Bab 9

684 47 1
                                    

                   HARI ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Delila kerana dia akan menjadi isteri yang sah kepada Rayyan Mikael. Disebabkan permintaan Tuan Daniel Rafaell mereka perlu berkahwin seperti ala-ala barat.

"Tuan Rayyan, masa untuk cium pengantin perempuan."kata lelaki yang berdiri di hadapan mereka.

Rayyan melepaskan keluhan kecil sebelum berdiri menghadap Delila yang berada di sebelahnya seketika tadi. Tudung pengantin berwarna putih yang menutupi wajah Delila dibuka perlahan oleh Rayyan. Rayyan terkaku memandang sepasang anak mata Delila yang cantik tanpa kaca mata bulat. Berdegup kencang jantung Rayyan memandang gadis itu.

"Err Tuan Rayyan? kiss lah cepat."Bisik Delila sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Rayyan tersentak. Wajahnya berusaha di kawal untuk menjadi tenang. Perlahan-lahan Rayyan merapatkan bibirnya pada dahi Delila. Degupan jantungnya semakin kencang.

I can't stop beatings. Tenangkan diri Rayyan. Semuanya hanya lakonan semata. Kau akan ceraikan Delila selepas setahun. - Suara hati Rayyan.

Chup!

Satu kucupan pada dahi Delila selamat mendarat. Delila pula sudah tersenyum bahagia.

Kedengaran tepuk tangan yang gemuruh memenuhi ruangan hotel yang ditempah untuk perkahwinan itu.

Sempat Rayyan berbisik ke telinga Delila. "Kau bukan tipe aku."

Delila mengetap bibir, geram. Mata Rayyan memandangnya tadi seperti dia merupakan satu-satunya gadis yang berada di dalam hatinya tetapi, lelaki itu mengatakan pula yang dia bukan ciri-ciri gadis yang disukainya?

Terbit senyuman di bibir Rayyan tatkala memandang wajah Delila yang sudah masam mencuka.

"Saya akan buat awak cintakan saya Tuan Rayyan Mikael. Hari ni saya bukan tipe perempuan yang awak suka tapi saya janji akan menjadi perempuan yang awak suka selepas ni."Jelas Delila panjang lebar.

"Oh yeah? Then try. Takut kau pula yang tak dapat bertahan dan merayu meminta cerai dari aku."kata Rayyan perlahan.

"Want to make a beat?  It's not too late to regrets Delila. You can tell Tuan Daniel yang kau tak nak teruskan."sambung Rayyan.

"No. Saya tak menyesal langsung. You will be mine."Balas Delila.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Seperti ada Lazer sahaja pandangan kedua susuk itu.

Usai majlis perkahwinan itu, Rayyan menapak menghampiri Tuan Daniel yang sedang sibuk berbual.

"Pa, Rayyan ada nak discuss."Kata Rayyan. Wajahnya serius.

Tuan Daniel meminta pamit daripada terus berbual. Dia menuju ke arah anak lelakinya yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Yes son? Nak bincang apa?"Soal Tuan Daniel.

"Kenapa Delila perlu tinggal dengan Rayyan? Rayyan tak nak Delila tinggal dengan Rayyan."Jelas Rayyan.

Tuan Daniel tergelak kecil memandang Rayyan.

"She's your wife Rayyan. Papa yang minta Delila jaga Rayyan. ada masalah ke kalau Delila tinggal dengan Rayyan?"ujar Tuan Daniel.

"But, don't you forget our deal,pa? Rayyan akan ceraikan Delila selepas setahun."kata Rayyan. Walaupun suara Rayyan perlahan tetapi jelas kedengaran nada tidak puas hati.

"Papa tak lupa. Sebab tu papa nak Rayyan tinggal dengan Delila. Bila kita sebumbung dengan seseorang kita akan tahu baik buruknya. And one more thing Rayyan, Delila mesti sebilik dengan Rayyan. Kalau papa tahu kamu berdua berasingan bilik. Papa akan beri syarikat tu pada Delila."Jelas Tuan Daniel berbaur sedikit ugutan dihujung ayat.

Wajah Tuan Daniel tenang sahaja melihat anak lelakinya itu. Ditepuk perlahan bahu Rayyan sebelum berlalu pergi dari situ.

Rayyan meraup wajah perlahan. Apa yang istimewa pada gadis itu sehingga papanya sanggup berbuat demikian?



