyan yang sibuk memakai tali leher pagi itu hanya dijeling oleh Delila. Rayyan tahu Delila masih memarahinya.

"Pergi mana hari ni?"Soal Rayyan.

"Tak ada kena mengena dengan awak. Suka hati saya lah nak pergi mana."Jawab Delila acuh tak acuh.

Terangguk-angguk kepala Rayyan tanda faham.

"Biar aku hantar."Kata Rayyan. Dia memperbetulkan sekali lagi Tali leher berwarna Navy Blue itu pada kemeja sambil memandang pantulan cermin. Segak dan tampan. Perfect!

"Tak payah. Saya boleh pergi sendiri. Ingat Saya budak kecil ke?" Delila menjuihkan bibirnya.

Rayyan menyemburkan minyak wangi ke tubuhnya sebelum menghampiri Delila.

"Happy birthday, Delila."Ucap Rayyan seraya tersenyum manis. Dia berdiri tepat di hadapan Delila.

"Oh tidak Delila jangan terperangkap dengan wajah tampan itu!"Bisik hati Delila.

"Tak romantik langsung lah awak ni! Takkan lah ucap je? Hadiah Saya mana?"Soal Delila.

"Aku."Sepatah Rayyan menjawab. Senyuman tersungging dibibir merah naturalnya.

"Maksudnya 'dia' sebagai hadiah aku ke? Jangan mudah terpedaya sangat Delila."Bisik hati Delila. Delila masih memandang iris berwarna coklat itu. Bahkan, suaminya tetap setia memandang Wajahnya.

Tiba-tiba telefon canggih Rayyan berdering menandakan ada panggilan masuk. Bunyi itu menyentakkan kedua susuk di situ. Rayyan terus menjawab call sebelum telefon itu didakapkan pada cuping telinganya.

"Yes.. we will meet tomorrow. I have important thing to do today. Sorry for cancel the meeting."Kata Rayyan seperti sedang menjawab soalan si pemanggil. Client agaknya.

Talian terus dimatikan oleh Rayyan.

"Kau nak ke mana hari ni Delila?"Soal Rayyan. Dia menganggkat kepala memandang Delila. Sekali lagi soalan itu terpancul dimulut Rayyan.

"Saya nak ke pasar kejap."Jawab Delila.

"Good. Aku pun nak ke sana."Kata Rayyan.

"Tak payah lah.. awak kan sibuk. Awak ingat Saya tak tahu bahasa orang puteh ke? Tadi awak cakap, awak sibuk kan. Tak apa, awak boleh pergi kerja."Jelas Delila panjang lebar. Pintu bilik terus dibuka oleh Delila.

"I want go with you, Delila."

Langkah Delila terus terhenti. Dia menoleh ke arah Rayyan. Delila tersenyum gembira mendengar ayat itu dari suaminya. Dia mendepakan tangan sambil menuju ke arah Rayyan. Kononnya ingin memeluk tubuh Rayyan.

"Delila, don't you dare to touch me. I don't want something bad happen. I'm afraid, I can't hold myself anymore." Jari telujuk Rayyan terus menolak dahi Delila perlahan untuk menjauh darinya.

Berkerut kening Delila. Something bad happen? Perkara buruk apa yang berlaku? Hanya pelukan sahaja, bukan?

"Awak ni semua tak boleh.. suka hati awak lah.."Rungut Delila. Dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Kaki terus diatur menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah

Rayyan tersenyum melihat gadis itu tidak berpuas hati.

Kelihatan Mak Leha sudah berada di pintu utama dengan senyuman mesra. Bagai tahu sahaja kedua susuk itu mahu keluar hari ini.

"Selamat dating Delila.."Kata Mak Leha sambil tersengih-sengih.

"Kami tak dating lah Mak Leha."Kata Delila.

"Thank you for the information Mak Leha."Ucap Rayyan seraya tersenyum. Dia mengenyitkan sebelah matanya.

Malah, Mak Leha memberikan isyarat tangan 'okay' kepada Rayyan. Kemudian, membalas mengenyitkan matanya.

Delila tidak faham dengan isyarat pelik itu.

"Mak Leha, Delila pergi dulu ya. Jumpa pulang nanti."Kata Delila. Dia memeluk tubuh Mak Leha erat sebelum melangkah keluar dari rumah banglo itu.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Where stories live. Discover now