                   "Rayyan, tolonglah angkat beg Saya ni. Berat betul beg ni tahu tak! Awak ni tak gantleman langsung!"Rungut Delila. Delila mencebik bibir. Ingin saja dia smackdown lelaki itu. Dia berusaha menarik beg itu masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

"Angkat lah sendiri, kau kan yang terhegeh-hegeh sangat nak jadi isteri aku."kata Rayyan.

Rayyan berpeluk tubuh sambil memandang Delila. Gaya macam bossy. Dia melihat Delila mengangkat dan sesekali, Delila menarik dan menyorong beg itu. Tergelak Rayyan melihat tingkah Delila. Dia berasa senang dapat membuli gadis itu. Biar gadis itu tahu menjadi isterinya merupakan keputusan yang paling buruk.

"Apa bising-bising ni?"Soal Mak Leha yang kini sudah berada di sebelah Rayyan. Berkerut kening Mak Leha melihat gadis itu sudah terduduk sambil tercungap-cungap mengambil nafas.

"Mak Leha, ini Delila."Kata Rayyan memperkenalkan Delila. Delila bingkas bangun dari terduduk di atas lantai.

"Cantik isteri kamu ni tuan Rayyan."Puji Mak Leha seraya tersenyum memandang Delila. Delila hanya membalas senyuman.

"Delila, Ini Mak Leha pembantu rumah aku. Tapi aku dah anggap macam keluarga sendiri."kata Rayyan memperkenalkan Mak Leha pula.

Delila hanya mengangguk tanda faham.

"Delila, meh sini Mak Leha tolong angkat beg tu..."

"Tak payah Mak Leha. Aku nak tengok dia angkat beg tu sendiri naik atas."Cantas Rayyan sambil menunjuk ke arah tangga menuju ke tingkat atas.

Bagai nak jatuh rahang Delila apabila melihat tangga itu. Masuk ke dalam sahaja sudah susah apatah lagi menganggkat beg itu dengan menaiki anak tangga. Harapkan muka sahaja handsome tapi lelaki itu sungguh kejam!

"Kenapa? tak dapat angkat?"Soal Rayyan. Sebelah keningnya diangkat sambil memandang Delila yang masih berdiri kaku. Nampak sangat Delila tidak berpuas hati.

"Cuma pondan aje yang biarkan isteri dia angkat beg berat."Sindir Delila. Dia mengetap bibir,geram. Jelingan maut diberikan untuk Rayyan.

Rayyan hanya tersenyum suka melihat gadis itu sakit hati.

"Tuan Rayyan, kesian Delila terpaksa angkat beg berat tu. Biarlah Mak Leha tolong."Pujuk Mak Leha.

"Biarkan dia angkat Mak Leha. Ini baru permulaan. Kita tengok sejauh mana dia boleh bertahan. Lambat atau cepat dia akan tunjuk belang pada kita."Sindir Rayyan. Dia masih memandang gadis itu dengan wajah tidak bersalah.

"Tak apa Mak Leha. Delila boleh angkat."kata Delila. Dia mengetap bibir, geram!

Beg terus diangkat oleh Delila menuju ke arah tangga. Sedaya upaya dia menarik beg itu naik ke atas. Apa yang lebih menyakitkan hatinya apabila Rayyan sengaja menaiki anak tangga tepat menghadapnya. Tersenyum-senyum pula lelaki itu memandangnya tapi tidak menolongnya langsung!

Tergeleng-geleng kepala Mak Leha memandang kedua susuk itu sebelum beredar dari situ.

Tiba-tiba Delila hilang keseimbangan menyebabkan dia hampir jatuh tetapi, sempat Rayyan merangkul pinggang Delila sehingga jarak mereka hanya seinci saja. Beg itu sudah bergolek jatuh.

Rayyan dan Delila berpandangan. Jantung Delila sudah berdetak laju. Bayangkan saja wajah lelaki itu terlalu dekat memandangnya. Iris mata berwarna coklat, hidung mancung, bibir natural merah, haruman minyak wangi Rayyan pula bagai memukau dirinya. Oh tidak! Sungguh perfect!

"Kau tak payah angkat lagi. Biar aku angkat beg tu."Kata Rayyan. Wajahnya diseriuskan. Dia terus meleraikan tangannya daripada terus merangkul pinggang Delila. Mujur sahaja sempat Rayyan menghalang gadis itu daripada jatuh. Jika tidak, entah apa lah bakal berlaku pada Delila?

Rayyan menuruni anak tangga dan terus mengambil beg itu kemudian, menganggkatnya menuju ke tingkat atas. Malah, Delila masih kaku berdiri di pertengahan tangga.

Oh My Tuan Rayyan! [Completed] ©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt